Assalamualaikum.. Nama aku Suzuki. Entah kenapa tiba tiba aku rasa nak cerita pasal kisah suami aku kat sini.
Aku asyik nampak kisah pasal suami yang jahat dan busuk je kat sini. Jadi aku rasa terpanggil nak cite pasal seorang suami yang lain sikit. Bukan nak bangga, jauh sekali nak sugarcoat.
Ini sekadar penceritaan sebuah pengalaman yang tak semua orang dapat rasa dan kalau boleh taknak lah kita rasa. Anggaplah korang tengah membaca sebuah dokumentari.
Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan teladan.
Aku namakan suami aku Panasonic. Dia bekas banduan. Dia masuk penjara atas sebab kesalahan samun, selama beberapa tahun semasa usianya lewat remaja.
Jadi sebelum kahwin dengan aku, dia dah berterus terang tentang kisah silam dia.
Aku pada awalnya rasa cuak jugak. Rasa macam nak lari pun ada Tapi disebabkan aku nampak keikhlasan dia berubah tu aku terima. Aku pun dah sayang sangat dia masa tu.
Selepas keluar penjara, dia direkomenkan oleh kawannya untuk kerja di sebuah kilang. Alhamdulillah sampai sekarang masih kerja dengan baik. Malah dapat anugerah pekerja cemerlang lagi.
Jadi lepas kawen, Panasonic ni selalu lah cerita dekat aku pengalaman dia kat ‘dalam’ sana. Aku pun jenis banyak tanya dan suka dengar. Aku suka dengar pengalaman yang jarang didedahkan orang.
Kitorang pulak jenis tak berahsia. Jadi Panasonic ni memang tak segan bercerita dengan aku.
Apa yang aku cerita ni mungkin ada silap sikit kat mana-mana tau sebab aku pun takde catat masa dia cerita tu. Mungkin ada detail yang aku silap.
Sebelum di’posting’kan ke penjara tetap, kalau tak silap aku suami aku ada cite, banduan baru ni akan diasingkan selama beberapa hari dulu kat satu tempat ni.
Aku tak pasti tempat apa tapi dalam kawasan polis jugaklah kot tapi diorang kat situ di kasi minum susu hari-hari untuk bagi hilang sangap dadah/ais.
Lepas dah dapat posting kat penjara mana, barulah mula kehidupan Panasonic sebagai banduan.
Hari pertama katanya tak lalu makan langsung. Tray makanan tu berdaki giler dan ada satu bau katanye. Haha
“Abang tak lapar ke ?” Tanya aku.
Lapar, tapi takde selera. Sampai lah hari ketiga barulah rasa geli tengok tray tu hilang. Masa tu memang lapar dan makan je apa orang kasi.
Makanan tu dimasak oleh banduan jugak. Banduan ni ada kerja masing-masing dalam tu. Dan dapat upah tau! Macam Panasonic, dia kerja mesin rumput. Dapat upah sehari berapa puluh sen entah. Lupa.
Kiranya banduan bukanlah duduk saja dalam tu. Mereka ni produktif jugak.
Tapi kan, kelakar bila Panasonic cite pasal makanan. Makanan yang selalu dapat ialah ikan jaket yang besar besar dan keras namampus.
Lepas tu, dia pernah makan bubur kanji ulat. Dia makan dah bersudu sudu baru dia perasan ada ulat banyak. Mungkin ulat beras.
“Dah tu abang tak makan la?” Tanya aku.
Takla. Buang ulat je. Bubur tu makan jugak. Lapar kan. Katanya. Hahaha. Mengekek je aku ni dengar.
Sejenis aku ni, aku suka bertanya. Contoh dia baru lepas berak, aku akan tanya dia, dulu kat dalam tandas nya macam mana eh ? Tapi mujur Panasonic ni sabar je. Layan je aku.
Tandas dalam sel masing-masing lah. Takde pintu. Hanya dipisahkan oleh dinding sekerat. Kiranya kalau kau sedang berak, orang boleh nampak kepala kau.
“Bau busuk tak bang?”
Giler tak bau? Bau lah ! Tapi dah biasa..
“Eeeii !” Kata aku. Mengusik. Haha.
Satu sel empat orang. Tapi ikut pada penjara jugak. Ada yang enam orang. Jadi macam-macamlah gelagat dalam tu. Aku ada tanya, pernah tak duduk dengan pembunuh ?
Dia cakap ada. Orang sabah kalau tak silap. Badannya bertatu penuh. Banyak kali tengah tido, dia bangun mengejut dan terduduk sambil tercungap-cungap. Terkejut laki aku yang tido sebelah.
Dah kenapa ? Katanya dia selalu mimpi buruk. Mungkin trauma sebab kejadian lalu.
“Mesti hantu orang yang dia bunuh tu menghantui dia kan bang? Padan muka!”
“Mandai je kau..” Kata Panasonic kat aku.
Banduan ni dalam movie macam chaotic je kan? Gaduh-gaduh, tumbuk-tumbuk. Tapi Panasonic cakap, takde lah sangat pun. Kalau semua buat hal masing-masing takda apa pun.. Cuma ada la satu dua trick untuk hidup dalam tu.
Tapi ada satu benda yang betul digambarkan dalam movie. Duit dalam ‘punggung’ (Bahasa berlapik).
“Serius la bang?” Tanya aku.
Iye. Banduan pun guna duit jugak tau. Selalunya untuk beli rokok ke, megi ke, atau apa-apa lah barang yang boleh dibawa masuk.
Tapi bukan barang yang merbahaya lah. Rokok tu smuggled la selalunya. Smuggled oleh siapa?? Aku rasa korang boleh faham sendiri kot. Klu nya, ‘orang dalam’.
Duit tu digulung sekecik yang mungkin. Sealed dalam plastik, dan telan. Itu je cara nak simpan dengan selamat. Mana ada dompet. Nak guna, kena tunggu waktu buang air besar. Taknak guna, telan balik.
Aku terkedu.. Tak sangka benda tu betul wujud rupanya. Ingatkan dalam movie je. Maaf kalau penceritaan aku ni agak menggelikan.
Patut lah aku nampak suami aku ni seorang yang tenang dan cepat bersyukur. Kadang tu kalau aku masak tak sedap, dia makan je. Sebab pengalaman mematangkan dia. Mental dia sangat kuat berbanding aku yang manja.
Katanya dia pernah diletakkan di sel asing selama seminggu (atau lebih kalau tak silap).
Bayangkan berhari hari tak bercakap dengan manusia langsung. Hanya mengadap dinding dan cahaya yang samar-samar. Kalau aku mungkin dah gila berborak dengan pintu besi.
Alhamdulillah Panasonic ni berubah dengan total. Sejujurnya aku rasa, dialah antara orang yang paling jujur aku pernah jumpa. Amanah dalam menjaga hak orang.
Sungguhpun dulu dia seorang yang jahat. Tapi dengan izin dan rahmat Allah siapa sangka dia sekarang bole jadi seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab.
Aku sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan jodoh yang tepat untuk aku. Aku tidak memandang kisah silam dia. Kerana syurga itu juga penuh dengan bekas pendosa.
Dah panjang cerita aku ni. Aku tak nak syok sendiri. Kalau dapat sambutan, aku akan sambung di next entri pasal penyakit kulit di penjara dan perkara aneh yang banduan buat untuk hilangkan bosan.
Kalau takda yang bertanya atau tertarik, cukup sampai di sini.
Terima kasih sudi baca.
– Suzuki Daiken (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
suka baca cerita pasal banduan ni . tambah pengetahuan , semoga sis dan suami bahagia sehingga ke akhir hayat . hehe nak sambungan .
Terima kasih kongsi cerita ni. Suka baca pasa pengalaman orang