Pejuang Garis Dua

Assalamualaikum kepada pembaca semua, aku kenalkan diri aku sebagai Baiti.

Cerita aku tak best mana tapi aku harap aku dapat baca kata2 semangat dekat ruang komen nanti. Tujuan aku menulis nie pun hanya untuk meluahkan jer, setidaknya aku lega. 

Usia perkahwinan aku dah nak masuk 7 tahun. Masih lagi TTC sehingga hari ini.

Syukur alhamdulillah pasangan aku masih setia di samping. Dalam tempoh tu juga kami berusaha untuk dapatkan anak dan masih lagi tidak berjaya hingga hari ini. 

Baru baru nie aku mendapat tahu ada pasangan yang TTC berjaya hamil aku down, down giler rasanya. Tak pernah rasanya aku menangis tersedu sedan sampai macam tu.

Aku happy pasangan tu berjaya hamil sebab aku tahu macam mana rasanya seksanya sebuah penantian. 

Aku kecewa sangat kecewa. Ada sebuah pertanyaan berlegar legar jer dalam kepala aku.

Adakah kerana aku seorang pendosa doa aku tidak dimakbulkan? Adakah kerana aku pendosa yang memang ke neraka doa aku tak perlu dimakbulkan?

Dalam tempoh aku berusaha untuk hamil aku banyakkan bersedekah, zikir, bela kucing, berbuat pada keluarga layanan suami dengan baik.

Banyaklah perkara baik yang aku buat, tapi kenapa dia (ALLAH) masih tak dengar doa aku. 

Sempat juga lah terdetik dalam hati pasangan yang berjaya hamil tu tidaklah sempurna mana ibadahnya tapi kenapa doa dia boleh dimakbulkan kenapa aku tidak.

Tempoh perkahwinan pasangan itu juga tidak lama tapi kena doa dia dimakbulkan kenapa aku tidak.. 

Aku sedar aku tahu ujian ini semua datang dari DIA (ALLAH) aku masih waras lagi in shaa Allah aku masih ok dan baik2.

Cuma aku kecewa kenapa doa aku tidak dimakbulkan, kenapa aku masih diuji. 

Aku berharap semoga suatu hari nanti dia (ALLAH) mendengar doa aku. 

– Baiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Org belum kahwin ujian. Yg dah kahwin pun ujian. Belum ada anak ujian, dah ada anak lagi macam2 ujian. Hakikatnya hidup kita ni mmg sentiasa akan diuji. Tt kena ingat yg setiap org ni diuji dgn cara yg berbeza2

  2. Salam saudari, jangan bersangka buruk dengan Allah.

    “Allah SWT berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”(Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675

    Saya doakan saudari dimakbulkan doa dan diberikan kebaikan. Saya share lagi satu hadis.

    Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara;

    (1). Allah akan mengabulkan doanya dengan segera,

    (2). Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak,

    (3). Allah akan memalingkan darinya keburukan seumpamanya.

    Mereka (para sahabat) berkata: “Kalau begitu, kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW bersabda: “Allah akan banyak mengabulkan doa-doa kamu.” (HR: Ahmad – Sahih).

    إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ
    Sesungguhnya Engkau (Allah) tidak memungkiri janji.

    Semoga Allah memberikan kebaikan kepada Saudari

  3. Salam saudari, jangan bersangka buruk dengan Allah.

  4. SABAR
    SABAR
    SABAR
    Jika itu terbaik pasti Allah akan beri. Terus doa dan baiki diri.
    Saya pernah TTC dan baru beberapa bulan berpisah. Ex mahu anak segera dan cari wanita lain. Saya tidak bersedia untuk poligami atas beberapa sebab. Alhamdulillah dipermudahkan urusan perpisahan. Sedih tapi bukan semua benda kita nak akan dapat mengikut kehendak kita. Kita siapa nak paksa2 Allah kabulkan doa kita? Baik dan sempurna ke kita ni? Apapun, hadapi setiap fasa kehidupan dengan berpegang pada tali Allah. Pasti akan tenang dan baik2 saja. Jangan dengki dengan rezeki orang tapi syukurilah setiap rezeki Allah bagi. Suami setia juga satu rezeki walaupun TTC. Bersyukur dan senyum ya Puan 💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *