Assalamualaikum. Saya Madam F. Bukan nama sebenar. Saya ceritakan pasal kawan baik saya Adhia… Bukan nama sebenar.
Dia suruh saya karang cerita pasal ayahnya. Dia mengalami Gamophobia. Gamophobia adalah ketakutan untuk berkahwin, berada dalam hubungan, atau komitmen.
Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
Tajuk cerita aku : Gamophobia kerana ayah.
Aku Adhia. Anak sulung dari 4 adik beradik. Ayah saya, Mat bukan nama sebenar, seorang anggota badan beruniform tapi sudah bersara penuh. Mak saya seorang suri rumahtangga.
Dalam rumahtangga, ayah aku seorang diktator. Kami semua kena ikut cakap ayah. Tak boleh bantah. Mak aku selalu makan hati dengan ayah aku. Aku tahu dia bertahan demi anak-anaknya.
Setelah aku habis STPM, aku melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di Selangor.
Pada masa ini, anak kedua, Arina melanjutkan pelajaran ke sebuah university di Kuala Lumpur. Anak ketiga, Adha berada di sekolah berasrama penuh. Aswad yg bongsu masih bersekolah rendah.
Dari sekolah rendah, aku sudah tahu keadaan kewangan keluarga. Apabila nak beli barangan peribadi, aku akan ambil upah fotostat dari kawan-kawan.
Bila aku nak sambung belajar, dia cakap dia takda duit la… Mak aku selalu pinjam duit dari nenek aku.
Time belajar di kolej, ayah aku ni kurang top up duit belanja. Bila adik-beradik dia minta duit dari dia, cepat dia p bank in duit kat diorang.
Semasa aku berada di Selangor, ibu bapa aku kerap bergaduh. Ada saja perbuatan mak aku tak kena di mata bapaku.
Nak kata mak masak tak sedap. Ayah aku semakin gemuk. Nak kata tak pandai bergaya, mak aku jenis muslimah yang up to date. Rumah sentiasa kemas dan bersih.
Bila aku berada di rumah, ayah aku tak berani cari pasal dengan mak aku. Dia takut aku mengamuk kot…. Sebab aku agak baran..
Ayah aku ni jenis berlagak. Aku memang bengang dengan dia. Gaji tu cukup-cukup makan. Mak aku terpaksa pergi kerja. Untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Suatu peristiwa yang tak pernah aku lupakan. Ketika ayah aku pernah bergaduh dengan mak aku, masa tu aku tengah tidur.
Biasa la bila balik dari keja, aku akan ganti masa tidur aku di rumah tambah-tambah waktu tu ABC. Aku terbangun apabila terdengar jeritan bapa aku.
Panas hati aku bila mendengar ayah aku berkata pada mak aku, “Kau ni cari pasal dengan aku kan?”
Tiba-tiba mak aku suruh aku minta maaf pada ayah aku. Sebab aku perli ayah aku kerana suruh aku bagi duit pada kakak dia RM1k.
Korang tau gaji aku baru RM1599 sebulan… Aku nak makan apa lepas aku bagi pada kakak ayah aku. Memang la kakak ayah tu sakit. Dia masih ada suami… Yang sihat dan masih bekerja.
Masa aku tengok ayah aku nak angkat tangan pada mak aku… Aku jerit pada ayah aku,
“Ayah, dah kenapa? Mak tak salah pun. Kakak yang salah.”
“Kau ni suka nak bangkang cakap aku. Kau bago je RM 1k pada kakak aku.”
“Ayah, kakak nak bayar kereta. Nak makan. Tak cukup.”
“Kau memang anak xxxx. Tak dengar cakap orang tua. Kau minta maaf kat aku.” Ayah aku tolak aku. Aku memang naik angin. Sebab dia suruh aku sujud pada dia.
“Ayah ingat ayah Tuhan ka? Nak suruh sujud.”
Pada masa ni, tahap kesabaran aku dah tipis. Ayah aku pukul aku. Aku balas balik dengan tampar muka ayah aku. Terkedu ayah aku. Mak aku pun terkejut.
Ayah aku masuk bilik dan menangis. Hari tu mak ayah aku lambat pergi keja.
Aku masuk bilik. Sikit pun aku tak menangis. Puas hati aku. Sebab nak sedarkan ayah aku. Sikit demi sedikit aku start anti kepada perkahwinan.
Tak lama selepas itu, bunyi suara-suara sumbang yang mengatakan ayah aku ada skandal di tempat keja. Sumpah kali aku betul2 marah… Gaji pun tak cukup, ada hati nak kahwin lain.
Aku pun pergi siasat di tempat keja ayah aku… Memang dia ada skandal dengan bini orang anak 2.
Kali ni, aku tak mengamuk. Aku masuk pejabat ayah aku dengan tenang… Aku tengok ayah aku dan perempuan tu cuak. Aku ajak Ayah aku dan rakan2 p lunch termasuk perempuan tu. Diorang pun ikut.
Boss ayah aku pun pelik dengan aku. Dia tanya kenapa aku datang..
“Saja nak tengok-tengok, walaupun saya tak kerja di sini, jangan ingat saya tak tau apa yang terjadi di sini”. Aku tersenyum sinis.
Selepas itu, tak dengar dah cerita ayah aku berskandal. Alhamdulillah… Mak aku pun tak makan hati dengan ayah aku.
Walaupun dah 10 tahun kejadian tu, umur aku pun 30-an aku masih trauma. Aku takut nak berkomitmen @ bernikah kerana ayah aku.
– Madam F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit