Bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum. Sedikit pengenalan tentang diri saya, seorang ibu tunggal (2 anak), bekerja freelance dan orang selangor.
Saya bercerai dengan ex husband secara fast track. Hubungan kami still baik je walaupun dah divorced, dia pun ayah yang baik kepada anak2 saya.
Selepas setahun menyendiri, saya berkenalan dengan seorang lelaki (bujang), orang kelantan yang bekerja sebagai penjawat awam di putrajaya.
Pada awalnya (setahun pertama berkenalan) saya berkawan macam biasa, takde la message hari2 ke on call ke jumpa hari2 ke.
Tapi dia sebaliknya. Hari2 akan message saya, call saya dan hari2 akan tanya bila nak jumpa.
Oh, dia memang sedia maklum akan status saya masa tu and dia okay je.
Memang saya sukakan dia sebab dia seorang lelaki yang baik, menjaga solat dan tak pernah mengambil kesempatan diatas status saya.
Tapi tu la kan, masa tu belum ada perasaan lagi dan tiba2 lepas tu saya macam lost contact dengan dia dalam berapa bulan.
Tahun lepas, masa saya scroll balik message2 lama, terjumpa balik message dia. Dan saya tergerak hati nak bertanyakan khabar dia. Terus dia reply dan kami jadi rapat sampailah sekarang.
Nampak la dia sayangkan saya & anak2. Tapi, langit tak selalunya cerah kan?
Suatu hari, saya tanya dekat dia, ade tak keinginan nak kahwin. Yelah, dah berkawan lama haruslah ada tujuan kan?
Dia macam banyak berdolak dalih, banyak alasan. Saya cakap dengan dia, kalau tak nak, cakap tak nak jadi takde la masa saya terbuang menunggu benda yang tak pasti.
Sampai bergaduh2 jugak la masa tu sebab saya macam suspicious sangat..
Sebab yelah… Dah la tak tak pernah kenalkan saya dengan kawan2 dia, achieved message2 dekat whatsapp, takut nak angkat call saya kalau dekat tempat kerja (waktu break).
Kalau keluar dengan saya tak nak dekat area putrajaya sebab takut officemate nampak, post gambar saya dekat instagram tapi hide semua kawan2 dia supaya dorang tak nampak.
Sampaikan saya terfikir, entah2 dia ni husband orang kot? Semua benda nak sorok2, hahaha.
Lepas dah gaduh2 tu, dia pujuk dah saya bagi syarat dekat dia.
Saya suruh dia bagi tahu parents dia pasal kami. Tapi bukan la bagi tahu pasal nak kahwin pun, suruh bagi tahu pasal dia tengah berkawan dengan seseorang je.
Sebab kan, masa kami baru2 rapat tu. Ayah dia ada tanya dia bila dia nak kahwin.
Kalau takde calon ayah dia dah jumpa someone la from negeri yang sama nak kenenkan dengan dia.
Tapi dia cakap masa tu belum ade calon lagi?? Saya masa tu okay je yelah baru je rapat2 balik kan tak tahu la berjodoh ke tak.
Okay sambung balik pasal syarat tu, okay. Dia janji nak bagi tahu parents dia.
Hari berganti hari, minggu berminggu sampai berbulan dia dok skip2 je tak bagi parents dia. Banyakkkkkk gila alasan sampai annoying saya.
Bila saya malas nak layan, cari saya menangis2 macam orang gila. Yelah, annoying tapi sayang kan.
Bagi je la peluang sampai la baru2 ni parents dia datang kl. Sebelum parents dia datang tu dia dah janji nak bawak saya jumpa parents dia, nak kenalkan la gewe dia siapa kan.
Haha, saya excited laaa, siap beli dress baru sebab nak jumpa.
Tiba hari yang ditunggu2 dia tiba2 senyap… 1 hari tak message saya, saya pun macam aik, mana dia ni. Jadi ke tak nak jumpa kan.
Esoknya masa parents dia balik kelantan baru la dia message, masa tu memang saya marah la kenapa tiba2 senyap.
At least bagi tahu la kan so that saya takde la jadi tunggul menunggu 1 hari. Dia minta maaf la kata busy bagai.
Tapi dia cakap dia dah cakap dengan mak dia berdua dalam kereta, pasal kami. Mak dia okay je and tak kisah tapi minta dia buat la solat istikharah kan.
Saya pun okay laa tak banyak tanya. Esoknya, masa saya tengah lunch dengan dia, tiba2 mak dia message dia minta gambar saya, nama penuh dan nama ibu saya.
3x mak dia message tanya benda tu.
Saya suruh la dia tanya mak dia kenapa dia mintak semua tu, mak dia kata mak dia saje je mintak sebab tak tahu latar belakang saya and lagi sekali minta dia buat solat istikharah.
Mak dia pun akan buat sekali solat istikharah sebab nak tengok dia serasi tak dengan saya.
Saya pun okayy, lepas tu lepas lunch tiba2 kakak dia call pulak… cakap bende sama… banyak kali jugak la suruh dia buat solat istikharah and fikir masak2 sebelum nak kahwin dengan saya.
Kakak dia pun ada cakap pasal aurat dengan anak2 perempuan saya. Pasal cakap nak kene tanggung anak2 saya sekali la apa lah.
Masa tu saya sedikit badmood, seolah2 macam berkahwin dengan saya ni suatu yang menyusahkan. Dia pulak masa tu banyak diam je tak cakap pape pun dengan kakak dia.
Lepas dia habis cakap dengan kakak dia tu, saya terus tunjuk pasal hukum aurat ayah tiri & anak tiri. Terus terdiam la dia.
Lepas tu, pasal dia kena tanggung anak2 saya tu. Saya dah cakap banyak kali sebelum tu memang pasal anak2 saya tak perlu risau, memang dia takkan perlu tanggung anak2 saya sebab ex saya masih ada & seorang bapa yang bertanggungjawab.
Entah la, dah banyak kali discuss pasal benda2 macamni pun masih boleh jadi issue. Esoknya, ayahnya pulak message.
Message ya berbunyi begini.
“A, ayah nasihatkan supaya A fikir masak2. Suami dia kaya raya boleh bercerai, tak tahu sama ada dia atau suami dia yang bermasalah. Dia ada anak. Dia ore S ore Jawa. Apapun mintaklah pada Allah sebab Allah tempat kita mengadu. Ayah akan buat solat istikharah”.
Kat situ dah obviously kan nampak macam saya dah kena reject?
Huhuu. Tapi macam biasa la dia macam blur tak tahu buat apa… Dia kata dia akan balik kelantan untuk pujuk family dia.
Sekarang dia dekat kelantan dah, tak tahu apa terjadi sebab dia tiba2 senyap. Sekarang ni tak tahu la saya nak buat apa sebenarnya.
Saya tahu dia macam stuck dengan antara dan family dia tapi at least bagi tahu la saya jangan buat saya tertunggu. Entah la, doakan la saya ye.
– Any (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, tinggalkan dia sis. Family dia pun teragak-agak nak terima sis. Dia pun nampaknya macam tak boleh nak buat 1 keputusan untuk diri sendiri. Nak kena ikut juga orang itu, orang ini. Paham, kita tak boleh belakangkan mak bapak tapi si lelaki ni dah dewasa pun tak boleh buat keputusan untuk hidup sendiri. Kerjanya asyik hilangkan diri je bila sis contact. Macam tak matang pun ada. Erm, apa² pun moga yang baik² je untuk awak ya
elok la awak undurkan diri, ni dh banyak red flag….
Sis, if u stay.. Hmm.. Mmg u tak bijak.. Blah je sis.. Selamatkan diri n masa depan u..
U sayang dia.. Dia lak takde pendirian..