Assalamualaikum semua. Nama saya Kiki, sudah tentu bukan nama sebenar. Saya seorang pembaca tegar IIUM Confession.
Saya seorang perempuan. Sudah 16 tahun berumah tangga. Itu sahaja sedikit latar belakang saya. Nak tulis lebih, takut pula ada yang kenal.
Berkenaan dengan tajuk, ya… soal poligami. Terdetik nak coretkan sebuah kehidupan poligami yang dialami 12 tahun lepas.
Terdetik menulis pun sebab tiba-tiba teringat kembali. Merenung kembali potret hidup yang lepas. Saya tak berapa pandai menulis jadi saya minta maaf awal2 ya.
Moga ada sedikit pengajaran yang boleh di ambil ya. Terutama kepada suami2 yang nak berpoligami berkiblatkan nafsu.
Suami berkenalan dengan ex madu melalui online. Tak perlu saya nyatakan dimana. Yang pasti melalui internet.
Ketika itu saya dan suami baru 3 tahun mendirikan rumahtangga.
Saya tak ingat berapa lama mereka berdua berkenalan, tapi dalam kurang setahun.
Bukan tak ada usaha saya nak halang, memang ada. Saya nasihat tak jalan langsung.
Saya cakap dekat suami, dengan saya pun kamu (suami) tak cukup ini itu, nak juga kahwin lain?
Suami dengan yakin cakap boleh..
Oh lupa. Di pihak ex madu pula, dengarnya, relatives ada nasihat pikir betul-betul kalau nak kahwin. Tapi yelah, cinta itu buta kan. Nak juga teruskan.
Adalah kot sekali dua bersembang dengan ex madu sebelum mereka berdua berkahwin. Borak kosong je.
Saya tak tanya banyak sebab entah… dalam masa yang sama hati saya kosong ketika itu. Saya dah hilang kata-kata kut. Sebab dorang dah nak kahwin dah pun masa tu.
Jadi berkahwinlah mereka berdua.
Dari mula kahwin, kami duk serumah dalam 1-4 bulan kut. Bila ingat balik, rasa macam hmm.
Banyak sangat drama antara suami dan ex madu. Childish kedua-duanya.
Jangan sebut soal hati saya ketika itu. Rasa nak tutup mata tengok mereka berdua. Berbulu tengok.
Saya paksa suami carikan madu rumah. Lantaklah lepas tu nak berdrama, saya tak nak ambil tahu langsung.
Dah dapat rumah, barang2 dalam rumah saya yang belikan. Tong gas ke, periuk kuali ke. Tu semua duit saya, saya yang beli.
Yang penting saya tak nak tengok dua sejoli ni dalam rumah yang saya duduk. Benda ni ex madu tak tahu sampai sekarang.
Dah asing rumah, drama rumah tangga antara suami dan ex madu berlanjutan. Benda yang saya tak nak ambil tahu, masih juga sampai dekat cuping telinga saya.
Suami mengadu ini itu, si ex madu tiba2 mesej mengadu suami macam ini macam itu.
Saya yang jadi serba salah. Nak nasihat yang macam mana ya? Nak bagitau suami macam mana ya?
Saya sendiri tersepit di tengah2 antara mereka berdua.
Nak je saya ulang semula sesetengah ayat suami yang kononya mampu berpoligami sebelum perkahwinan itu berlaku.
Cukup setahun, bercerai. Buang duit, buang tenaga buang masa. Rasa speechless sangat2.
Dah dari awal buat saya mental, kahwin pun mental, nak cerai pun buat saya mental.
Sebab apa? Masa awal2 tahu suami nak kahwin lain, saya frusted sangat2 tau. Down sangat time tu.
Cek kurang ini itu sampai hampir mental koyak. Dah mereka berdua kahwin, saya cuba redha. Cuba terima.
Bila saya dah terima, redha. Dah biasa suami tak ada di rumah. Ada me time untuk diri sendiri dan anak2. Bercerai pulak!
Eh sakit hati sangat. Buang masa saya, buang tenaga saya selama ni! Dan buang duit saya.
Maaflah. Cerita kurang menarik eh.
Sebenarnya saya bagi ringkas seboleh yang mungkin untuk melindungi identiti suami dan ex madu.
Jadi kepada sesiapa yang nak berpoligami tu, bak kata suami. Fikir betul-betul.
dah masuk alam poligami ni baru sedar tanggungjawab tu sangat2 berat ya. Tak main-main katanya. Seronoknya cuma sebulan 2. tapi selepas itu, nauzubillah.
Hanya yang benar2 terpilih dan mampu selayaknya berpoligami.
Sekian dari saya ya…
Terima kasih banyak luangkan masa baca.
– Kiki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
rupanya, poligami pon kna pilih pmpuan yg mcm mn,..yg baik dan berakhlak.