Sihir Ke?

Assalamualaikum, masa menaip nukilan ni jari jemari aku masih menggigil dan air mata tak berhenti keluar. Kalau ikutkan aku masih dalam mood terkejut lagi sebenarnya.

Maaf kalau cerita sedikit panjang, aku usaha pendekkan ya. Tapi dalam cerita ni aku olah sikit supaya orang-orang tertentu tak dapat cam aku (harapnya begitulah).

Aku dah kahwin 4 tahun dan masih belum dikurniakan rezeki anak, akan datang in shaa Allah Aamiin.

Dalam tempoh 4 tahun perkahwinan ni tipulah kalau hari-hari bahagia kan, pasti akan ada selisih faham. Tapi Alhamdulillah masih mampu menghadapi semua nya lagi sehingga harini. Suami aku pun baik dan bertanggungjawab.

Nak dijadikan cerita, suami aku berhasil dapatkan rumah subsale atas nama sendiri melalui pinjaman bank.

Awalnya kami berniat nak buat doa selamat tapi disebabkan sekarang hujung tahun, jadual agak busy memandangkan suami aku bekerja dalam bahagian penghantaran dan kami perlu segera berpindah pada hujung bulan ni.

Disebabkan itu, adik aku cadangkan supaya memanggil ustaz untuk memagar rumah sebelum berpindah masuk.

Yelah, rumah subsale yang kami beli itu tidak berpenghuni kurang lebih 5 tahun juga kerana owner lama beli rumah tu atas tujuan pelaburan sahaja. Oleh itu sebaiknya pagar dahulu, lain kali baru buat doa selamat.

Aku pun rasa betul juga, apa kata buat begitu dulu. Selepas mendapat nombor untuk dihubungi, aku terus beritahu tujuan dan set masa untuk ustaz datang ke rumah.

Sesampai je dirumah, pelbagai soalan ustaz tanyakan pada kami. Apa tujuan, rumah ada baby tak, ada anak tak, berapa lama kahwin, hubungan suami isteri macammana, kerap gaduh tak, pernah mimpi pelik tak dan banyak lagi aku ingat-ingat lupa.

Oh ya, waktu tu ustaz datang lepas solat isyak.

Mulanya aku macam pelik la, awatnya ni kan macam jauh je dari tujuan asal. Aku niat nak pagar rumah je, tapi macam something wrong je ni. Takpela, kita layan je mana tahu lain benda pula. Hati dah tak sedap dah ni, tapi masih layankan.

Ustaz tu minta izin suami untuk check aku, ada juga la sentuhan tapi tangan dia pakai sarung tangan yang selalu buat motong getang tu (alaa yang jenis kain tebal tu).

Ustaz ada bawakan pembantunya sekali masa ni. Dia bagi suami aku plastik dengan tisu buat standby kata dia kot lah aku muntah ke apa, lagi bertambah seram aku weh macam ada benda je ni.

Ustaz suruh aku duduk lunjurkan kaki dan pejam mata, masa ni aku rileks lagi. Once ustaz tu start baca je ayat ruqyah, terus aku rasa something dekat perut. Rasa macam bergelodak perut ni, pastu tiba-tiba sedih.

Mula-mula slow je, makin lama makin kuat aku nangis. Teresak esak macam kena dera, sebak betul dada ni.

Tak lama tu tiba-tiba ketawa pula. Alahai apa seh aku ni. Time tu mula la rasa apahal ni, apahal aku gelak ni apahal aku nangis.

Aku taktahu cemana nak jelaskan, tapi sebenarnya aku sedar je tau apa yang jadi ni. Cuma waktu tu apa yang aku cakap dan buat, aku tak boleh kawal.

Ustaz tu kata “Ha kau gelak la dulu, gelak puas-puas”. Ustaz sambung “Siapa kau? Apa kau buat dalam badan dia?” 

Mulut aku jawab “tak tahu tak tahu tak tahu” tu je duk ulang belasan kali. 

“Mana mungkin kau tak tahu, kau yang duduk dalam badan dia.” 

“Aku tak tahu la, tak tahu tak tahu tak tahuuuuu aku tak tahuuuuuu!!!” Aku dah start jerit time ni sebab ustaz tu picit jari kaki aku. Sakit wehhh sumpah tak tipu. Apasal la tak pengsan je ekk, biar jin tu sorang je yang rasa sakit. Ishhhhh

“Baik kau cakap, siapa yang hantar kau?” *sambil tekan bahagian pinggang belakang* Aku yang tengah kesakitan ni terus nampak muka dia.

Allahuakbar Subhanallah Wallahi sedihnya tak tahu nak ucap, dalam pada jin ni menjawab soalan ustaz kan jiwa aku yang kat dalam ni rasa macam kena tusuk sakitnya. 

“XXXX yang hantar aku, XXXX XXXX XXXX” Ulang kali aku sebut nama dia, sebaknya hati ini sambil berfikir apa salah aku dekat empunya nama. Wallahualam, hanya Allah jua yang maha mengetahui apa benar atau tidak. Antara percaya dengan tidak.

“Kenapa XXXX hantar kau? Kenapa kau rosakkan dia?!” 

“Sebab XXXX suka dia, dia tak suka XXXX. Kenapa dia tak suka XXXX? Kenapa dia pilih suami dia? XXXX tu hensem kot, laki dia apa ada dah la tak hensem hitam pulak tu”

Allahuakhbar kau ea, menyempat pulak kau kutuk laki aku rasa nak makan cili je biar jin tu kepedasan dalam badan aku ni jahat sangat muluttttttt tu.

“Siapa nama kau?” 

“AAAA (Nama arab yang keluar)”

“Apa? AAAA? jadi kau ni jin islam ke kafir?” 

“Islam laaa.” 

“Siapa nama tuan kau?” 

“XXXX la, XXXX yang hantar, XXXX suka dia” 

“Aku nak tahu siapa tuan kau, bukan siapa yg hantar. Apa nama tuan kau?” *tekan pinggang aku makin kuat* 

“Aaaaaaaaaa Am**!! Am** Am** Am**” “Kenapa kau ikut cakap dia, kau islam kan? Kenapa kau duduk dalam badan perempuan ni?” 

“Sebab XXXX lah suruh, XXXX yg suruhhhhhh aku ikut lah. Dia yg bagi aku makan.” 

Banyak dialog yg duk ulang ulang sampai berkali kali. Aku sedar weh sumpah aku sedar semua yang keluar dari mulut aku tapi aku tak boleh kawal ayat tu. Tapi kenapa XXXX? Kenapa dia?

Seingat aku, kami tak pernah ada apa-apa masalah. XXXX pun tak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada aku.

Last kami contact pun pada tahun 2012, jadi kalau nak ikutkan takda sebab yang munasabah pun dia nak hantar bukan-bukan pada aku. So kenapa weh?

Ustaz masih teruskan bacaan, sambil ustaz tu cucuk pinggang aku. Masa ni badan aku, mulut aku dah menggigil-gigil, bergoyang-goyang macam gempa bumi skala 3. Aku duk jerit SAKIT!! SAKIT LAAAA SAKITTTTT!!! 

“Kau nak keluar tak? Kau nak keluar cara baik ke tak sementara masih boleh kita toleransi ni” 

“Taknakkkkk aku suka dia, aku dah suka dia laaaa, aku sayang dia” 

“Berapa lama kau ada dalam badan dia?” 

“Taktahu taktahu taktahu” 

“Cakap! Berapa lama?! *cucuk lagi makin kuat*” 

“Aaaaaaaa lapan! Lapan tahunnnn *Sambil tunjuk jari*” 

Subhanallah Allahuakhbar selama ni aku tak pernah sedar pun, tak pernah rasa apa-apa perubahan atau apa-apa kelainan.

“Kau betulkan balik perut dia!” 

“Taknakkkk” 

“Betulkan sekarangggg!!!” *Sambil baca ayat dan sambil tekan aku lupa area mana*” 

Terus aku menggelupur pastu terbaring, tangan aku duk urut-urut perut dari pangkal rahim ke bawah banyak kali lebih dari 10 kali aku rasa. “Lagi! Kau bukak segala apa yang kau dah ikat. Kau buat sekarang! Bukak!” 

Terus tangan aku buat gaya buka ikatan, dari arah perut ke rahim terus angkat punggung dan buat perkara sama berulang-ulang kali.

Wehhh emosi dalaman aku yang separa sedar ni dah koyak teruk, mental aku time ni Allahu rabak sedih tak terkira. Kenapa sampai macamni? 

Patutlah bila bersama suami aku selalu rasa tak selesa, susah nak masuk dan sakit. Kadang sampai tahap aku terpaksa tolak sebab sakit sangat.

Mungkin salah aku juga sebab tak aware. Aku anggap benda ni normal, mungkin hormon ke apa kan. Sebab sakit tu bukan setiap kali, kadang-kadang je terjadi.

“Kenapa kau ikat banyak-banyak macamni?” 

“Sebab XXXX yang suruh! XXXX taknak dia ada anak. Biar dorang berdua je, takpayah ada anak sampai mampus” 

“Kenapa XXXX suruh buat macamtu?” 

“Kan dah cakap, XXXX suka dia. XXXX suka dia sebab dia cantik. Dia cantik laaaaa” 

Lagi koyak mental aku, aku ni kalau diberikan rating, rate aku cuma 6/10 je kot iaitu golongan average. Bukan cantik mana pun, biasa biasa je. Nak perli tak hagak hagakkkk pun si setan ni! Kampret sungguh ya.

“Kalau kau nak tahu, haritu lama dia tak period sebab ada baby sebenarnya tapi aku dah makan dah” 

Lepas je benda ni terungkap dari mulut aku, terus aku terflashback awal tahun aku punya period lewat. Dah hari yang ke-52 pun still belum period lagi, bila check upt hanya 1 line je yg naik.

Aku ada lah rasa perubahan sikit, hidung aku makin sensitif (badan suami busuk, baru lepas makan eh lapar lagi, breast denyut lain macam). 

Tapi aku abaikan jela, mungkin sebab nak period je kan. Dan malangnya hari ke53 period turun. Tapi entah la, Wallahualam. Aku sebenarnya antara percaya dengan tak je, maklum lah tipu daya syaitan kan hmmmm tapi sedih tetap sedih.

“Kau jin islam kan? Kau tak kesian ke dengan dia?” 

Tiba-tiba aku nangis lagi, sebak gila pulak ye si syaitan ni “Aku kesian, aku sedih tengok dia. Aku kesian, macam-macam dia cuba nak dapatkan anak” 

Tahu pula nak kesian. Eeee geram je haku pun.

Dalam pada ustaz duk pujuk dia keluar tu, aku dah terbelelek dah ni, berhingus hingus nasib muntah angin je.

Kesian laki aku, mesti dalam otak dia fikir siapalah si XXXX ni. Semoga suami aku bertabah hadapi ujian ini, kurniakanlah syurga tertinggi buat suamiku ya Allah. Amin.

Macam-macam cara dah buat, degil nak mampuihhhh nate jin ni. Nate beghuk sungguh perangai pun. “Kau keluar sekarang, kau balik tempat asal kau, kau bertaubat pada Allah, kau pergi Mekah. Angkat tangan ikut apa aku baca.” 

So tak lama lepas tu rasa macam setel dah, ustaz duk tanya la apa perasaan aku apa keadaan aku sekarang, rasa ringan ke tak badan ni. Tapi entah la, macam sama je takda beza.

Terus ustaz suruh duduk lagi sekali sambil pejam mata, ustaz urut bahu sambil baca ayat qursi pastu ehhhhhh beratnya bahu aku weh, menggelitat macam cacing kepanasan terus aku cakap “macam mana kau tahu ea?!” 

Lah nateee ni pura-pura keluar jela tadi ekk hareeee betui. Cakap punya cakap, tekan punya tekan tak juga dia keluar. Last sekali ustaz grip jari kaki aku pakai pensel.

Yang aku rasa terpaling sakit sampai rasa nak mati, Ya Allah sakit gilaaaa!!!!!! Meronta-ronta badan aku ni ha sambil duk sepak terajang ustaz tu.

Finally lepas dua jam, setel juga. Bengkak mata aku duk menangis meraung 2 jam.

Sebelum balik sempat ustaz titipkan pesanan buat kami suami isteri dan ustaz minta aku datang pula ke tempat dia, untuk buat air mandian dan so on. Tak sangka sebelum ni tengok orang je kena, sekarang betul-betul terjadi pada diri sendiri.

Apa yang aku boleh aku simpulkan, kurang-kurangkan lah mempamerkan kebahagiaan di sosial media. Kita tak tahu siapa yang sakit hati, sakit mata melihat kemesraan itu meskipun aku sangat jarang melakukan perkara tersebut. 

Terus aku delete semua gambar dekat platfom FB, video di IG dan Tiktok. Dan aku juga block nama yang keluar dari mulut sendiri yang dikenali sebagai penghantar tu even status fb nya cuma aktif 5 tahun yang lepas.

Bermacam persoalan mengundang di kepala tapi cukuplah setakat ni dulu, terima kasih sudi baca.

Tapi percayalah, Wallahi apa yang aku cerita ni betul-betul terjadi dan bukan rekaan semata-mata.

Cuma tu lah, aku still rasa benda tu ada dalam badan aku. Sebab dalam kereta masa perjalanan balik rumah sewa aku macam dengar suara terngiang ngiang dalam kepala “Aku belum keluar, aku ada lagi” 

Wallahualam, mungkin sebab dah lapan tahun bersarang. Dah terlalu lama sampai dah sebati dalam diri. Aku masih dalam tempoh perawatan, doakan aku dan suami tabah menghadapi ujian ni bersama-sama.

Semoga juga asbab daripada ini hubungan kami suami isteri bertambah baik lagi Amin ya Allah ya Mujib. Sesungguhnya Allah jua lah yang paling berkuasa. Sekian.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *