re: salahkah aku menjadi anak kepada isteri ke-2?

Aku terdetik nak share kisah aku lepas terbaca kisah Miss Z. Kisah dia lebih kurang je dengan kisah famili aku cuma bezanya mak dia isteri kedua, mak aku isteri pertama. Dia tak tahu ayah dia telah berkahwin ketika berkahwin dengan mak dia dan mak aku pun tak tahu ayah aku kahwini mak tiri aku.

Ayah aku kahwin kali kedua masa tu aku kecil lagi, budak kecil biasalah seronok bila dapat mak baru, muda pula walaupun janda ada anak. Tapi yang tak best mak tiri aku tu jenis mulut putar belit. sekarang aku tak tahulah dia masih begitu ke tak sebab dah lamaaaa aku jauhkan diri aku ni daripada dia dan keluarga, takut aih nak dekat dengan orang begitu. Psycho! Suka buat cerita yg tak ada dan anak2 dia pun ada yg mewarisi perangai dia itu yg kami takut nak dekat tu.

Dalam poligami ini memang aku tak nampak keadilannya. Bila belah sana call je mesti ayah aku cepat2 menurut perintah. Macam lembu dicucuk hidung gitu. Dengan mak aku selalu ayah aku marah2kan tapi dengan bini muda dia amboii pijak semut tak mati. Mak aku cakap mungkin itu sebab cinta. Mak aku kahwin dengan ayah aku atas pilihan orang tua tapi dengan mak tiri ni atas pilihan sendiri. Suka sama suka. Bagi aku tak kisahlah atas pilihan orang tua @ pilihan sendiri pun tapi perkahwinan itu kan amanah, kenapa tak mahu dijaga amanah itu dengan baik?

Kalau tengok mak aku layan ayah aku mesti tiap kali tu aku rasa nak nangis. Walaupun ayah aku buat macam2 kat mak aku tapi mak aku tetap layan ayah aku dengan baik, disambut ketika pulang, dihantar ke muka pintu kala pergi. Kalau aku la dah lama aku lesingkan aje lelaki begitu. Yg tak tahu hargai cinta & kasih sayang seorang wanita!

Adik beradik ayah aku tak pernah tahu apa yg berlaku dalam keluarga aku, yg diorang tahu hanya membela ayah aku, menuduh kami bersikap kurang ajar pada mak tiri padahal hakikatnya kami sendiri yg tahu apa yang dia telah lakukan pada kami cuma kami tak cerita pada keluarga belah ayah aku pun.

Banyak benda kami lalui. Diabaikan. Tidak diberi nafkah. Pernah makan bubur nasi beberapa bulan sbb beras tak cukup dan takde duit nak beli lauk, telur pun tak mampu beli. Tapi sampai sekarang mak aku masih kekal dengan ayah aku. Mungkin sebab cinta. Jadi dari situ, dari apa yg aku lihat, aku ajarkan pada diri jangan mudah2 beri cinta. Jgn mencintai seseorang yg sering menyakiti kita. Dan sampai sekarang ayah aku ada ke takde kt rumah ni kitorang dah tak hairan sebab dia pun jenis nak balik, dia balik. Nak blah, dia blah. Kalau berjalan pun lebih senang tanpa ayah aku sbb kalau dia ikut pun kejap2 resah nak balik. Tak, bukan nak balik rumah kami tapi sebab nak balik rumah sana. Pehhh cinta mereka ini umpama Laila & Majnun sungguh! Part ni memang aku kagum banyak. Muahaha.

Sekarang kehidupan kami alhamdulillah agak senang. Mungkin ini janji Tuhan utk orang2 yg sabar macam mak aku kot & alhamdulillah juga adik2 aku ramai yg berjaya sbb tekad utk ubah nasib menolong mak aku. Biarlah sampai sekarang pun keluarga sebelah ayah aku nak nilai apa tentang kami yg penting apa yg kami lalui, perit, sakit, pedih, kami aje yg rasa, diorang tak rasa & takkan pernah rasa! Aib ayah masih kemas tersimpan dalam diri kami.

Untuk mereka yg berada dalam situasi yg sama, tak kisahlah korang anak isteri pertama ke, kedua ke, ketiga ke, keempat ke, asalkan korang dapat bapak yg tak reti t/jawab, yg kahwin byk atas dasar apa pun korang cannot brain, aku nak korang terus sabar hadapi hidup ini. Jgn kerana seorang bapa yg begitu korang korbankan masa depan korang. Musnahkan hidup korang. Korang rasa down. Jangan! Seboleh2nya jadilah anak2 yg baik, menyejukkan hati, yg menjaga maruah diri. Pandanglah wajah mak korang dan ambillah semangat yg ada dalam diri dia, niatkan apa yg korang buat saat ini (belajar atau bekerja) adalah utk Allah dan utk membahagiakan mak korang sebab dia dah puas menderita dengan perangai bapak korang, dengan perangai mak2 tiri korang. Jangan korang pula jadi salah seorang yg melukakan dia juga. Cukup cukuplah..

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit