Nama aku Mimi (bukan nama sebenar). Berumur 29 tahun, telah berkahwin 2 tahun dan seorang surirumah.
Sepertimana tajuk di atas, aku ingin bercerita dan bertanya tips dan petua mengenai senggugut.
Aku mula datang bulan pada umur 13 tahun. Sepanjang bersekolah, Alhamdulillah aku tak pernah sekali pun kena serangan senggugut.
Pernah kawan2 cerita mengenai sakitnya senggugut tapi aku tak faham bagaimana rasanya dan syukur tak pernah mengalami.
Tapi semuanya berubah ketika aku berusia 18 tahun iaitu setelah habis alam persekolahan. Aku mula mengalami senggugut setiap kali datang bulan.
Ya, aku hadap senggugut ni setiap kali datang bulan tanpa culas dari umur 18 sehingga kini. Bererti sudah 11 tahun aku mengalaminya.
Tahap sakit senggugut bagi setiap wanita mungkin berbeza. Tapi bagi aku, sakitnya bukan kepalang. Kadang2 cramp di bahagian peranakan.
Dia punya cramp sampai aku takleh jalan straight. Aku kena bongkok macam orang tua.
Kadang2 lenguh yang teramat di pinggang belakang. Yang ni paling aku takleh tahan lah. Aku akan guling2 macam cacing kepanasan.
Tempoh senggugut aku biasanya sehari. Seharian tu aku hanya mampu baring atas katil. Kalau tak tahan sangat aku akan makan panadol menstrual pain yang warna pink tu. Kadang ok, kadang tak effect juga dan tetap sakit.
Aku perasan lepas kawen ni, senggugut aku makin teruk. Kadang sampai 3 hari dan 3 hari tu jugak la aku tak mampu nak buat apa2 keje pun kat rumah. Mujurlah suami faham.
Kadang bila family atau kawan2 plan nak pergi mana2, aku kena check kalendar period aku dulu.
Kalau jatuh hari anggaran waktu period memang aku terpaksa tolak terus. Sebab aku dah tahu macam mana keadaan aku nanti. Aku tak nak susahkan sesapa. Tak nak take a risk.
Ini juga lah punca kenapa aku jadi surirumah dan tak kerja. Takkan lah setiap bulan aku nak kena minta cuti 1-3 hari. Company mana je yang nak ambik aku keje.
Waktu study dulu pun aku terpaksa ponteng kelas kalau senggugut.
Aku pernah pergi check doctor pakar dan beliau mengatakan aku takda apa2 masalah. Rahim sihat, peranakan elok. Takda cyst atau ketumbuhan. Alhamdulillah everything is fine.
Dah macam2 tips aku cuba amal. Bertungku, urut bahagian betis dan tapak kaki.
Tapi lega nya hanya sementara dan sakit hanya berkurang 20% sahaja. Last2 terpaksa telan ubat juga dan tido. Bila bangun tido akan terasa sakit balik. Seksa sangat.
Pernah juga ada yang remehkan sakit aku. Katanya “alah tu baru sakit senggugut, belum sakit beranak”.
Boleh pulak macam tu. Beranak memang sakit bagai putus nyawa, tapi bukanlah setiap bulan.
So aku nak tanya korang kaum wanita, ada tak apa2 petua boleh diamal supaya aku bebas dari senggugut?
Aku dah penat makan ubat menstrual pain tiap2 bulan. Risau juga bila selalu ambil ubat tahan sakit ni. Takut effect kesihatan pula.
Doakan aku jumpa jalan keluar untuk masalah ni.
– Mimi (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apa yang akak cerita ni tarik minat saya sbb bnda ni pun selalu jadi kat saya, jadi saya nak share sikit tips walaupun maybe tips ni agak common….
Yang saya perasan, biasanya kerap senggugut bila saya makan mengarut bulan tu, contohnya mcm makan maggi (tinggi garam), kopi, n bnyak minum air sejuk/ais…jdi kena kurangkan intake mkanan2 yg mcm ni. Banyakkan minum air suam, kurangkan makanan masin, mandi air panas/suam/tuaman panas di perut, ambil supplement/vitamin/zink. Senang cerita, kena jaga diet intake.
– Next, banyakkan bersenam, bergerak, nanti darah mudah mengalir
– Pastu maybe akak kena banyakkan makan protein and sayur2 (masa otw nak datang period, n dalam tempoh period), especially klu akak seorang yang kurus, mungkin sebab kurus membuatkan akak terlampau sakit…and standby gula2 klu jenis mudah pening, terus makan klu datang simptom.