Suamiku Bekas Banduan III

Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan-ii/).

Assalamualaikum.. Yeayy akak Suzuki datang lagi.. Terima kasih tak terhingga pada korang yang setia menanti cerita dari aku.

Aku ni mengarang tu takde la pandai tapi kalau korang senang faham tu kira memadai lah kan.

Ok sebelum masuk ke topik seterusnya aku akan jawab beberapa soalan daripada para komentar dulu.

Apa kegunaan tayam tu? Banduan kat dalam boleh buat s*ks ke?

Ok camni citernye.. Ini last ye aku sebut pasal tayam. Aku taknak ungkit pasal ni dah. Tak manis pulak aku bercakap soal itu. Haha.

Untuk buat tayam tu makan proses yang panjang. Tapi selalunya banduan akan pakai bila dah dekat waktu nak bebas. Maksudnya diorang ‘test power’ benda tu kat luar. Lagipun bukan semua banduan buat.

Tak baik korang fitnah banduan buat s*ks sesama sendiri. Sebab tu aku nak cerahkan keadaan kat sini.

Korang ingat “Sabun jatuh jangan kutip” tu selalu jadi ke kat penjara sini? Negara kita ada undang-undang la awak. Kalau berani cuba la buat. Kalau kantoi, banduan yang meliwat boleh didakwa dan tambah lagi tempoh hukuman. Kena sebat pulak tu.

Tak cukup dengan tu, banduan yang kantoi akan diletakkan di sel berasingan dan tak boleh sama sekali keluar riadah macam banduan lain. Mereputlah dalam tirai besi tu sorang-sorang.

Kalau keluar, dikhuatiri akan dibelasah oleh banduan lain. Jadi, buat apa nak perjudikan nasib sendiri, betul tak?

Lepas ni, jangan percaya sangat dah pepatah sabun jatuh jangan kutip tu. Dekat luar negara mungkin boleh jadi tapi dekat sini susah ada..

Kalau suka sama suka tu, tak pasti. Setahu Panasonic, tak ada pun. Penjara lain tak tahulah kalau ada kan. Dekat situ, habis kuat pun, yang jambu-jambu kena urut belakang abang senior. Itu je. Hehe.

Perihal kebersihan, maaf kalau ayat aku generic sangat sebelum ni. Semasa di penjara johor, fasilitinya memang agak daif sebab ianya penjara lama dan overcrowded sikit. Jadi mungkin bab kebersihan tuala, makanan dan tray tu teruk sikit.

Sel asing (sel denda) tu je yang kotor. Tapi sel masing-masing bersih je sebab setiap minggu akan gotong royong bersihkan sel. Merasalah Panasonic gosok mangkuk jamban pakai berus gigi.. Sel tu lusuh, tapi bersih. Gitu..

Boleh jadi penyakit kudis buta tu dia dapat dari kawasan luar sel ataupun berjangkit dari banduan yang kurang menjaga kebersihan diri. Duduk kan ramai-ramai, bila sorang kena, habis semua kena.

Banduan memang solat dalam sel. Tempat berak tu di satu sudut saja. Takde masalah pun boleh je solat gilir-gilir. Tapi takde sejadah, cuma beralaskan tuala masing-masing. Kalau ada kuliah mereka akan solat berjemaah di surau.

Perihal solat korang jangan khuatir. Panasonic cakap mereka solat lima waktu, on time pulak tu. Solat dhuha tak pernah tinggal, tahajud pulak boleh kata hampir setiap hari.

Jam alarm takde, azan lah yang kejut diorang subuh hari-hari tau. Azan je terus bangun. Kita yang kat luar ni, hmmm.. Azan bunyi masih berlengah. Huhu, malu lah.

Oh ye, ada satu kejadian kelakar pasal solat ni. Panasonic pernah duduk di sel di mana bekas penghuninya ialah orang india. Banduan india ni ada lukis berhala diorang kat dinding. Kebetulan lukisan tu pulak berada di arah kiblat.

Maka nya, kelihatan macam banduan solat mengadap berhala tu. Haha. Kecelaruan apakah ini. Hahaha.. Takdelah. Warden nampak dan terus hulur cat kat diorang untuk padamkan lukisan tu..

Bulan puasa, banduan non muslim akan diasingkan sebab waktu pengagihan makanan (ration) tak sama.

Bulan ramadan, makanan akan diberi dua kali saja sehari. Pukul 6 petang dan 10 malam. Nasi malam tu lah jadi sahur.

Ada ke banduan yang tak puasa? Jaranglah. Sebab kalau nak makan nasi sahur tu masa tengahari, basi. Kalau nak makan nasi 6 petang tu, rugi sebab dah dekat waktu berbuka.

Jadinya kebanyakan banduan puasa je. Yang liat bebenor nak puasa tu makan megi lah kot tengah hari. Tapi kalau kantoi dengan warden, sakit. Haha

Setiap kali ration dihantar, akan ada biskut empat segi (crackers). Banduan takkan makan biskut ni. Diorang akan simpan untuk buat kek masa hari raya.

Buat kek? Iye awak.. Macam kek batik lebih kurang, tapi guna biskut empat segi. Raya dalam penjara takda eh kueh-kueh raya ni. Haha.

Biskut tu dihancurkan banyak-banyak dan gaul dengan milo dan susu pekat (beli di koperasi). Penyetkan atas plastik besar dan ratakan pastu potong. Jadilah kek. Sedap jugak kata Panasonic.

Waktu raya lah nak dapat makan nasi yang sedap sikit. Selalunya dapat nasi hujan panas dan ayam masak merah di pagi raya.

Selepas dah makan apa semua tu, masing-masing akan melayan perasaan mengenangkan suasana raya dengan keluarga.

“Abang nangis ke masa pagi raya tu?”

Nak nangis jugaklah tapi cover macho. Haha.

“Padan muka sapa suruh jahat sangat kan dah kena raya di ‘perantauan’…” usik aku selaku isteri yang kurangasam.

Selain waktu raya, ada satu lagi waktu Panasonic dapat makan sedap. Waktu ketika ada banduan datuk/mafia kongsi gelap dalam tu belanja kfc. Sekali jelah Panasonic dapat merasa. Mafia tu belanja satu penjara makan snack plate sorang satu.

Fuhh semua pakat makan dengan bahagia. Ayam makan seketul petang, seketul malam. Hahaha. Punyalah sayang.

Diorang takde peti ais dalam tu kan jadi kalau nak simpan makanan, simpan dalam plastik. Plastik ni boleh mintak kalau tak silap. Plastik biasa yang warna hijau/merah kau dapat bila beli pisang goreng tu. Ha plastik tu je..

Kalau nak guna api, diorang pakai spark je. Spark dari kepala lighter. Spark ni nanti akan nyalakan sumbu.

Sumbu ni nak ambik mana pulak? Sumbu ni buat sendiri pakai benang baju atau benang tuala. Benang jahit tepi baju tu, ada banyak kegunaan tau. Haha.

Sumbu ni nanti letakkan dalam minyak semayang orang india (kemain bekerjasama pelbagai kaum eh). Dia jadi macam pelita la lebih kurang.

Benang baju tu, diorang cabut untuk guna semula dengan jarum. Jarum buat daripada dawai. Mana diorang dapat dawai tu Panasonic tak bagitahu la pulak.

Tapi yang pasti, diorang asah bagi halus dan buat lubang. Masukkan benang, boleh lah jahit seluar yang terkoyak.

“Lahh biarlah koyak pun. Tak pakai spender ke bang?”

Spender dapat sehelai masa check in. Tapi selalunya melayu tak pakai. Hahaha. Bongoknya jawapan.

Selain dari menjahit, benang jugak digunakan untuk mencabut misai dan bulu ketiak. Sakit katanye.

Kat dalam tu diorang ada diberi mesin pencukur tapi sebab benda ada satu je kan. Berebut sikit lah. Mesin tu jugaklah cukur rambut, cukur janggut dan segala rambut yang lain.. Haha.

Cakap pasal dawai, aku ada cite pasal handphone seludup kan? Haa… Charger nak amik mana pulak? Charger diorang cipta sendiri. Tak cucuk guna lubang charger tu. Tapi diorang charge direct terus ke soket pakai dawai ke apa entah. Tapi yang pasti menjadi.

Panasonic tak dapat nak explain detail sebab dia tak pernah buat. Dia tak pernah bawak handphone dalam tu.

Yang pernah dia bawak, tembakau saja. Sembilan bungkus tembakau dia telan.

“Mujoq tak mampuih kan, kalau dak, tak jumpa lah kita..” kataku dalam nada sinis. Panasonic tahu aku memang benci bab rokok ni.

Pernah je jadi seal tembakau pecah sikit dalam usus. Jadi air najis masuklah dalam tu. Tapi banduan ni tak putus asa. Diorang jemur dan lap sikit bagi kering. Dan gulung macam biasa..

“Rasa macam taik…” kata Panasonic.

Padan lah muka. Nak sangat hisap kan. Rasalah taik sendiri!

Eh aku rasa dah panjang sangat dah ni. Rajin ke korang nak baca ni? Jangan-jangan aku bercakap sorang-sorang. Hahaha.

Ok cukup setakat ni. Harap penjelasan aku dapat menjawab serba sedikit persoalan korang semua.

Ada yang nak episod 4 ke? Aku dah kehabisan bahan ni. Kalau ada, nanti aku korek lagi cerita dari Panasonic pasal pengalaman dia dipindahkan ke penjara kedua iaitu di kelantan pulak.

Kalau ada soalan lagi, boleh ajukan. Aku cuba jawab mana yang boleh. Kalau tak jawab tu maksudnya soalan tu tak boleh dijawab kat sini atau memang takde jawapan..

Maaf kalau ada yang kurang. Aku undur diri dulu. Bye!

– Suzuki Daiken (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *