Jodoh Dari Facebook II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-dari-facebook/).

Assalamualaikum pembaca² yang dirahmati Allah, semoga yang membaca ini dimurahkan rezeki. Aamin. Tujuan confession kedua ni nak membalas yang pertama tu. Hahahaa.

Actually confession aku ni dah setahun lebih baru disiarkan. Hahaha. Aku pun terkejut baca. Dia macam eh. Macam cerita aku?

Eh. Ni asal sebijik macam jalan cerita aku ni. Eh.

Eh. Rupanya confession sendiri. Hahaha.

Alhamdulillah. Setakat ni masih lagi bersama dengan suami pesbuk aku, 2 tahun dah eh perkahwinan aku.

Err macam lupa dah. Ehh ~. Untuk yang mengkeji cakap alahhh baru 3 bulan. Belum 3 tahun. Haa lagi sikit lagi 3 tahun. Ko sabar jap jemahh!

Nanti aku buat confession cukup 3 tahun pulak. Hahaha. Aku bukan apa, excited pun ada masa tu.

Almaklumlah dah tua, pastu frust tengok disaanaaaa berkahwinn! Disini bertunang!

Haaa gituu. Tapi tulaahh, dalam bersyukur ada jugak kesedihannya. Betul lah apa dikata dalam cerita P Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri “.

Bercakau itu pasti yea, sebab aku dengan dia kenal sangat singkat dan tak sempat nak kenal hati budi yang mendalam gitu. Hampir aku nak tinggal dia jugak lah sebab sakit hati punya pasal. Dia keras kepala, aku pon keras kepala.

Aku siap kemas baju lah nak balik rumah mak aku, aku siap cakap kat dia ko rasa diri kau besar sangat kan. Haa hidup sorang². Aku dah malas nak hidup dengan kau dah!

Dia pun buat muka derk dia. Aku hangin lah.

Sampai lah aku call mak aku cakap aku nak balik! Pastu barulah dia pujuk aku, cakap baik². Gaduh benda remeh je pon tapi jadi besar pulak ceritanya.

Alhamdulillah jodoh masih ada lagi, sampai bila itu tak tahu lah. Cuma da 2 tahun kahwin ni rezeki zuriat takde lagi. Memandangkan aku ade diabetis susah nak dapat anak sebab gula aku tak stabil.

Penat dah aku kunci mulut ni jangan makan itu ini. Tealive pon tak sentuh tau! Strawberry pudding ku~~.

Ade juga laa mulut² yang bertanya bila nak ade isi? Bila itu bilaa ini ini. Nak sedih?

Ta kuase eh~. Aku ni sejak mula kenal aku dah bagitahu sesiap aku sakit, aku takut aku tak dapat bagi zuriat, kau boleh terima aku ke? Dah dia cakap boleh kan.

So terima lah. Aku siap record lagi incase dia mengungkit. Haha.

Tapi aku nak jugak merasa anak sendiri, asyik dukung anak buah je kan? Tapi tu lah, aku redha je sekarang ni.

Apa orang nak cakap. Aku pekak kan telinga je. Memandangkan umur dah lanjut, hati pon makin tisu.

Takleh dah nak fikir berat²,nanti susah nak tidur! Ada yang tanya macam mana aku boleh je terima dia dalam masa singkat, media sosial lak tu. Satu je jawapan aku, istikharah.

Serah pada allah, kalau smooth je perjalanan kau dengan dia, means okay la tu, kalau tak sedap hati dengan dia, just reject je. Takde masalah pon. Yang penting ko jangan takut, jangan overthinking.

Jangan jadikan perkataan “kalau” itu penghalang kau nak cari soulmate. Okay tu jelah. Aku nak mintak sikit je ni.

Tolong doakan aku ada zuriat jugak please. Mana tau doa pembaca² ni allah angkatkan untuk makbulkan doa aku. And doakan untuk isteri² yang TTC sama macam aku, hope satu hari aku dapat peluk, cium anak aku sendiri.

Aamin. Haaaihh ~ rasa nak nangis lak bila mintak korang doakan aku, and sikitt g. Doakan rumah tangga aku bahagia sampailah ke syurga.

Semoga doa korang untuk aku berbalik kebaikkannya kepada korang juga. Aaamin ya rabbal alamin. Hope admin tak siarkan 2 tahun akan datang.

Kang ada komen cakap ehh baru 2 tahun belum 20 tahun! Aku doakan yang cakap tu masak nasi tak on suissss!! Biar meleleh air liur kome depan lauk²!

Babaii assalamualaikumm ~

– Shinobu kocho (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *