Bestfriend Single Mingle Yang Busybody

Salam gais. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat admin kalau siarkan artikel aku. Yang kedua, aku nak minta maaf kalau panjang atau tunggang langgang penulisan aku ni. Sebab aku memang tengah emosi ni. Izinkan aku luah kat sini ye. Kot2 ada yang boleh faham aku.

Aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni. Kira kitorang dah bff lah. Dah kenal lama kot dari sekolah rendah, menengah sampai sekarang dah 30an. Bezanya, sekarang aku dah berkeluarga dan dia belum. Masih single mingle mencari calon khabarnya.

Entahla weh. Aku terkilan sangat orang yang aku anggap kawan, sahabat susah senang tu buat aku macam ni. Patutnya dia support aku. Bukan condemn aku.

Aku cerita background dia lah eh. Dia ni belajar overseas, ada degree, master dan phd. So what kan? Aku pun ada degree. Universiti local pun, aku ada banyak je pengalaman kerja. Presentation, research, viva, thesis, journal, conference semua tu aku dah lalu pun. Aku pernah sambung master sebelum dia.

Cuma tak sempat habis. Sebab aku kena balik kampung jaga mak dan ayah aku sakit. Doakan mak ayah aku ye. Mereka dah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah, aku sudah bersuami dan ada anak.

Allah ambil mak dan ayah yang aku sayang. Duka pilu sedih rindu tu masih ada. Tapi Allah gantikan dengan suami dan anak. Aku rasa aku hanya kuat untuk hidup sebab ni. Kalau tak dah lama aku putus asa dan takde harapan. Sungguh takdir Allah ni unik. Aku redha Allah atur hidup aku macam ni. In sha Allah.

So back to the story. Alkisahnya, kawan aku ni ada bila aku susah. Bila mak serta ayah aku takde. Dia yang pertama sampai dan bersimpati. Aku dah anggap dia macam adik beradik la juga. Dia temankan aku overnight.

Sejak dulu lagi kitorang sama2 pergi rumah masing2 sleepover. Tuition sama2. Memang kenal keluarga masing2 semua tu. Rapat la kan.

Bila aku dalam fasa kena risik dulu pun, break up, etc. Aku cerita kat dia. Aku percaya kat dia macam tu sekali tau. Bila aku nak kahwin, malam nak kahwin tu pun dia teman. Nikah dan sanding, dia yang make up kan aku.

Bila aku beranak, dialah yang pertama tanya nak apa itu ini dalam pantang. Dia bagi anak aku hadiah apa. She is there la kan susah senang bagi aku. Aku ingat kebaikan dia buat kat aku. Aku hargai sangat semua tu.

Aku sampai rasa tak terbalas lah kan kebaikan dia buat tu. Dia ada untuk aku, tapi aku ni tak tau lah ada ke tak untuk dia. Aku nak persahabatan kitorang ni sampai bila2 lah kan.

Tapi sekarang kan, dia lah paling aku tak percaya. Aku rasa geram, marah dan segalanya lah pada dia. Dia judge aku. Hentam aku. Kutuk aku. Aku tak faham apa yang dia tak puas hati dengan aku.

Dia ni cyberbully aku tau. Bagi aku, cakaplah depan2 apa pun kan. Ni komen kat wall aku. Komen kat group dengan kawan2 lain. Mesej personal. Share itu ini. Dia cakap aku duk sibuk post pasal isu Palestine dgn Israel, padahal kat rumah aku ni abusive. Tak pandai jaga anak.

Menyirap wehhh. Sampai sekarang aku macam what the heck tetiba nak kutuk aku. Aku memang syak dah ada benda berlaku belakang aku. Kawan2 aku duk cerita pasal aku dan mengata hal aku.

Dalam geng kitorang ni. Aku sorang je kahwin dan ada anak. Orang lain semua single mingle lagi. Dah ada kerja masing2. Ada engineer, ada doktor, ada phd, ada cikgu, ada freelancer, dan ada aku, surirumah. Aku stilll contact dengan diorang, pergi travel bawa anak. Suami aku izin. Best la kan boleh release tension.

Tapi ada dua travel trip latest ni. Aku ni termarah dan terpukul anak aku. Macam luar kawalan. Sebab aku penat weh layan anak sorang dengan meragam lagi. Aku burn out. Kawan2 aku bukan tolong pun. Reti tengok je. Kalau aku travel dengan suami lain lah boleh gilir2.

So yeah. Trip pertama yang aku naik hangin kat anak aku tu. Dah 5 bulan lepas tau. Aku tak pukul pun. Budak tu nangis kat public macam kena rasuk. Orang pandang2.

Aku pulak serabut lapar nak makan. Aku siap2 makan cepat, pastu aku tarik dan angkat anak aku tu masuk kereta. Biar dia menangis dan aku marah dia dalam kereta je. Then cool down.

Masa ni kan. Kawan aku dgn 2 org kawan aku lagi. Aku tunggu lama jugak lah kenapa tak masuk kereta lagi. Makan apa lama sangat. Sampai aku tertidur dengan anak aku.

Ye lah. Budak tu penat nangis, aku penat marah. Lepastu kawan2 aku masuk kereta dan buat normal je. Macam takde apa berlaku. Takde tanya khabar aku pun.

So biarlah kan. Aku anggap macam diorang tak terkesan apa lah kot. Aku memang serba salah kalau spoil mood diorang. Aku dah minta maaf dekat group after trip. So anggap settle lah kan.

Next trip. 2 bulan yang lalu. Ni aku pergi dengan anak aku, kawan aku yang doktor dan mak dia. Kawan aku yg phd ni tak sempat nak ikut.

So, alkisahnya, aku muntah, mabuk kereta. Biasa aku drive sebab kereta aku sendiri kan. Tapi time tu kawan aku nak drive, so aku duk belakang la dengan anak aku. Terhuyung hayangnya memang mual dan muntah.

Pastu pergi berjalan sana sini. Layan anak nak itu ini, nak berak kencing la. Tak larat nak layan budak kecik dengan aku tengah mengandung sorang lagi dalam perut.

So balik lah hotel time tu. Aku cakap kat kawan aku tu, pergilah jengjalan dengan mak dia. Aku tak larat nak rehat dengan anak aku pun tidur juga waktu tu.

Pastu dia meragam pulak. Lapar tapi tak nak makan. Sejuk tapi tak nak selimut. Aku yang penat mental fizikal ni. Tak boleh nak gilir dengan siapa pun. Aku pun termarah tengking dan pukul lah anak aku tu. Kawan aku dengan mak dia duk bilik asing. Bukan nampak pun, tapi dengar lah kot aku marah2 tu.

And the same thing happen. They act normal. Diorang tak tanya pun apa berlaku. Diorang tak tanya pun aku ok tak. Cuma aku rasa la aku dah spoil mood travel diorang tu. Aku minta maaf lepas trip. Sampai sekarang diorang tak contact ye. Silent sampai sudah.

Sebulan yang lalu. Kawan aku yang phd ni start kutuk aku macam2. Dia cakap jangan sampai nasi jadi bubur. Dia sayang anak aku tu. Dia cakap dia nak report aku kat polis sebab dia cakap apa yang dia nampak adalah cukup bukti untuk disabit kesalahan.

Aku like what? Wehhhh apa benda?

Aku syak satu benda je. Kawan aku yang doktor dan mak dia tu buka cerita yang aku marah anak aku tu dekat kawan aku yang phd ni. Aku memang terkilan dan kecewa gila time tu. Sampai hati diorang cakap belakang, kutuk aku, hentam aku.

Diorang ingat aku ni Israel sangat ke sampai nak abuse aku? Firaun sangat ke sampai nak bunuh? Teruk mana yang diorang nampak aku hah? Aku tak faham weh, dengan mak kawan aku tu pun aku tak faham. Bersubahat jugak ke apa.

Aku nak tanya lah kan mana2 mak kat sini. Korang tak pernah ke termarah atau terpukul anak? I know. Berdosa. Anak tu tak pilih pun untuk hidup. Takde dosa. Tapi terpaksa hadap kau sebagai mak dia. Dia takde pilihan lain. Dan kita pun tak boleh pilih anak kita kan. Sebagai mak, itulah anak kita, baik buruk dia, vice versa.

Aku sampai self hate, self blame dan self guilt kot. Aku label diri aku abusive. Diri aku ni bad mother. All mothers are sinners. Lama aku down disebabkan kena hentam dan kutuk macam tu.

Lepas tu aku cerita dekat kawan aku yang ada anak. Diorang cakap tu normal lah. Kita akan ada silapnya dalam besarkan anak. Parenting is not easy. Ustazah Asma pun mengaku dia pernah marah anak dia, pastu dia minta maaf.

Aku buat macam tu juga pada anak aku. Bukannya aku nak dera dia. Aku pun sayang dia. Cuma at times, aku ni hilang kawalan.

Betul lah orang cakap kot. Bila kita nampak buruk orang, kita lupa kebaikan dia. Yang kita fokus yang buruk tu je. Itulah yang kita nak judge. Itulah yang kita nak condemn ye.

Kawan aku cakap dia nak nasihat aku. Bagi aku, itu bukan nasihat. Tapi kutukan serta perlian. Nak nasihat bila orang minta nasihat sudah lah. Nak memandai pula. Dia hanya nak rasa yang dia betul. Bukan nak faham, tapi nak hukum.

Jadinya. Aku dah serik dah nak berkawan. Trauma dah. Orang nampak buruk aku je. Aku cuba buat baik kat dua orang tu pun. Diorang tak terima kasih atau hargai pun. Hanya sia-sia. Persahabatan yang tak berlandaskan apa-apa.

Aku tahu kawan2 aku pun duk mencari pasangan hidup masing2. Diorang masih untuk sebab punya mak ayah, punya kerjaya, punya pilihan. Aku, walau orang nampak beruntung pun. Aku tidak punya mak ayah lagi, tidak punya impian mahupun kerjaya lagi. Hanya meneruskan hidup. Surviving. Not even living.

Diorang senang ke perkahwinan ni? Urus anak dan urus rumah? Segala bebanan tanggungjawab dan amanah tu?

Aku rasa aku boleh terima kalau orang yang nasihat aku tu dah berpengalaman dalam perkahwinan dan jaga anak. Aku terima kritikan tu sebagai teguran lah kan. Tapi bila datang daripada kawan aku yang single mingle ni. Aku rasa dia ni busybody sangat. Takde life ke? Nak musnahkan hidup orang?

Dia ingat dia je ke ada family trauma? Aku pun ada trauma aku juga. Kau ingat senang ke nak rawat diri sendiri yang sedang sakit ni, sambil jaga anak? Aku tak nak pun rosakkan anak ku dengan trauma ke apa. Aku bukannya perfect pun. Aku mengaku aku tak reti jaga anak.

Tapi jangan sesekali kau cakap aku ni tak sayang anak aku. Kau ingat senang ke nak proses mengandung, beranak, menyusu dan besarkan anak tu? I am just a young and dumb mom, who is still trying and learning to be better.

Harap bila kau nak lalui fasa kahwin dan ada anak nanti, kau akan faham lah apa yang aku rasa. Dan jangan pernah lah kau nak compare hidup aku dengan hidup kau. Cara kau dengan cara aku. Sebab cara hidup orang masing2 tak sama.

Jangan paksa aku untuk setuju dengan kau. Kau ambillah psychology kanak2 ke apa. Tapi kau hanya dalam dunia teori kau, bukan dalam alam realiti. Hidup ni, paling mahal tu adalah pengalaman. Pengetahuan takkan berguna kalau tak diaplikasikan.

Kalau kau tak boleh nak support aku, at least tak payah nak condemn aku. Kalau kau tak boleh nak tolong aku , at least tak payah judge aku. Kau bukan nak faham aku, tapi kau nak rasa diri kau betul kan.

Betapa aku nampaknya riak muka kau yang tak kisah pun aku mengandung lagi. Mungkin kau dah rasa aku ni gagal jaga anak, buat apa tambah anak kan, aku akan jadi abusive juga.

Fine. Guess what. You are wrong about me! I am a fighter, not a loser. Judge and condemn me however you want. But i know myself, i can do and try better. If you can’t be happy for me, then you are not a real friend. Sebaiknya kita putus kawan sahaja dan bawa haluan masing2. Mungkin itu lebih baik.

Sekian. Terima kasih kepada yang membaca sampai habis. Jika ada pandangan lain amat dialu-alukan.

– Mak Singa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bagi saya, diorang bukan perihatin and nak bagi nasihat. they r just toxic positivity. IF perihatin, kau concern dengan anak-anak tu, kau pujuk kawan kau untuk bawak budak tu jumpa psychiatrist for diagnose in case betul ke ada abuse, if nothing happen.. kutukan dan kecaman takkan keluar pun dari mulut korang. walaupun sy tk kahwin lgi dan masih study saya faham, walaupun dia mak, tk semestinya dia sempurna. Dia pun manusia yang kadang-kadang tk boleh nak kawal emosi. sekian laa dari saya. Apa apapun saya doakan confessor terus kuat hadapi hidup ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *