Aku terfikir nak share dekat sini sebab aku rasa circle aku takde yang support decision aku. Even parents aku pun senyap je.
Bagi aku kalau diorang senyap, means diorang tak berminat nak tahu langsung pasal relay aku dengan seorang duda ni.
Aku muda lagi, baru awal 20an. Manakala dia, boyfriend aku tu dah masuk pertengahan 30an. Dia dan bekas isteri dikurniakan 5 orang anak, dan baru sahaja bercerai.
Tapi bukan sebab aku la. Sebab diorang dah tak tinggal sekali lama sangat dah.
And in fact, aku pun baru tahu diorang cerai lepas dah beberapa bulan and kami pun start bercinta seminggu sebelum kes mahkamah dia selesai.
Sejujurnya aku bahagia gila bercinta dengan dia. Dulu aku pernahla bercinta sekali, lama jugak. Dekat 3 tahun.
Tapi dia chose to left me dengan alasan nak improve diri sendiri and fokus dekat belajar.
Hahaha, sedih jugaklah aku, and sebab tu jugak aku mula rapat dengan boyf baru aku tu. And tanpa sedar kitorang bercinta.
Hahaha.. Dia sumpah sweet. Aku dah lama tak rasa happy bila chat someone.
Dia sweet bukannya sebab selalu buat surprise ke apa, tapi sebab dia selalu cuba yang terbaik untuk buat aku bahagia.
Waktu mula² bercinta tu dia dah offer aku makan macam². Lepas tu kami balik satu jalan cuma rumah dia lagi dekat daripada rumah aku. Tapi dia still nak hantar aku sampai rumah.
Lepas tu, ada masa kami breakfast sama². Senang cerita aku tak pernah rasa dihargai and disayangi macam ni.
Sumpah tak sama dengan relay aku yang dulu. Cumanya ibu aku macam tak suka dia sangat. Sebab yang pertama kerja dia.
Dia kerja biasa² je, padahal aku ni nak sambung degree dah. So, peluang untuk dapat kerja yang lagi elok tinggi. Lepas tu, dia pernah berkahwin and anak dia pun banyak.
Tapi aku still tak kesah semua tu. Sebab bagi aku, duit boleh dicari. Dia pun bertanggungjawab tau.
Sebab dia ada kereta, tapi dia bagi je ex wife dia guna. Padahal dia ada motor lama je sekarang ni. Nak pi mana² pun susah.
And sepanjang tempoh nak selesai kes mahkamah tu, ex wife dia manade kerja.
So, daripada situ kita dah nampak yang dia bab duit even tak banyak, dia still ingat tanggungjawab dia.
Lagi satu dia ni suka travel. Aku memang suka orang yang kuat berjalan ni. Sebab parents aku bukannya jenis yang macam tu, so bosan sikettt. Hahaha.
Ex aku dulu pun kaya je. Tapi kedekut. Ada duit beli untuk diri sendiri je.
Aku yang selalu beria² nak belanja dia macam². Padahal aku pun student dulu. Pastu selalu tak tahu malu mintak aku itu ini. Aku pun sebab sayang, ikut jelah.
Korang rasa aku patut ke stay dengan duda anak 5 ni. Hmmmm.
Aku sayang dia, and dia pun selalu cuba yang terbaik untuk happy kan aku.
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Masa tengah seronok semua indah, semua boleh terima. Cuma awak jangan berharap apa yang awak lalui sekarang akan sama dengan selepas berkahwin.
Biasalah kalau melakar takdir sendiri. Apa pun boleh jadi. Ibarat memberi harapan pada diri sendiri. Tapi yang salah tetap orang lain. Huhu ( Untuk pertama kalinya sebagai lelaki masuk port )hehe
Masa bercinta memang indah tak nampak buruknya. Ikut nasihat ibu bapa mereka dah nampak jalan berdurinya. Risik kenapa mereka bercerai wlupun anak dah 5. Dia tak mampu zahirnya sbb isteri dia x kerja. Tak pasal2 awak jd ibu segera dan sumber ATM dia sama2 keluar nafkah ukt anak dn bekas bini dia.
Wow, buy 1 free 5 eh sis. Huhu. Gurau je. Sekarang ni apa yang penting diri sis sendiri lah, adakah sis dah bersedia untuk menjadi ibu segera kepada 5 orang anak? Umur sis pun muda sangat-sangat. Fasa belum puas enjoy lagi tu. Tapi sis tepuklah dada tanyalah diri sis sendiri. Yang penting buat solat Istikharah dulu minta petunjuk yang Maha Esa. Masa tengah bercinta ni memang semua indah, takut lepas kahwin sis akan menyesal. Bukan senang sis nak jaga anak ramai-ramai ni kalau tak kuat mental fizikal. Apa pun all the best sis.
kau jangan cari pasal dik. KAu awal 20an, dia tgh 30an anak dah 5. Kau kena risik kenapa dia bercerai. Kerja pulak biasa2. Kau jangan tadah leher kat papan pemotong. Tak pasal hidup kau pun sengsara dik. Duda anak ramai bcinta ngn budak muda klulusan tggi & bakal kerja besar ni bahaya sebab possilbility untuk kau jadi mesin ATM adalah tinggi. Mula ni memang dia akan love bombing kau, lama2 nanti kau tengok. Kalau dia baik, dia takkan bercinta dengan kau masa dia bellum bercerai. Alasan xsebumbung tu alasan cliche. Dia bagi kau makan macam2 pun kau dah raasa bahagia & fall in love teruk? Macam tu je mudahnya kau jatuh cinta gila babu? Dont be stupid dik. Perjalanan kau panjang lagi.
Kau kena selidik betul2 dia bercerai & tak duduk sebumbung lama sebelum bercerai. Sekarang dah ada lawan web kau bleh cari tarikh dia bercerai, ada kes domestic violence ke tak apa semua. Kau dapatkan no ic je.
Cari lah yang sekufu dik. Tak salah bercinta dengan duda asalkan dia btnggungjawan pada anak2, bagi nafkah anak2 tanpa gagal, dan kerja lebih besar dari kau. Kau nak ke nanti kahwin, dia bagi alasan duit semua dah bg nafkah anak2, lepastu umhtgga kau kena tanggung? Sekalu dua backup blh la, kalau tiap2 bulan, letih dik..boleh gila. Zaman sekarang banyak jantan2 biawak yang cari perempuan educated & kerja besar untuk tnggung hidup dia.
Sekali lagi aku nasihat dik, kau jangan carik pasal. Jangan jerat diri. Please dik.