Aku Introvert

Assalamualaikum, aku Asif, seorang introvert. Kronik ke biasa tu, korang judge sendiri.

Aku cuma nak buat luahan hati dan sedikit perkongsian mengenai aku. Boleh komen later on, aku harap boleh baca perkongsian orang lain, terutamanya mengenai perhubungan dengan orang lain.

Aku memang dari kecil dah biasa buat hal sendiri. Hobi pon indoor, tak perlu orang lain untuk aku happy sorang-sorang.

Nak tanya something, aku prefer google dulu before tanya orang lain.

Kalau pergi surau berjemaah pon, aku selesa lepas habis solat terus cabut. Tak buang masa lepak-lepak. Dengar kuliah pun, aku duduk sorang-sorang.

Dari sekolah menengah lagi, aku memang macam ni. Tegur-tegur tu biasa. Tapi memang tak duduk lama.

Dulu masa study, aku memang selesa berkomunikasi online je, fb messenger, yahoo messenger, line chat.

Group discussion aku cukup seronok kalau aku kumpulan dengan orang asing (Aku universiti antarabangsa) sebab diorang prefer online discussion sebab masing-masing ada hal masing-masing.

Kalau kumpulan dengan kawan-kawan tempatan, diorang prefer discuss depan-depan kat library, rumah etc.

Memang akan beri aku sikit emotional burden untuk hadap.

Oh ya, aku dah berkahwin, anak 2 orang, Alhamdulillah.

Aku sangat sayangkan keluarga aku, cuma disebabkan aku introvert ni, banyak sikit aku kena handle, demi memastikan anak aku membesar dengan normal, dan isteri aku gembira.

Macam aku tulis diatas tadi, aku memang ada masalah sikit nak handle orang lain, macam jiran2 aku la terutamanya.

Aku memang lebih selesa tak berhubung dengan manusia lain, tapi bila ada anak ni, tak kan aku nak tunjuk contoh macam tu.

So, aku sentiasa kena kuatkan diri untuk libat diri dengan komuniti setempat aku.

Berjumpa dengan keluarga mertua pun aku memang kena kuatkan diri untuk hadap. Diorang sangat baik. Aku je kena kuat sikit.

Setakat ni Alhamdulillah wife faham keadaan aku.

Last sekali, sebab agak banyak emotional burden untuk aku hadap demi nampak normal untuk anak-anak supaya diorang boleh funtion dengan normal bila diorang besar, aku perlu masa untuk “shut down”.

Selalunya wife aku bagi aku peluang untuk menginap kat hotel 2 malam sorang diri.

Diorang kat rumah. Hotel sebelah rumah je.

Masa aku kat hotel, aku memang betul-betul diam. Sorang-sorang je.

Kecuali malam before tidur aku video call isteri dan anak-anak. Aku tak buat apa-apa sepanjang kat hotel.

Makan pon megi je, sebab aku tak nak jumpa orang. Habis-habis aku baca buku, or buat hobi aku.

Alhamdulillah isteri faham keadaan aku.

So, rasanya tu la kot luahan hati aku.

Aku sebenarnya digalakkan oleh isteri aku untuk kongsi hal ni.

Sebab ada sorang pekerja baru tempat dia introvert macam aku gak, selalu nampak tertekan sebab dia tak dapat masa untuk bersendiri lepas dah ada anak.

So, ni sedikit perkongsian dari aku. Aku harap sesiapa yang ada pasangan introvert tu, cuba tanya dia, perlu ke masa untuk bersendiri.

Ada orang suka mandi lama untuk me time dia, ada yang keluar makan sorang diri. Tapi aku, camtu la macam diatas.

Setahun sekali je aku perlu. Kadang-kadang kalau berat sangat aku just mintak dengan wife bagi aku 1 jam untuk sendiri.

Memang aku shut down sejam. Tak tidur pun.

Cuma menyendiri je sekejap.

Sekian..

– Asif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hi asif..normal la introvert macam tu..yang penting kita tak buat perkara yang bukan² atau dilarang sama sekali dalam islam..bersendirian ibarat kita simpan energy untuk kekuatan bertemu rakan² taulan atau umum secara fizikal..kebiasaan kita akan cepat penat macam² ragam kita akan hadapi on the spot

  2. Setiap insan yg Allah jadikan ada sifat masing2 @ tersendiri. Kita perlu hormat setiap insan di alam ini..termasuklah ciptaan Allah yg lainnya tanpa prejudis. Buat apa yg Allah suruh, tinggalkan perkara yg Allah larang tp kena byk bersabar dan redha d atas setiap ujian yg Allah berikan utk kita hadapi dlm liku2 kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran ini. Insyaallah, semoga kita berjaya d dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *