Ada Apa Dengan Gaza II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ada-apa-dengan-gaza/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana masih sudi menguatkan warkah hamba.

Pagi tadi skrol tiktok ada tazkirah seorang ustaz, ada part menarik dalam tazkirah ni tentang satu cerita. Macam pernah dengar cerita ni.

Mungkin hanya satu analogi tapi cerita ni memang menarik. Kisah seorang Raja yang membina sebuah masjid.

Bila masjid siap, puterinya memohon supaya dia mahu menjadi orang pertama merasmikan masuk masjid dan solat situ.

Jadi Raja tu membuat pengumuman semua orang dilarang masuk ke masjid itu pada hari Tuan Puteri nak masuk.

Nak jadi cerita ada seorang pekerja binaan masjid yang tak tau pasal larangan tu. Hamba Allah ni pun masuk la ke masjid tu dan terserempak dengan Tuan Puteri

Mata bertentang mata lalu hamba Allah ni terpana dengan kecantikan Tuan Puteri. Sejak hari tu hamba Allah tersebut angau teringat Tuan Puteri.

Dia minta ibunya jumpa Raja meminang Tuan Puteri. Dah tentulah si ibu tak layan permintaan gila si anak.

Namun hari demi hari kesihatannya merosot disebabkan menanggung cinta dan rindu terhadap Tuan Puteri. Si ibu yang risau akan anaknya menebalkan muka berjumpa Raja lalu disampaikan hasrat si anak.

Mendengar itu, sang Raja memanggil pemuda tersebut,

Raja kata kalau nak kawin dengan anakanda aku, syaratnya mulai malam ini kau mesti tunaikan solat malam (tahajjud) selama 40 hari, kemudian barulah kau datang menghadapku.

Pemuda menerima syarat itu.

Namun selepas hari ke 40. 41. dan hari2 yang berlalu, Raja tersebut hairan sebab pemuda tu tak datang pun menghadap Raja.

Pemuda itu dipanggil ke istana lalu ditanya, mengapa dia tak datang seperti yang dijanjikan? Bukankah permintaannya nak kawin dengan Tuan Puteri?

Maka dijawab oleh pemuda itu, memang pada mulanya dia menyampaikan solat malam kerana ingin berkahwin dengan Tuan Puteri, tapi makin lama dia bersolat, dia tenggelam dalam keasyikan cinta kepada illahi.

Sehinggakan dia tak mahu lagi segala yang ada didunia termasuklah keinginan memperisterikan Tuan Puteri tadi.

Seolah olah segalanya tidak penting selain cinta kepada Allah. SubhanAllah.

Termenung saya sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Demikian kita manusia andai dikurniakan kemanisan Iman, cukuplah Allah bagi kita.

Mungkin pembaca pernah membaca confession saya sebelum ini tentang ada apa dengan 40 Hari dan ada apa dengan Gaza?

Itulah yang saya maksudkan dengan saya percaya bahawa jika kita berdoa dengan ikhlas kepada Allah, Dia mungkin memakbulkan dan boleh jadi tidak memenuhi permintaan kita.

Kerana Allah maha mengetahui untuk memberi apa yang terbuai untuk hambaNya. Namun saya percaya.

Sebalik baik pemberian ialah Allah akan memberi kita “rasa ok” dalam apa jua ujian. Bukankah “rasa ok” itu lebih baik daripada seisi dunia?

SubhanAllah. Moga Kita tidak mudah terpedaya dengan permainan syaitan, nafsu dan akal Kita yang lemah.

Apabila ada orang mempersoalkan “oh, Saya dah solat Sunat sebelum subuh, solat dhuha tiap2 Hari tapi Saya tak Kaya pun? Saya susah, Saya sakit, Saya tak bahagia.” 

Tuan2. Bukankah nikmat diizinkan solat setiap hari itu lebih baik daripada seisi dunia?

Allah Beri sakit menghapuskan dosa itu pun lebih baik daripada seisi Dunia. Allah beri Kita masalah, ujian juga lebih Baik daripada seisi dunia.

Apa yang baik untuk saya boleh jadi tidak baik untuk orang lain, begitu sifirnya. Dan pada peringkat paling akhir kefahaman Kita sebagai hamba ialah menerima tanpa syarat, itu nilai cinta.

Seperti kata Buya Hamka dalam novel Tenggelamnya Kapal Vandervick ; “cinta itu punya banyak pintu dan pintu paling utama ialah rasa kasihan” ya. Rasa kasihan itulah yang kita dambakan daripada Allah.

Tanpa rasa belas kasihan Allah kepada kita hambanya, Kita tak ada apa2. Nak personal tentang adil?

Janganlah kita mimpi. kalau nak himpun2 solat kita seumur hidup, kita pasti ke sempurna?

Dari kebersihan, wuduk, rukun, apa lagi khusyuk? Konfiden khusyuk 100% dari mula takbir sampai tahiyat akhir tanpa mencampur aduk dengan ingatkan kepada perkara2 Dunia?

Nak persoalkan rezeki? Kalau Allah tak bagi izin nikmat rezeki bernafas selama satu minit cukuplah.

Kita sedar siapa kita tanpa belas kasihan Allah. Maka apa yang perlu kita minta setiap saat sebanyak banyaknya hanyalah Mohon keampunan استغفر الله العظيم

Banyak persoalan yang Kita tak mampu nak fikir dengan logik akal. Sebab itu kita perlu mohon hidayah daripada Allah supaya Allah memberi Kita jawapan, dan ketetapan iman.

Sedangkan Rasulullah yang maksum pun meminta amount, memohon kepada Allah semoga ditetapkan Iman, di jaga daripada kesesatan. Apatah lagi kita….

SubhanAllah,

Alhamdulillah,

Allahu Akbar.

Berdoalah untuk “rasa ok” dalam segala ujian. Aamin3 YRA

– NISA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *