Aku Silla, berusia awal 30 an, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Aku dan suami bekerja.
Dulu aku PJJ dengan suami. Aku di timur suami di selatan sehinggalah awal tahun ini aku dapat tukar berdekatan dengan suamiku.
Awalnya memang gembira. Yelah dah lama PJJ tiba2 dapat hidup bersama sebumbung. Mestilah gembira.
Tapi apa yang aku nak ceritakan disini adalah berkenaan tempat kerja aku yang agak toxic. Dari bos sampai lah ke staf yang selevel dengan aku.
Hari2 aku menangis. Hari2 aku cakap kat suami nak resign tapi suami suruh sabar.
Dia pujuk aku. Katanya kalau persekitaran aku toxic akulah yang kena ubah. Aku yang kena sentiasa positifkan diri.
Yer aku dengar nasihat suami aku. Aku pun faham komitmen kami banyak. Dengan anak2 yang makin membesar dan yang sulung dah bersekolah. Agak sukar memandangkan gaji aku lebih tinggi dari suami.
Gaji suami habis untuk membayar segala komitmen setiap bulan, aku lah yang topup barang makanan, barang sekolah anak dan jajan anak.
Dipendekkan cerita aku pergi bekerja macam biasa. Hampir setahun aku pura2 kuat tapi sebenarnya mental aku dah makin sakit.
Aku tak pasti sakit apa tapi bila fikir pasal kerja aku automatic menggeletar betapa takut dan stressnya aku nak pergi kerja. Aku kerap mc, el dan mintak cuti tanpa gaji. Tapi masih tak ok.
Masa cuti akulah terpaling bahagia tapi bila cuti dah habis dan esok kena kerja, hari ni aku dah start shaking.
Kadang, aku menyesal pindah ke sini. Lebih seronok waktu PJJ langsung takde masalah kat tempat kerja. Dapat kawan2 dan suasana kerja yang baik.
Aku cuba pujuk suami lagi, akhirnya suami setuju supaya aku berhenti kerja. Aku minta izin nak jadi surirumah sahaja dan dia setuju.
Mungkin aku akan bekerja semula tapi bukan dalam masa terdekat. Aku nak relakskan otak aku dulu.
Aku nak berhenti 24 jam jugak aku tak sanggup nak tunggu 3 bulan.
Tapi bila suami dah bagi ‘green light’, aku pulak yang fikir macam2.
Di suatu sudut lain aku takut hilang pendapatan aku. Aku takut aku tak boleh beli apa yang aku nak. Aku takut takde duit. Aku takut nanti kerja kat tempat lain tak dapat gaji macam sekarang.
Aku faham rezeki tu luas tapi entah laa aku tak dapat nak tepis pemikiran tu. Tambah2 sekarang ekonomi tak ok. Dan aku takde apa2 bakat pun. Aku cuma pandai buat kerja dalam bidang aku je.
Pernah buat bisnes tapi tak laku. Pernah nak jual makanan tapi aku masak tak sedap. Untuk makan sendiri ok lah.
Aku betul2 dalam dilema. Otak aku cakap sila berhenti tapi hati aku cakap sebaliknya.
Aku perlukan pendapat apa yang perlu aku buat? Amat berharap pandangan yang bernas.
Terima kasih semua yang membantu.
– Silla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit