Aku Cantik (bukan nama sebenar), aku nak cerita pasal sorang laki ni yang hadir dalam hidup aku hanya untuk jadikan aku RNR dia.
Aku namakan lelaki tu ‘Chipmore’ (Sebab apa Chipmore? Ikut suka aku la nak letak nama apa pun, Chipmore ke, richmore ke atau blackmore sekali pun).
AHHHHH sudah2 ngarut, sambung balik pasal Chipmore ni.
Aku pernah crush dengan si Chipmore ni. Betul lah orang kata cinta itu buta atau aku yang buta sebenarnya.
Si Chipmore ni tak la hensem mana, biasa-biasa je orang nya, sedikit rendah ye, memandangkan aku ni taste mata sepet2 ni sebab tu aku suka kat dia, hahahaha (cerita sendiri gelak pun sendiri, dasar Alone).
Dulu dia rajin tegur aku dekat whatsapp, sembang-sembang kosong (Lupa nak bagi tahu kami satu tempat kerja, nanti korang tertanya pula mana aku kenal dia ni).
Tapi dalam diam aku ada simpan perasaan kat dia, aku tak pasti dia tahu ke tak.
Aku cuba belagak biasa depan dia bila waktu kerja, tapi hakikatnya aku tak leh berselindung sebab aku tak boleh pandang mata dia bila bercakap sebab aku nervous (Dasar hati tak boleh bawa bincang).
Hari demi hari perasaan tu makin tebal (setebal novel siti rosmizah) sebabnya dia sentiasa ada depan mata.
Satu hari yang terang dia dah nyah dari depan mata aku sebab dia berhenti kerja,
Rasa lega hati aku hanya Allah je tahu, sebab yang membuatkan aku lega sebab si Chipmore ni dah ada girlfriend (banyaknya sebab aku), so aku tak nak ada perasaan kat kekasih orang.
Nanti tak pasal muka cacat sebelah kena simbah asid. Tapi hakikatnya susah nauuu dia nak nyah dari hati aku, awat la payah sangat, perlu ke aku telah Clorox? (sambil aku menaip sambil istighfar).
Bila makin hari makin tak berkesan ye untuk lupakan dia, Aku cuba cara baru iaitu aku ajak geng-geng penambah dosa kering untuk kutuk dia berjemaah kat office,
Yang menyebabkan benda ni susah sebab si Chipmore ni still whatsapp aku, dia rajin react status aku, tak kira la aku buat status muka bodo pun dia reply (aku pun gatal tangan pi balas).
Susah la gini, Last2 aku lost contact dengan dia sebab aku tukar no fon, aku cuba move on lupakan dia. Dari sebelum pkp lagi sampai bulan 11 tahun ni aku dah tak ingat pasal dia.
Tiba-tiba baru ni dia muncul balik ganggu hidup aku sebabnya dia jumpa aku dekat platform social media yang lain. Dia mula tegur aku, lepas tu minta no fon.
Benda paling b*doh yang aku buat adalah aku boleh bagi no fon aku tanpa fikir panjang, yelah aku ingat dia datang tu membawa berita gembira (nak masuk meminang ka… hihihihi gurau2).
Mulanya dia chat aku tanya itu ini, aku pun reply macam biasa, tapi hati hanya Allah yang tahu macam mana perasaan tu, rupa-rupanya ada gajah disebalik batu ye, dia chat aku hanya untuk hilangkan bosan dia bila dia kerja.
Dia kata kononnya aku scandal dia, macam nak mencarut je dengar bila dia kata macam tu. “KAMU FIKIR KAMU SIAPA” nak jadikan aku scandaleeee, lambertttt lagi bro….
Aku ni mahal tau…. hahahahaha.
Sekarang ni aku dah tak kisah dah dengan si Chipmore ni, dia nak chat aku, aku reply macam biasa, hanya jawab apa dia tanya, kalau dia tak chat pun aku buat tak tahu je.
Kadang berhari-hari dia tak chat, lepas tu tiba-tiba chat balik so sampai sekarang la aku masih lagi RNR dia untuk bersembang waktu dia kerja.
Mesti korang nak kata aku ni bodoh kan sebab masih layan dia chat (cakap la korang, sebab aku pun rasa benda yang sama).
Kawan-kawan aku ada juga suggest suruh aku block je dia, tapi tah la aku payah nak tekan butang block tu.
Jadi sekarang aku nak mula move on dengan cara sihat (Ahhh konon). Aku anggap dia hanya sebagai kawan lama dan aku letakkan limit dalam perbualan kami dalam whatsapp.
Aku hanya jawab ala2 kadar je, biar sampai dia bosan dan hilangkan diri lagi dari aku. Korang doa2kan la ya supaya aku cepat move onz.
Sekian kisah dari,
– Cantik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
cadangan saya la, jgn admin x siarkan pulak,
awak kena cari suami. nnti dia chat dah, sbb awak dah berpunya…
ataupun klu dia nak awak..beranikan diri suruh datang meminang..