Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum admin dan readers IIUM Confession sekalian.
Perkenalkan diri saya, saya seorang wanita pertengahan 20an.
Bagi sesetengah orang umur macam ni masih terlalu muda untuk bicara soal pasangan kan? Gatal.
Eleh jangan tipu saya hardcore reader dekat sini, saya tahuuu kecaman korang dekat confession yang lain tu saya dah baca semua.
Tapi bagi kes saya agak lain, sejak habis spm lagi keluarga saya dan diri saya sendiri memang galakkan saya kahwin awal memandangkan orang tua saya dah pertengahan usia dan saya seorang sahaja anak perempuan mereka.
Kiranya family nak saya dibawah jagaan suami dah lepas dah habis spm tu haaa macam tu.
Nak dijadikan cerita, lepas spm tu lah baru saya mula untuk menerima ajakan lelaki untuk berkenalan, sebelum ni saya tak pernah berkenalan dengan mana-mana lelaki.
Sepanjang waktu umur 18 sampai sekarang adalah dalam dua orang yang saya terima dan berminat untuk berkenalan. Bukan sekaligus ye, jangan salah faham.
1st waktu zaman sambung belajar, 2nd waktu saya dah bekerja. Dan keduanya tak menjadi seperti yang saya inginkan which is pernikahan.
Saya tak letak syarat yang tinggi, cukup basic biasa bagi kita umat Islam dalam pencarian jodoh yang baik.
Calon yang sebelum ni baik je agamanya cuma sifat baran dia buat saya berfikir dua kali untuk teruskan atau tidak.
Yang kedua pulak tak direstui oleh family saya atas sebab yang tak boleh saya ceritakan di sini.
Lepastu saya berhenti sekejap memikirkan tentang jodoh dan lebih fokus untuk memperbaiki diri sahaja dahulu, muhasabah.
Tahun ini saya ada rasa tertarik dengan seorang lelaki. Melalui social medianya sahaja.
Saya tahu bukanlah perkara yang tepat untuk saya menilai orang dari postingan media sosialnya sahaja tapi ya inilah yang terjadi. Saya tertarik untuk mengenal peribadinya dgn lebih dalam lagi.
Dari apa yang saya lihat, dia merupakan lulusan tahfiz dan sekarang sedang sambung belajar di luar negara, memiliki ramai kenalan yang hebat-hebat dan sepertinya anak yang baik bagi kedua orang tua nya juga.
Dan yang paling buat saya lebih tertarik, dia mesra dengan kanak-kanak. Sekali imbas, macam Mr.Perfect 10 dari pandangan saya.
Untuk rupa, saya sejujurnya tidak memiliki pandangan spesifik bagi kata ‘handsome’, dia cukup tenang mata memandang dan buat saya rasa bahagia(?).
Kalau dah sah, pasangan akan jadi yang paling indah bagi mereka yang bersyukur dan menjaga pandangannya.
Tapi hakikatnya tiada manusia yang ‘perfect10’, setiap insan ada kekurangan. Apa kekurangannya? Saya pun tak tahu hahaha. Social media tempat untuk menunjukkan side terbaik hidup kita sahaja.
Back to the story, tak pernah sekalipun saya menunjukkan tanda-tanda saya tertarik dengannya. Apatahlagi nak mulakan conversation memang tak lah malu wehhh. Dia ada ramai followers, jauh beza dengan saya.
Tak tahulah dari celah mana dia jumpa socmed saya yang tersorok jauh ni. Ya dia yang pertama menghantar request kepada saya, cuma baru tahun ini saya menyedari kewujudannya.
Dari tajuk confession, bagaimana untuk memantaskan diri? Sebab saya jauh bezanya dengan dia. Saya belajar kat local ipt je, bukan bidang agama dan jauh sekali nak kata saya ni faham agama macam dia.
Selama ini saya dah cuba abaikan dan lupakan sahaja perasaan yang tak setanding ini, tapi semakin lama dia sering muncul dalam ingatan saya sehingga tertulisnya luahan seperti ini.
Dia pernah menyedari kewujudan saya sekali dua, tapi hanya untuk bertanya tentang postingan yang saya post di story sahaja. Tak ada kelanjutan seterusnya, hahaha.. tak mengapa, sedar diri.
Dari social medianya juga, tak pernah saya melihat dia berbalas komen dengan yang lain jantina, friendlist wanita tu adalah juga tapi bukanlah seperti ‘asrama wanita’.
Rasanya mereka kenalan wanita yang sebidang dengannya, golongan hafizah/ustazah. Dah cukup untuk buat saya berundur, tapi entahlah hati saya taknak berundur cehh.
Akhir kata, tak kira pertemuan realiti ataupun alam maya, jika kita berusaha dan Dia perkenankan, tiada yang mustahil.
Untuk itu, makcik/ pakcik, kakak/ abang yang ada pengalaman dan ada ‘tamparan’ untuk saya yang tengah ‘angau’ ni, silalah kemukakan. Baik buruk saya telan je semua.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.
– Sajedda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit