Aku Endofighter

1stly terima kasih sebab sudi siarkan apa yg aku nak tulis ni.
Aku perempuan, bujang, umur aku 26 tahun dan aku dah grad. Best dah grad dan kerja tapi aku serabut sangat sekarang ni bila doktor sahkan aku ada penyakit endometreosis. Penyakit yang kalau kau dah dapat, payah nak sembuh. Aku dapat tahu dan tak lama lepas tu aku kena laparoscopy. Perut aku dah ada 4 kesan bedah. Apendik masa sekolah menegah dulu dan 3 lagi sebab endo ni la. Bila aku pegang parut2 ni, aku sedih. Aku teringat kata2 doktor yang rawat aku lepas aku siap kena operate…

“adik ada plan nak kahwin dalam masa terdekat ni?”

Aku geleng sbb aku tak ada calon walaupun aku pernah usaha macam perigi maraton kejar timba wei masa belajar dulu tapi dah nasib aku, xada yang sudi terima aku. Sebab aku tak cantik kot. Tinggi 162, berat 63, kulit sawo matang. Entah la.
Sebenarnya, sejak aku tahu endo ni ada dalam badan aku, sejak tu aku kena hadap soalan yg sama daripada doktor dan aku tetap tak boleh nak jawab ya. Sedih wei, sedih. Allah saja yang tahu perasaan aku. Sebab apa doktor tanya macam tu, sebab penyakit endo ni dia berkaitan dengan kesuburan. Dia makin aktif kalau period kau still on. Kalau kau kawin dan pregnant, period kau akan off kejap. Masa yg off tu boleh bantu badan kau pasifkan endo tu. Atau kalau nasib kau baik, endo tu boleh hilang.
Wei, lepas aku dah operate dalam keadaan terketar2 tahan sakit tu, doktor cakap macam ni yang buat aku rasa macam tak nak hidup dah.

“Adik tak ada calon lagi ke? Sebabnya, hasil pembedahan semalam… adik ada endometreosis tahap 3. Ovari kanan adik endo tu dah 10x10cm. Kami dah buang chocholate cyst tu dan dah jahit ovari kanan semula. Dan sebelah ovari kiri, 5cm. Tapi di tiub fallopio adik. Ovari kiri adik normal cumanya tiub adik tu kemungkinan dah tak boleh digunakan lagi. Adik hanya bergantung pada tiub fallopio kanan saja lagi. Dan sekarang adik perlu kahwin secepat mungkin untuk dapatkan anak, sementara belah kanan masih berfungsi. Kalau lambat, mungkin…” (doktor diam)

aku sambung “kalau lambat, sy tak boleh ada anak ke doktor?” Doktor tu angguk wei sambil pegang tangan aku. Masa tu, aku nangis terus. Aku tak boleh terima kenyataan. Perempuan yg tak boleh mengandung, siapa yg nak wei???? Aku rasa dunia aku gelap. Aku dengar suara doktor tu lagi. Dia nasihat aku macam2, dia cuba sabarkan aku yg terbaring atas katil ni… dengan tahan sakit pembedahan tu lagi dan sekarang aku kena tahan sakit fakta yg aku mungkin tak akan ada anak kalau tak kahwin segera. Apa yg doktor tu cakap aku dah tak boleh hadam. Aku dengar dia cakap macam2 lagi tapi aku hanya dapat point tak akan ada anak tu.
Lepas discharged, aku kemurungan seminggu. Aku tetap solat dalam keadaan duduk tapi setiap kali aku solat dan berdoa pasti air mata aku turun laju. Setiap kali aku nak tido aku akan menangis. Aku stres sangat. Pesakit endo ni tak boleh stres wei tp macam mana aku tak stres? Korang tak ada kat tempat aku so korang takkan faham apa yg aku rasa.

Lepas 2 minggu aku rehat yg tak tenang tu aku kembali bekerja. Aku berlagak biasa depan kwn2 tapi aku sedih sorang2. Diorang gelak, aku gelak. Diorang senyum dan share benda happy2 aku pun senyum tapi fikiran aku tetap fikir 1 perkara saja “siapa nak kahwin dengan aku? Siapa yang sanggup bantu aku?” Aku akhirnya cerita ke mak aku. Selama ni aku rahsiakan daripada dia dan aku simpan sendiri. Mak aku nangis bila dia tahu keadaan aku. Dia kata dia akan cuba cari jodoh untuk aku tapi.. itulah. Ketentuan Allah. Tak berhasil lagi sampai sekarang… aku buntu. Hina sangatkah aku sampai tak ada seorang lelaki pun nakkan aku? Aku hanya mampu berserah setelah usaha. Aku usaha mintak tolong kawan2 aku carikan jodoh, aku mintak tolong sepupu aku tapi semua tak berhasil. Masa aku semakin suntuk.. kalau ini takdir Allah untuk aku, apa lagi yang aku patut buat. Aku letih, aku buntu, jiwa aku kacau… jadi, aku mohon doa korang. Doakan aku kuat hadapi ujian ni.

Aku bukan cari pak sanggup tapi aku cari orang yang sanggup terima aku seadanya. Aku tak memilih tapi tak ada siapa yang nak pilih aku. Aku dah cuba macam2 cara tapi the last tetap aku yang kecewa. Aku tak pernah bercinta tapi aku ingin dicintai dan dia boleh terima aku kerana Allah. Mungkin aku akan bersanding juga, bersanding dengan ajal terlebih dahulu.

Apa pun, aku doakan korang endofighter yang lain dan yang senasib dengan aku supaya korang kuat. Tak lemah macam aku.

– Cik sedih