Akhirnya Aku Jadi Surirumah

Daripada tajuk mesti pembaca dah boleh agak apa yang akak nak luah.

Minggu lepas minggu terakhir akak bekerja. Setelah 11 tahun akak berkhidmat.

11 tahun akak tak pernah tak ada gaji. Sebelum ni cukup bulan akan ada duit gaji. Tapi nampak gayanya bermula bulan ni gaji dah takkan wujud dalam akaun bank akak.

Sedih? Tak, akak bahagia.

Dah 10 tahun akak berkhidmat tiba² awal tahun ini akak ditukarkan ke tempat baru.

Tempat baru ni agak mencabar mental, emosi dan fizikal akak. Orang kata suasana kerja yang toksik?

Entah lah. Mungkin akak yang tak dapat nak ‘adapt’ dengan keadaan disini.

Sebelum buat keputusan untuk melepaskan jawatan dan gaji akak sekarang, percayalah akak dah cuba. Tapi itu lah semakin di genggam semakin terluka. Hari² berendam air mata. Maka lepaskan sajalah.

Dah jadi surirumah ni, ada beberapa perkara yang akak dapat buat. Yang pertama, dapat solat awal waktu dan penuh. Solat pun dah tak ‘rushing’ macam selalu. Akak dapat buat solat sunat juga.

Yang kedua, akak dapat mengaji. Waktu bekerja akak tak dapat nak fokus, paling banyak dapat baca 2 muka surat itu pun waktu cuti. Sebulan adalah sekali akak pegang Al-Quran. Teruk betul akak ni.

Yang ketiga, akak rasa sangat lapang. Oh ya akak memang ada masalah anxiety dan semakin teruk bila bekerja di tempat baru.

Semakin meningkat usia ni akak nak hidup tenang² ajer. Akak dah penat nak fikir masalah orang (kerja akak berkaitan customer service).

Jangan lah cakap kat akak jangan ambil tahu masalah orang, tak boleh sebab kerja akak memang kena ‘attend’ masalah orang. Hehe.

Yang keempat, akak dapat masak. Sebelum ni selalu beli kat kedai. Jarang akak masak. Tapi kali ni akak boleh masak hari². Lagipun akak dah tak ada duit nak beli. Kihkih.

Yang kelima, akak bebas nak lakukan apa sahaja. Nak tidur akak boleh tidur, nak keluar berjalan akak boleh keluar. Akak dah tak terkejar². Boleh hantar dan ambil anak dari sekolah (sebelum ni suami akak jer uruskan anak).

Akak muhasabah diri. Akak rasa ini sebenarnya teguran dari Allah untuk akak. 11 tahun akak hidup lalai bermaharajakan duit.

Allah uji akak dengan masalah di tempat kerja. Betul² buat akak tersedar akan kelalaian akak selama ini. Tapi Allah itu maha baik. Dia masih bagi akak peluang untuk memperbetulkan apa yang salah.

Sekarang akak dah faham, duit tak mampu beli ketenangan hati dan jiwa. Yang lebih penting bekal ke ‘sana’ nanti.

Rancangan akak untuk masa depan? Akak tak tahu. Akak takde perancangan. Akak serahkan sebulat²nya pada Allah swt.

Akak pernah terfikir nak berbisnes dari rumah. Tapi tak ada idea lagi. Kalau kalian ada cadangan boleh la komen.

Disclaimer : Ni apa yang akak rasa seminggu menjadi surirumah. Ke depannya belum pasti. Doakan yang baik² untuk akak. Doakan akak tetap bahagia pada masa akan datang yer.

Misi akak yang utama sekarang nak penuhkan ‘tabung’ akhirat pulak.

– Kak KG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. ..sesungguhnya setiap keburukan itu ada kebaikan, dan maka setiap kesusahan itu ada kesenangan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *