Agaknya dari kecik jarang dapat mainan kot, bila dah besar2 dia sibuk beli mainan.
Macam2 mainan la dia beli. Tapi banyaknya jenis truck, lori sampah, helicopter, benda2 macam tu la.
Bukan murah tau, kadang tu sampai beratus. Tapi main nya tak pun. Dia simpan baik2 dalam almari kaca dia. Macam barang hiasan la dia buat.
Awal2 tu aku tak kisah sangat. Aku cuba hormat dah tu minat dia. Lagipun awal dulu masih belum ada anak.
Sekarang anak kami dah 3, dengan keadaan economi sekarang, aku rasa apa yang dia buat tu satu pembaziran semata2. Sebab kami bukan t20, masih b40.
Memang la dia pakai duit dia, tapi aku rasa benda tu tak perlu dah. Sampai dia sanggup delay renew insurance sebab terguna untuk beli mainan.
Dah macam satu penyakit aku rasa. Dah puas dah aku nasihat. Aku kata simpan duit untuk masa depan anak. Jangan bazir. Simpan duit untuk masa sesak, masa kecemasan.
Tapi tak ada nya dia nak dengar, alih2 jadi gaduh pulak.
Lagi satu hal, anak kami pun masih kecik lagi. Menangis budak2 nak mainan tu. Dah dia tunjuk depan diaorang. Mesti la dia orang nak.
Baru2 ni anak kedua kami demam. Masa dah ok sikit dia tanya abah dia, boleh tak arif nak pegang ja lori kuning tu. Sekejap ja. Merayu2 budak tu kat abah dia.
Dia terus jawab eh tak boleh. Nanti rosak ke apa ke. Mahal abah beli ni. Anak aku masih lagi merayu, sekejap ja. Arif pegang lepas tu bagi balik.
Dia tetap kata tak boleh. Langsung tak kesian kat anak. Terus down muka anak aku, macam nak menangis dah.
Sebagai ibu aku rasa kesian sangat dekat anak. Bab mainan pun dia berkira gila kat anak. Kat anak dia beli mainan kedai 2 ringgit ja.
Dia kata budak main cepat rosak, buang duit beli mahal2. Baik beli yang murah. Kalau rosak pun tak sakit hati.
Hari tu aku belikan hadiah birthday anak mainan yang mahal jugak la. Terus dia bising kat aku kata bazir la apa la.
Aku persoal balik la, yang dia buat tu tak bazir ke. Dia kata dia lain. Dia simpan, jaga baik2. Budak2 tak pandai main, kejap ja jahanam dia kata.
Padahal anak2 kami cermat ja main. Tak de pun jahanam.
Semalam dia beli robot apa benda tah la. Lap berjuta kali macam harta karun sebelum simpan dalam almari dia.
Menyampah aku tengok dia. Macam orang gila pun ada. Kalau aku tegur apa2, dia kata aku dengki dengan dia.
Kadang datang sakit hati bila anak menangis nak mainan tu, aku rasa macam nak campak2 ja semua barang dia tu.
Suruh sembunyi2 jangan bagi anak nampak pun dia tak nak dengar. Dia buat suka hati dia ja la. Mana peduli nasihat aku.
Dia kata lama2 anak akan faham sendiri, ni barang abah tak boleh sentuh. Tapi aku kesian kat anak, diaorang kan budak lagi.
Mesti keinginan nak pegang tu ada. Tapi pegang pun dia tak nak bagi apa tah lagi main.
Lately ni, malam sebelum tidur dia akan kira mainan dia cukup ke tak sambil sengeh2 macam kerang busuk.
Agaknya risau aku ambik buang kot. Kan kadang aku sengaja cakap aku nak buang. Sebab sebelum ni tak pulak dia kira. Sekarang ni dah siap mangga almari tu. Punya risau kat mainan dia.
Aku memang perhati ja perangai dia ni. Aku tanya dia, nanti masuk kubur bawak tak mainan2 tu.
Dia kata eh mesti la bawak. Abang dah order lori jenazah besar untuk bawak mainan2 ni. So sayang jangan risau ok, 1 pun abang tak akan tingal.
Bongok betul. Menyampah aku dengan dia ni. Aku balas bagus la. Nanti mainan tu boleh tolong jawab soalan kubur untuk awak.
Dia sengeh2 ja tanpa rasa bersalah.
Aku kata, awak ni sah dah gila. Wire mesti short mana2. Cepat2 tukar nama semua harta awak tu. Nanti awak dah full mereng susah saya nak tuntut. Puas hati dapat sakitkan hati dia.
Mungkin ada yang fikir kenapa aku tak senyap2 ambik bagi anak main masa dia tak de.
Aku tak akan buat macam tu, sebab aku masih hormat dia. Lagipun aku bukan jenis suka ceroboh privacy orang.
Anak pun aku ajar kena hormat kalau abah tak suka orang sentuh barang2 dia. Kita tak boleh ambik barang orang tanpa keizinan orang tu. Sebab tu bukan milik kita walaupun satu keluarga.
Mujur la anak2 aku ni mudah mendengar kata. Menangis pun kejap ja. Kira senang pujuk la. Kalau diaorang jenis tantrum, aku rasa aku dah lama jadi hantu kot.
Setakat ni aku masih sabar dengan hobi mahal suami aku ni sebab belanja rumah yang part dia takat ni tak de masalah.
Yang selalu masalah tu nafkah aku ja. Tu pun sebab delay atau dia bagi kurang.
Tapi sebelum delay dia bagitau siap2 ada mainan baru dia nak beli. Nanti dia topap balik duit yang kurang tu.
Tapi sebab belanja2 lain terutamanya part anak dia tak main2, so aku tutup mata ja hal tu. Lagipun next month dia ganti balik.
Kadang2 pinjam duit aku pun ada. Kita bebel pun tak denya dia nak dengar.
Kadang2 aku bagi jugak la. Sebab selagi tak bagi selagi tu dia buat drama yang sama setiap hari.
Kalau korang nak tau ni, ni ayat sedih dia. Abang dulu orang miskin. Kawan2 ada mainan hebat2, abang cuma mampu pandang ja. Sekarang baru nak merasa pegang. Tolong la kasihani abang. Bla bla bla lagi la.
Choi betul ayat dia. Aku bagi sebab malas nak layan drama dia lama2. Sebab nanti malam2 dia buat drama lain pulak selagi tak dapat.
Tapi pernah ja aku demand, kalau aku bagi pinjam, dia kena bagi anak main kejap mainan tu.
Tak sangka weh, dia lagi rela tak beli kalau kena bagi anak main. Terus sakit hati aku.
Lepas tu mula la sambung drama sedih dia lagi. Kata aku ni tak support dia la. Siap compare pulak, laki2 lain kat luar siap memancing la berjudi la, tapi dia tak macam tu la.
Aku kata orang memancing kurang2 bawak balik ikan, ada manfaat untuk keluarga. Awak tu beli mainan apa manfaatnya.
Dia kata tu kan hobi abang. Apa salahnya. Abang kecik2 bukan hidup senang macam sayang. Eh panjang cerita la mamat ni sambil buat muka simpati dia.
Alih2 aku terpaksa bagi jugak. Sebab malas nak gaduh, malas nak hadap drama dia. Aku sebenarnya tak kisah kalau dia bagi anak main.
Tapi sebab dia tak mau bagi. Aku kadang stress jugak bila anak suka menangis untuk hal yang sama. Dia bukan nak pujuk anak ke apa ke. Semua dia lepas kat aku je..
Aku ni bab anak memang lemah sikit. Sebab tu aku sakit hati dengan dia, dengan hobi dia.
Harap la dia ni cepat2 membesar dari zaman kanak2 dia. Anak pulak macam makin matang dari dia sekarang ni.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Eh sakit pulak hati kita dengan perangai suami awak tu sis..haha..macam² ek perangai manusia ni 😅 tak salah untuk ada hobi tapi berpada²..semoga suami sis dibukakan hati untuk berubah 😊
beli jela mainan yg sama untuk anak, ape nak kedekut sangat. cuba respect hobi orang lain jangan dok complaint/perli je 😅
dah kenapa isteri dia pula nak kena belikan mainan yang sama. laki dia tu yang kedekut. nafkah pon kadang tak cukup, duk pinjam duit isteri. kalau nak beli mainan tu, make sure cukup bajet untuk beli dua mainan yang sama dulu
klu dia berkemampuan mmang la dia belikan… kan dia dah cakap kat atas tu, diorng bukan golongan senang…haihhh
barang mainan tu mungkin investasi akan bernilai ganda nnti. kekadang kita tak paham. tapi mereka yg kolektor tau
Sis klu u ada duit lebih u beli yg sama sebijik utk anak u biar terjegil mata bapak diorang tu, klu blh beli yg lebih mahal dan advance utk anak u…lps tu suruh ank hentak2 sikit mainan tu….baru padan muka bapaknya confirm makan dalam 😂 😂
Sis klu u ada duit lebih u beli yg sama sebijik utk anak u biar terjegil mata bapak diorang tu, klu blh beli yg lebih mahal dan advance utk anak u…lps tu suruh ank hentak2 sikit mainan tu….baru padan muka bapaknya confirm makan dalam 😂 😂
Aku sorang lelaki. Naluri ni memang ada dekat kebanyalan orang lelaki. Aku kumpul lego masa dari zaman bujang lagi..masa mula2 dpt anak ada jugak la bagi dekat.anak main, tp itula pedih je.hati bila tengok byk pieces yg hilang tak.cukup. skrang ni semua aku simpan dlm kotak je la instead of paper kat almari kaca..
Geram jugak aku dengan laki dia… psiko ni….kita tak boleh ubah orang..awaklah ubah perseption awak….ignore kan saja hobinya tu…agar kita yg serumah dgnnya.. x stress..itu yg penting…
Semoga mainan tu kena curi ngan toyol… Baru ada akai…