Hubungan Yang Hambar

Hai, aku tak reti nak meluah apatah lagi buat artikel macam orang lain share.

Tapi aku nak meluahkan juga sebab aku tak akan bercerita pada kenalan aku. Bahaya kalau orang tahu aib keluarga kita sendiri.

Aku ni dah berkahwin dan dalam fasa kedua perkahwinan.

Masa awal perkahwinan aku diuji dengan emosi yang keterlaluan. Sebab aku baru kenal lelaki sebenar macam mana ataupun laki aku je perangai macam tu.

Masa aku mengandung dia suka mesej orang lain, dan bertanya khabar orang lain berbanding diri aku dan anak dalam kandungan aku ni.

Walaupun dah lebih 8 tahun berkahwin aku tetap ingat semua perbuatan dia masa dulu. Kecewa berkali2 aku.

Lepas tu, sebelum kahwin perangai laki aku ni semua sama dengan aku dan boleh masuk kepala.

Ni dah fasa kedua perkahwinan, dia tiber je serba serbi jadi berbeza jauhlah dari aku.

Aku yang dulunya makan semua makanan melayu, masak berbagai juadah, sekarang aku jadi jarang masak sebab kalau aku masak mesti kene complaint.

Tak boleh masak nilah tak boleh masak tulah. Nanti alasan dia, dia akan sakit lah bagai2.

Serabut otak aku, walhal kalau orang lain masak semua dia puji sedap lah apa lah semua. Makan tak agak2, lupa pulak pasal kesihatan.

Hmm, hati aku dah selalu terluka sebab ayat2 dia kasar n tajam.

Then, ade 1 masa tu kami jumpa kenalan kami, ada satu pertanyaan dari kawan kami tu kat dia dan aku, soalan dia,

“Ko semakin hari semakin sayang tak kat laki ko? Rasa cinta tu makin kuat tak?”

Aku jawab, “mestilah nama pon suami isteri. Setiap hari aku jatuh cinta kat dia walaupun banyak kali tersakiti”. 

Then soalan sama untuk dia. Tahu dia jawab ape? 

Dia cakap, “confirm lah cinta semakin pudar. Tanggungjawab lebih besar.”

Time ni aku betul2 terpukul. Ehh gituu ekk. Tanggungjawab 2 lah, cinta2 lah.

Ape kaitan. Hm, sedih tau bila dengar dia jawab macam tu pd kenalan kami.

Aku sampai memang tawar hati bila dia cakap gitu, tiap masa aku doa tak nak ade zuriat dari dia lagi dalam rahim aku ni. Sebab sekarang pun dah suke marah2 anak bini, apatah lagi kalau tambah anak.

Aku yang mati awal rasanya. Kemanalah hilangnya suami aku yang sebelum kahwin tu dulu.

Seorang yang penyabar, baik hati, lemah lembut pertuturan. Sekarang dia lebih banyak habiskan masa dia dengan fon dia.

Kadang seharian tak bercakap dengan aku, aku pon malas nak cakap dengan dia. Bukan dia jawab or bagi respond pun.

Memang tawar hati lah senang cite. Tapi masih lagi bertahan sebab sayangkan anak2, takde suami anak2 ade.

Lagi seronok borak dengan anak dari suami. Kalau luah kat dia pun memang dia tak ambil kisah n benda sama berulang2 terjadi.

Orang cakap fasa kedua perkahwinan sepatutnya lebih baik komunikasi, tapi dalam hubungan kami ni terbalik, makin teruk tak leh komunikasi langsung.

Dia depan orang memang tunjuk baik, tapi kalau dengan aku dan anak2 je, dia suka marah2.

Tak ada benda pun nak marah2. Benci dengan perangai dia sekarang, aku memang tak leh tegur dia.

Sebab dia jenis bukan lah orang yang menerima teguran. Akhir sekali, kalau beli makanan apa2, dia jenis ingat perut sendiri je.

Untuk isteri atau anak2 nanti jawabnya dia tak tahu nak belikan ape. Tapi bila aku beli makanan, sanggup aku beli banyak dan memacam supaya semua dapat makan.

Jadinye jenis aku dengan dia adalah berbeza, dan kami memang dah susah nak bergurau senda. Susah lah, ade je ayat2 kasar dia bagi kat aku.

Korang tolong doakan aku panjang umur untuk jaga anak2 aku, dan doakan aku masih diberikan kesabaran dalam menghadapi dugaan ni ya. Aku sebenarnya memang tak kuat.

Tapi Allah dah janji untuk menguji hambaNya dengan kemampuan yang hambaNya mampu hadapi. InsyaAllah.

Moga aku dapat istiqamah dan hapuskan kebencian dalam kehambaran rumah tangga aku. Untuk doakan suami aku jadi seorang yang penyabar mungkin aku dah putus asa kot.

Lagi 1 dia suka tipu aku. Hahaha.

Takpelah, hanya Allah yang tahu ape yang dia tipu aku. Terima kasih sudi baca.

Maaf kalau serabut dan panjang. Aku terpakse luah, sebab dah lama terbuku dalam diri ni.

– Alisya (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Lelaki mmg mcmtu lama2 dh kawen. Jom la bertukar2 cite dn beri galakan pada each other. Bila ada support sistem ni, masalah x fikir sgt sekapal.

    • Semua lelaki sama
      Sebelum dapat lain
      Dah dapat lain

      Akak nak nasihat pun
      Akak pun sama jugak

      Apapun
      Akak bersyukur atas 1000 kebaikannya
      Dan bersabar dengan 1 keburukannya

  2. Sama dgn sy
    Rasa cinta makin kurang
    Hanya bertahan atas nama tanggungjawab
    Tambahan suami x bekerja. Walau x bekerja tugasan rumah masih di bahu saya
    Kerana sikap amarah berkali2 diberhentikan kerja
    Langsung x fikir ada anak iateri sebelum buat segala tindakan
    I kept quite all this while
    Dh xde apa nk di cakap

    • hurmmm. berat kes ni. ni kes biawak, babi hidup ni. cubab kak bayang tgok, kalau2 anak akak nanti membesar dlm keadaan psychology dorg kata nanti da besar, xkera mcm ayah pun xpe sebab tanggjwb tu ada dekat isteri @ mak. ni salah even di sisi syarak. segala yg beli pakai duit ko kak oi, tolong sgt2 simpan resitya. plg senang, segalanya ko jgn pakai cash lgsg, pakai je debit card. ni untuk kemudian hari sbg bukti in case jadi pape kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *