Sepupu Terpaling Educated

Hello semua. Saya nak minta pendapat korang sikit.

Saya cuma perlukan sedikit pandangan berkenaan sepupu saya yang sorang ni.

Atau macam mana korang hadap sepupu yang terpaling EDUCATED ni atau sedara mara atau kawan – kawan yang sama golongan ‘Palatau’ ni.

Kami gelar ‘Tv3’ dekat kampung sebab semua benda dia tau. Sampai hal rumah tangga orang, sampailah perkara dalam kelambu pun dia tau.

Kadang – kadang kami terpaksa layan sebab sunyi sangat, jadi kami pakat lah pancing cerita dari dia. Sebab dia paling champion dan suka ulas bab-bab Rumah Tangga ni.

Kalau bukan Rumah Tangga, pasal lelaki. Aduhaiii geletis betul la sepupu macam ni.

Umur sepupu ni baru 20’an, muda sangat tapi bila dia mula ulas itu ini. Terkejut kami. Kawin pun belum tapi nak ulas Rumah Tangga bukan main dia.

Yang kami hairan, kenapa dia berminat betul kalau bab ‘Rumah Tangga’ ni. Belajar kat sekolah mana ada topik ‘Rumah Tangga’ memanjang kan?

Sebab aku pun belajar sampai tingkatan 3 jer, tak tau lah pulak kalau dah pergi tingkat – tingkat tu ada ‘Topik Rumah Tangga’. Dia ni sampai STPM lulus pulak tu.

Saya tak nafikan soal EDUCATION. Cuma yang kami sepupu sepapat bawak gurau la, “apasal kita dididik oleh budak umur 20’an pasal Rumah Tangga ni?”… Kami saling jeling menjeling dengan sepupu yang lain.

Tahun lalu sepupu saya ni ada kes sampai dinasihati oleh ketua kampung sebab menyebarkan berita palsu kiranya macam gosip la. Dia sebar satu kampung heboh padahal benda tu tak terjadi pun.

Start dari situlah kami gelar ‘Tv3’ atau kami panggil ‘Lawyer Buruk’ sebab cita – cita dia nak jadi Peguam. Kononlah.

Beberapa bulan lepas tu, kami mula jauhkan diri sebab takut dengan kami – kami ni dia fitnah.

Takut weiii, sebab Educated dia tu dia pakai untuk mereka – reka cerita. ” Si A begini, Si B begini. Si A sudah cerai, Si B tak sesuai kawin la,” apa entah. Gila weii.

Satu hari bapak dia ni, uncle kami. Singgah dekat rumah, borak – borak sikit dengan mama saya. Kesian uncle kami ni sebab sudah serabut dengan anak perempuan dia tu.

Uncle kata baru – baru ni, Si Stacy (bukan nama sebenar) hampir nak bunuh diri sebab putus cinta dengan lelaki yang dia kenal dari FB.

Kami terkejut besar sebab yerlah, kami tengok perwatakan yang penuh keyakinan sebab antara kami semua sepupu hanya dialah yang paling ber’Education.

Adalah beberapa sepupu lain yang ada Education cuma tak famous. Dia famous sebab dari tu la suka sebar berita palsu.

Memang saya hairan sampai kehari ini kerana, Education ada tapi tak pakai untuk perkara baik selain jadi “penyebar berita palsu”.

Mungkin memang sesuai la kot dengan cita – cita dia tu nak jadi ‘Lawyer buruk’ aka peguam konon. Tapi boleh jugak ker, dengan perangai begitu.

Kami semua sepupu sepapat dah tak rapat macam dia dulu. Sebab makin dewasa, makin pelik sikap dia kami tengok.

Mama dia kata rosak sebab lelaki. Kami pun pelik sebab tak pernah nampak “Boyfriend” dia tu. Sekarang hanya duduk rumah tak kerja.

Kesian bapak dia yang harapkan anak perempuan dia ni nak balas jasa. Bapak dia kata lagi, Si Stacy ni nak mintak kawin cepat. Aduhaiii.

Maaf yerr kawan-kawan, sebab terbawa cerita pelik ni dekat sini, sebab dekat sini boleh dapat macam – macam kecaman dan pujian dan pendapat, jadi saya pun tertarik nak bawa cerita ‘pelik’ ni. Mana tau ada yang ada kawan macam ni.

Maaf juga kalau cerita tunggang langgang. Tak boleh juga nak elak terus dengan dia, sebab bila ada keramaian dia akan datang juga.

Cuma kami tak nak layan dah cerita dia sebab kami dah tau ‘Lawyer buruk’.

– Si Hairan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *