Aku Dah Penat Dipandang Jelik

Hai, aku seorang wanita 30an. Sudah berkahwin, berkerjaya, tiada anak.

Aku punya seorang suami yang pada zahirnya sangat baik. Hobinya sentiasa bersama telefon dan melepak.

Pernah dicurangi, sudah memaafkan tapi masih fobia. Kami belum dapat anak mungkin kerana peratus abnormal perenang.

Aku reda dan perlahan-lahan cuba berusaha, namun tak memaksa. Nafkah zahir dan batin kurang.

Sekarang ni aku sangat sedih tak tahan dia asyik cakap kasar dengan aku.

Sampaikan pernah aku whatsapp dia waktu di tempat kerja, moga dia balik rumah jangan marah atau masam dengan aku.

Bila aku balik selalunya aku akan urus rumah sekejap kemudian aku penat dan berehat,

Dia balik akan sentiasa muka masam, kemudian komplen tak puas hati aku tak kemas rumah atau basuh baju, walhal aku tak berhenti buat kerja sejak balik kerja.

Aku penat tak dihormati atau disayangi. Aku penat lihat pandangan jelek dia terhadap aku.

Aku bukan wanita yang buruk sangat. Kalau aku nak, aku pun boleh curang atau buat perangai tapi aku ingat tuhan.

Aku penat berdoa dan bersikap lembut dengan dia. Aku menegur bab solat atau sikap dia terhadap aku, dia akan marah aku.

Aku sampai rasa baik aku mati dari hidup macam ni hari-hari. Aku penat dan sedih.

– Srikandi Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *