Cara Terbaik Untuk Move on?

Hi, pembaca IIUM Confession sekalian. Terima kasih jika confession saya ini disiarkan. Tujuan saya menulis di sini hanya ingin mohon pendapat dan nasihat dari pembaca semua.

Sebelum ni saya ada membuat confession untuk pertama kalinya yang bertajuk

“Murahnya harga sebuah keikhlasan” (https://iiumc.com/murahnya-harga-sebuah-keikhlasan/).

Alhamdulillah saya dah baca satu persatu komen disana yang sedikit sebanyak bantu saya dalam proses untuk pulih semula pada masa itu.

Kini, saya dah mulakan rutin harian saya seperti biasa.

Owh ya, semua hutang “A” pada saya dah dibayar setelah urusan campur tangan daripada rakan sekerja yang memperkenalkan “A” pada saya juga.

Kisahnya, rakan sekerja saya yang memperkenalkan “A” pada saya telah tahu akan kisah saya dengan “A” apabila saya telah membuat satu kesilapan semasa bekerja dan disiasat oleh ketua jabatan.

Setelah membaca kesemua mesej-mesej antara saya dan “A”, dia juga meminta maaf pada saya kerana telah memperkenalkan “A” pada saya sehingga keadaan saya menjadi teruk sebegini rupa.

Pada masa itu dia telah meminta seseorang untuk mencari “A” ditempat “A” bertugas dan menuntut hutang “A” pada saya tanpa pengetahuan saya langsung.

Cuma saya rasa agak kasihan pada “A” kerana dia telah dimalukan sehinga rakan-rakan ditempat kerjanya tahu akan kisah hutangnya pada saya,

Sehingga “A” hubungi saya pada hari tersebut dengan mempersolkan kenapa saya memalukan nya kerana beranggapan saya telah membuka aibnya.

Sedangkan saya tidak tahu menahu akan rancangan rakan sekerja saya untuk mencari “A” ditempat dia bertugas.

Sempat juga “A” menggelarkan saya dengan panggilan “bodoh” pada masa itu.

“A” bukanlah seorang yang panas baran dan kuat memaki hamun sepanjang kami berkenalan dan semasa “A” marah juga dia masih mengawal kata-katanya.

Tapi saya tidak salahkan “A” pada masa itu,memang betul seolah saya telah mengaibkannya dan wajarlah untuk dia marah kerana itu adalah aibnya.

Ya saya marah pada “A”, tetapi tidaklah sehingga berniat untuk membalas segala perbuatan jahatnya dengan kejahatan juga, kerana pada saya setiap perbuatan manusia ada balasan dari Allah dan kifarah itu wujud.

Mungkin bukan pada dia, mungkin pada ahli keluarganya suatu hari nanti.

Pada masa itu juga saya hanya mampu membalas mesej “A” untuk membayar semula duit saya jika jumlahnya tidak banyak seperti yang dinyatakan “A”.

Itupun setelah beberapa jam “A” mesej saya di whatsapp kerana pada hari tersebut saya sangat sibuk dan tidak dapat membaca kesemua mesej di whatsapp mahupun menjawab apa-apa panggilan telefon.

Dan saya sangat terkilan dengan perkataan “bodoh” dari “A”.

Dipendekkan cerita, beberapa hari sebelum “A” membayar semula hutangnya pada saya secara online,

Saya telah pun menyekat “A” dikesemua media sosial saya termasuk whatsapp (walaupun saya bukan lah seorang yang aktif di media sosial).

Bagi saya, kami berpisah bukanlah secara baik dan dalam keadaan keduanya masih ada rasa yang tak selesai antara kami.

Jadi apabila hari “A” membayar kesemua hutangnya secara online transfer, saya menangis teresak-esak kerana saya tahu “A” takkan hubungi saya lagi selepas ini, dan saya takkan dapat ambil tahu tentang “A” lagi.

Dan paling terkilan saya rasa serba salah kerana hal “A” dimalukan dihadapan rakan setugasnya kerana saya.

Saya menangis seperti kehilangan sesuatu, tapi saya tahu saya takkan mampu nak dapat semula benda tu.

Sehingga saya rasa tak mampu untuk bangun dan bekerja seperti biasa dan saya meminta untuk cuti rehat selama 4 hari pada masa itu hanya untuk tidur dan menangis di rumah tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ahli keluarga saya.

Saya takut jika saya membuat kesilapan semasa berkerja dan memburukkan lagi keadaan pesakit.

Bermulalah episod saya rasa seperti manusia yang hidup tapi ‘mati’.

Saya dah buat macam-macam cara untuk lupakan “A”, tapi tetap saya tak mampu nak lupakan dia.

Saya dah pindah dari rumah yang “A” tahu, saya dah cuba ikut laluan ke tempat kerja yang lebih jauh daripada perlu lalu di hadapan tempat “A” bertugas,

Saya dah cuba apply untuk pindah tempat bertugas ke tempat lain tetapi tidak diluluskan oleh ketua jabatan, saya dah cuba macam-macam cara untuk tidak ingat lagi pada “A”, tetapi tiada satu hari pun saya tak fikirkan tentang “A”.

Jika saya cuba untuk sibukkan diri dengan kerja dan bermacam-macam aktiviti, “A” akan muncul dalam mimpi saya pula.

Saya hidup dengan dihantui semua tentang “A”. Saya juga dah unblock “A” di whatsaap dengan harapan “A” akan hubungi saya semula.

Saya juga ada diperkenalkan dengan beberapa orang rakan sekerja, namun saya tiada rasa apa-apa pada mereka. Membalas mesej mereka juga saya sangat malas dan asyik terfikirkan “A”.

Saya sudah difasa malas nak memulakan semula apa-apa hubungan.

Setiap hari bila rindu, saya akan stalk “A” di facebook nya. Walaupun hanya dapat melihat gambar profile sahaja cukup untuk buat saya tersenyum dan menangis sebelum tidur mengenangkan pengakhiran kisah antara kami.

Saya bukanlah meminta dan berharap untuk kembalikan hubungan kami seperti biasa,

Saya cuma minta penjelasan dari “A” mengapa melayan saya sedemikian rupa dan betulkah niatnya berkenalan dengan saya hanya sekadar untuk memanfaatkan wang saya semata. “A” buat saya berfikir yang saya ini kurang dari segi rupakah?

Adakah sikap saya yang buat “A” tidak suka?

Tidak cukup baikkah saya ini, apa kurangnya saya sehinggakan saya jadi sangat-sangat rendah diri dan kurang yakin seperti dulu.

“A” hanya pergi dan diam tanpa menjawab kesemua soalan-soalan saya. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat terkilan.

Sehingga kini, setiap hari saya buka whatsapp “A” dan melihat gambar profile nya masih kosong. Rasanya “A” sudah padam nombor telefon saya.

Kerana bila saya lihat pada whatsapp rakan saya yang memperkenalkan kami, gambar profile “A” ada sahaja.

Bodoh kan saya. Saya sudah sedar yang “A” hanya mempergunakan saya selama ini, tetapi masih saya tak mampu nak lupakan “A”.

Mungkin ini adalah proses untuk move on barangkali. Sekarang kami sudah tidak hubungi antara satu sama lain masuk 2 bulan, mungkin saya perlukan masa lagi untuk betul-betul move on dari “A”.

Tapi seksanya hidup macam ni. Ya allah sakit sangat. Jujurnya terlalu sakit. Saya bukanlah seorang yang banyak bercerita. Bukan juga seorang yang pandai bercerita dengan rakan-rakan apatah lagi keluarga.

Semua orang nampak saya okay, hakikatnya setiap hari saya hidup hanya untuk menghabiskan hari ini dan menyambung hari esok tanpa apa-apa perasaan dan motivasi. Dunia saya kosong.

Saya mohon pendapat dari pembaca semua, apakah cara terbaik untuk move on? Saya dah cuba macam-macam cara untuk bencikan “A”, lupakan “A”.

Setiap doa, setiap dalam sujud terakhir saya minta Allah untuk ikhlaskan segala perbuatan “A” pada saya, tapi “A” masih juga dalam ingatan saya.

Adakah cara berdoa saya salah? Sedangkan saya doakan yang baik-baik sahaja untuk “A”.

Andainya “A” hidup dalam rasa seperti saya sekarang ini juga. Saya berharap sangat “A” rasa sakit yang saya rasa.

Saya mohon juga untuk tidak mengecam “A”. Kerana ini adalah penceritaan dari saya. Mungkin bila dibaca kisah dari “A” lain pula kisahnya kan.

Mungkin juga ada silap saya yang buat “A” berubah sebegitu rupa.

Bagi saya, ya sifat boros dan suka berhutang itu salah. Tetapi bukanlah tiada langsung sisi kebaikan “A” pada saya.

“A” seorang yang tidak panas baran, bukan suka maki hamun bila marah, dan apabila marah juga dia masih mengawal kata-katanya.

Tak tahulah jika hanya saya yang terlalu bodoh untuk nilai baik buruk seseorang.

Adakah saya dipergunakan “A” selama ini? Entahlah..

– Miss Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. MasyaAllah, rasa macam kisah diri sendiri. Saya pun dalam fasa yang sama dengan sis. Jalan cerita pun sama, bezanya ditinggalkan tanpa sebab je, takde masalah lain pun. Dan yang paling sakit bila kita taktau apa sebabnya. Sekarang saya usaha untuk lebih dekatkan diri dengan Pencipta. Sebab saya terjumpa dengan satu qoutes yang menusuk betul rasanya. “Allah datangkan orang kepada kita ada sebabnya, Allah datangkan pada kita seseorang yang kita rasa diakah jodoh kita pun ada sebabnya. Bezanya, macam mana kita react dengan dengan situasi yang berlaku masa tu. Allah suka tak apa yang kita buat masatu? Allah restu tak cara kita react dengan situasi masa tu?” Macam saya, saya rasa saya terlalu berharap dengan dia, sebab tu sekejap je Allah bagi pinjam, yang tinggal hanya rasa yang membelenggu diri saya. Takpe sis, kita kena terima hakikat yang Allah dah susun jalan cerita yang baik, walaupun peritnya nak ditelan. InsyaAllah, kita akan jumpa dengan orang yang tepat pada waktu yang tepat. *hugs*

  2. Assalamualaikum sis…Memang susah nk lupakn seseorang…kalau sis nak move on…Baca doa ni and try ea… ” Ya Allah aku berdoakn pada engkau untuk memulangkan cinta si fulan kepadaMu dan keluarkan rasa cinta dari hatiku ini”…”Engkau kembali diri aku kepada engkau supaya sentiasa mengingati mung berbanding hamba mu yg lain”….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *