Kek Apollo Athirah

Kerja kilang 12 jam memang memenatkan aku. 6 pagi keluar, hampir 8 malam baru balik.

Athirah anak perempuan sulung aku umur 10 tahun. Dia la yang banyak membantu aku uruskan rumah dan jaga adik dia lagi 2 orang.

Hidup sebagai ibu tunggal bukan lah mudah.. Aku la ayah aku la ibu sebab bekas suami aku dah ceraikan aku kerana perempuan lain.

Aku pun tak rela hidup dengan lelaki panas baran walaupun dia berjawatan tinggi kerajaan. Pantang tak kena sikit, sepak terajang habuan kami anak beranak.

Anak2 yang takut dengan baran bapak lebih selesa hidup dengan aku.. Apatah lagi dia pun tak nak terima anak2 dia kerana isteri baru tak suka.

Sejak kahwin baru, tak pernah dia tanya khabar anak. Jauh sekali menjenguk anak. Nafkah anak2 pun memang tak pernah merasa dan aku pun tak harap. Memang dari dulu pun dia abaikan nafkah.

Aku bukan belajar tinggi macam dia untuk fight kat mahkamah. Dia lepaskan aku pun dah syukur rahmat dah. Aku dah hidup tenang lepas dia tak de.

Bila dia kata dia nak kahwin lain, aku sangat happy. Bagaikan seorang hamba dapat kemerdekaan aku rasa bila dia ceraikan aku.

Ramai nasihat untuk fight nafkah anak. Tapi memikirkan kos masa semua tu buatkan aku malas nak menghadap dia..

Tambahan aku anak yatim, bukan ada keluarga untuk sokongan. Hanya ehsan kawan2 dan jiran2 yang sentiasa support aku.

Aku nekad pergi kerja untuk besarkan anak2 dari buang masa menghadap baran dia kat mahkamah nanti.

Lagipun mana mungkin aku mampu lawan orang berpangkat tinggi macam dia.

Kerja 12 jam termasuk ot lepas la dekat 2 ribu setiap bulan. Awal2 dulu aku rasa susah, lama2 aku dah biasa. Hidup kami sederhana tapi cukup.

Yang penting kami bahagia walau anak takde bapak. Anak pun tak pernah tanya pasal ayah dia.

Cuma masa untuk anak2 amat terhad bila aku dah kerja.. Aku jarang tolak ot sebab aku kena bayar sewa rumah. Yang kecik 5 tahun masih minum susu. Masih banyak kos diperlukan.

Tapi cuti 1 hari seminggu aku habiskan berseronok dengan anak2. Makan kfc, jalan2 pantai, jalan mall, beli mainan, beli baju.

Apa anak2 nak aku turutkan. Aku jarang tolak apa pun anak nak supaya mereka tak rasa kekurangan.

Anak pun dah sedia maklum, asal hari ahad ja mesti dia orang dah happy sebab tahu nak berjalan nak makan sedap.

Asal dapat advance aku enjoy dengan anak. Kadang diaorang plan nak apa2 aku dah spend untuk gaji bulan depan.

Cuma ada kalanya terlewat jugak aku tunaikan permintaan diaorang. Production kilang tak menentu.. Kadang ada ot, kadang tak.

Tapi aku tetap tunaikan permintaan anak bila ada wang lebih walaupun lewat sikit.

Mujur anak2 sentiasa faham aku, mudah mendengar kata. Aku memang tak pernah pukul atau marah anak2. Cukup la trauma yang budak2 ni dapat dari bapak diaorang.

Dan Athirah la yang banyak membantu aku sebenarnya jadi seorang ibu untuk adik2 dia.

Malam aku akan masak untuk esok. Aku dah ajar dia panaskan makanan, bancuh susu adik, bancuh milo kalau diorang nak minum.

Alhamdulillah dia mampu buat semua tu dengan baik.

Pagi pukul 6 aku kejut dia sebelum aku pi kerja. Aku dah siapkan bekal semua untuk dia ke sekolah bersama adiknya Haikal 7 tahun.

Mujur akak jiran sorang sudi tengok2kan anak bongsu aku imran dengan bayaran 300 sebulan.. Tu pun kadang2 dia ambik separuh ja.

Balik sekolah, Athirah dengan Haikal mandi makan solat lepas tu pergi mengaji. Athirah sentiasa pastikan dia dan Haikal pergi mengaji. Athirah sangat bertangungjawab.

Selain Athirah, Kak Su jugak banyak membantu dalam kesusahan aku. Dia banyak tolong tengok2 kan anak.

Kadang anak2 demam, dia yang tolong jaga. Aku kerja kilang bukan boleh kerap cuti. Sehari 2 boleh la.. Yang selebihnya keluarga Kak Su yang tengokkan.

Aku terhutang budi sangat dengan keluarga Kak Su.

Anak dia pulak selalu bantu anak aku dalam kerja2 sekolah. Anak2 lepas habis mengaji, dia orang main.

Pukul 6 mandi lepas tu pergi rumah Kak Su. Duduk sana buat kerja sekolah, ulang kaji sampai aku balik kerja.

Malam budak2 makan kat rumah Kak Su.

Walaupun aku kata dah masak.. Kak su pulak tak bagi aku masak dah. Dia kata biar makan sini malam. Aku tak mampu tolak. Aku bersyukur Allah hadirkan orang baik2.

1 hari tu lepas balik kerja, macam biasa aku suruh budak2 kemas beg sekolah. Susun jadual. Aku akan update apa yang cikgu2 update dalam group dekat anak2.

Athirah dah macam kawan baik aku. Dia lebih matang dari usia sebenar dia. Banyak aku kongsi dengan anak hal kerja, hal sekolah. Plan cuti nak pergi mana. Semua aku bincang dengan dia.

Dia pun rajin cerita itu dan ini dengan aku.

Selalu boleh nampak senyuman lebar dia setiap kali aku balik kerja sambil berlari peluk aku. Dia lagi manja berbanding anak bongsu ku Imran.

Tapi hari tu Athirah tak banyak cakap. Dia sibuk menulis sesuatu. Aku pergi tengok yang kecik. Main2 sekejap dengan anak2.

Biar letih macam mana pun.. Balik2 aku akan main dengan anak2. Permainan kami game ular, jutaria, lidi color atau main kad tu.

Apa2 mainan anak beli, kami main sama2.

Tapi hari tu Athirah tak join. Aku panggil pun dia kata kejap.

Lepas tu dah 10 malam. Aku suruh budak2 tidur sebab esok sekolah. Athirah tak nak tidur. Masih menulis sesuatu.

Aku tanya kerja sekolah belum siap ke kakak. Dia kata dah siap. Ni kakak tulis lain. Aku biarkan la dia.

Aku pergi dapur masak untuk bekal esok. Kemas dapur, sapu mop. Lepas tu iron baju sekolah budak2 ni untuk esok.

Tiba2 terpandang baju sebakul belum dilipat. Letihnya rasa. Tapi aku pergi mandi dulu segarkan badan sebelum sambung kerja.

Aku sempat kerling ke Athirah. Dia masih kat meja study dia.. Aku sempat tanya tak nak tidur lagi ke kakak. Dia kata kejap lagi ibu.

Lepas mandi aku sambung lipat baju. Tak sedar jam hampir pukul 12. Memang kebiasan waktu aku tidur 12 lebih kadang hampir 1 pagi. Bergantung pada kerja yang ada.

Tiba2 Athirah peluk aku dari belakang. Lepas tu dia cium pipi aku. Dia cakap, ‘Happy Birthday Ibu’

Terkejut aku. Tak tau nak respon apa. Aku sendiri pun tak ingat birthday aku.. Lepas tu dia bagi kad. Rupanya yang dia sibuk2 tulis tu tengah buat kad birthday aku.

Sanggup dia tunggu pukul 12 semata2 nak wish birthday aku. Sumpah aku terharu sangat.

Dia tulis, Selamat Hari Lahir Ibu. Kakak sayang ibu. Kakak doakan kita masuk syurga sama2.

Lepas tu ada lukisan kami 4 beranak sambil berpegang tangan 1 sama lain dan ada kek bulat 1. Cantik sangat tulisan dan lukisan tu.

Aku peluk dia. Aku cakap terima kasih sayang. Cantik sangat kad ni. Ibu suka..

Tiba2 dia bagi kek apollo coklat tu. Dia cakap kakak tak cukup duit nak beli kek besar. Kakak beli ni ja.

Aku cakap ni pun ibu suka dah sayang terima kasih.

Dia buka plastik kek tu suap aku, aku suap dia. Kami sama2 suap kek tu sampai habis.

Lepas tu dia cakap. Ibu nanti cuti sekolah boleh tak kita pergi legoland.

Sebelum ni dia pernah cakap nak pergi situ. Tapi aku tak cukup duit. Aku cakap nanti ibu bawak bila dah cukup duit.

Tapi kali ni bila dia tanya lagi, aku kata boleh sayang. Ibu ada main kutu 3 ribu tau. Nanti dapat duit tu kita pergi ok.

Dia terus ceria. Dia peluk aku cakap terima kasih ibu..

Memang aku nekad nak bawak anak2 main kat situ bila dapat duit kutu. Aku plan nak tidur sana 1 atau 2 malam. Anak2 tak pernah merasa tidur hotel.

Lagipun ada kawan kilang nak pergi situ jgak. Boleh la kongsi transport.

Aku ralit bercerita dengan Athirah plan kami ke legoland tu. Dia seronok mendengar siap berkira2 nanti nak pakai baju apa.

Sedar tak sedar dekat 1.40 pagi dah kami bersembang.. Aku ajak Athirah tidur. Esok dia nak sekolah. Aku pun nak kerja.

Itu la pertama dan terakhir aku bersembang dengan Athirah hampir 2 pagi.

Malam tu Athirah tidur peluk aku. Dia nampak sangat happy. Aku pun happy.

Sebagai ibu aku memang impikan yang terbaik untuk semua anak2 aku..

5 hari lepas tu Athirah meninggal sebab demam panas.

Pagi masa nak pergi sekolah badan dia macam panas. Aku kata kalau demam tak payah pergi sekolah la.

Tapi dia degil nak pergi jugak. Lagipun dia kata tak rasa macam nak demam sangat. Mungkin baru nak mula demam.

Aku siapkan semua ubat dia dan maklum dekat Kak Su. Kejap2 aku akan call Kak Su tanya pasal Athirah.

Kak Su kata dia ok. Lepas makan ubat dah tak demam.. Elok ja dia main.

Malam aku balik tu dia tengah tido kat sofa rumah Kak Su. First time dia tidur tanpa sambut aku dengan pelukan.

Kak Su suruh aku biar dia tido sebab dia nampak letih ja.

Tapi entah macam mana dia terjaga, dia terus ajak aku balik..

Balik rumah, tiba2 dia mintak aku bubur ikan bilis. Menu last dia mintak.

Aku buatkan la. Lepas tu suap kat dia.

Imran pulak hari tu meragam ja.. Ada ja benda tak kena. Aku fikir mungkin dia pun nak demam kot, asyik nak perhatian.

Kalut2 layan Imran aku tengok Athirah dah tidur. Aku tidurkan Imran lepas tu sambung buat kerja rumah. Kejap2 aku pergi chek anak2.

Masa tu baru perasan badan Athirah makin panas. Aku rasa nak kena bawak ke klinik. Tapi aku tak de kenderaan.

Aku pergi kerja dengan van kilang. Kalau kami pergi berjalan2, kami akan naik bas.

Kalau kecemasan macam ni, kami akan call Uncle Ravi. Dia jiran aku jugak. Pencen bomba dan sekarang bawak teksi.

Tapi hari tu Uncle Ravi tak de. Dia pergi rumah anak dia. Lusa baru balik. Aku berbelah bagi nak bawak pi esok ke atau malam ni jugak.

Aku kejut Athirah suruh makan ubat dulu.

Dia macam mengantuk sangat, makan pun sambil pejam mata.

Sambil2 tu aku lap badan Athirah dengan tuala basah. Aku tampal cool fever kat dahi dia.

Lepas tu aku terpaksa call Kak Su nak mintak bawak ke klinik. Sebab aku makin risau badan dia tak kebah panas.

Suami Kak Su kebetulan kerja pagi. Kalau dia kerja malam memang tak de kereta.

Suami dia terus bawak kereta datang rumah. Kami pi klinik berdekatan ja. Sebab aku dah bagi ubat tadi, doktor suruh bagi ubat lepas 4 jam pulak.

Athirah masa tu asyik tidur ja.. Tapi doktor cakap tak de apa la.. Biasa la budak dia lemah. Suhu pun tak tinggi sangat dah. Tak perlu risau doktor kata. Aku pun fikir demam biasa ja..

Malam tu aku tak tidur sangat, sebab nak bagi ubat 3 pagi nanti.

Pukul 3 aku bangunkan dia nak bagi ubat, dia macam lemah. Tapi dia makan jugak. Lepas tu terus dia tidur.. Badan dia masa tu macam tak panas sangat dah.

Entah macam mana, aku pun tertidur jugak.

Aku biasa 4.30 pagi dah bangun nak pergi kerja. Hari tu dekat 5 pagi baru aku tersedar. Alarm pun aku tak dengar mungkin sebab penat sangat.

Sebabkan dah terlewat aku terus pergi mandi siapkan apa yang patut tanpa tengok anak. Aku fikir dia tidur.

Masa tu aku ada terfikir tak nak pergi kerja hari ni. Nak jaga anak.. So aku mesej supervisor aku maklum aku tak datang kerja.

Lepas solat subuh, aku pergi kejut Haikal. Siapkan dia untuk sekolah. Dekat pukul 7 baru aku pergi tengok Athirah.. Sebab dia kena makan ubat pukul 7 pulak.

Masa tu aku sentuh badan dia sejuk. Aku kejut2 tak bangun dah. Aku dah panik. Menjerit2 aku panggil anak aku. Tak de sahutan atau pergerakan..

Aku tak sedar aku menangis2. Masa tu Kak Su pun dah datang rumah. Sebab kebiasaan, pukul 7 lebih Kak Su akan datang untuk ambil Imran. Imran biasa 8 macam tu baru bangun..

Kak Su terkejut tengok aku tak pergi kerja. Dan lagi terkejut tengok aku menangis.

Aku meraung bagitau Kak Su Athirah tak nak bangun.

Kak Su call suami dia suruh patah balik dari kerja.. Lepas tu call ambulance.

Aku memang menangis ja masa tu tak tahu nak buat apa dah.

Tak sedar masa mana, tiba2 jiran2 dah kerumun. Agaknya 1 kampung dengar aku meraung kot.

Sorang jiran aku datang chek dia kata Athirah dah tak de. Lagi kuat aku meraung.

Ambulance sampai lepas 15 ke 20 minit masa tu. Pegawai perubatan sahkan dia dah meninggal.

Aku memang terkaku tak tahu nak buat apa. Rasa macam semalam kami bersembang pasal nak cuti ke legoland.

Kenapa Allah uji macam ni.. Satu2nya anak perempuan yang aku ada Allah dah ambik.

Tapi kebanyakan persoalan dari ujian kita tak pernah ada jawapan pun.

Pegawai perubatan tu maklum ke polis untuk bawak dia untuk post mortem. Aku masa tu kata tak payah la bedah2 ni. Siksa anak aku. Tapi procedure katanya. Aku terpaksa akur la.

Lepas postmortem, doktor kata dia meninggal sebab demam.

Kak Su suruh call ayah dia maklum. Aku call, ayah dia tanya, ‘ko nak apa’ dengan suara baran dia.

Aku maklum anak dah tak de.. Dia macam terkejut. Dia tanya macam mana jadi. Aku bagitau sebab demam.

Aku nak dia datang la urus anak dia buat kali terakhir. Walaupun masa anak ada dia langsung tak peduli anak2, tapi ni anak dah tak de kot.

Tapi tak sangka alasan dia, dia outstation tak dapat datang. Dia mintak aku urus ja la.

Dia kata kalau nak duit bagitau la nanti dia bank in.. Aku memang tak harap apa pun dari dia.

Tapi jawapan tu sangat menghampakan aku. Bukan aku hingin sangat nak tengok muka dia, atau duit dia. Aku call dia pun demi anak ja.. Tapi macam tu ja dia layan arwah anak aku kan. Aku makin benci dia.

Sebab ni kot Allah ambik Athirah. Sebab tak nak orang macam ni jadi wali anak aku kalau nak kahwin nanti.

Haikal pun entah sapa bawak dia dari sekolah tak tahu la.. Keluarga Kak Su yang banyak bantu aku.

Sejak Athirah tingalkan aku. Hari2 aku tengok birthday kad dia. Aku menyesal pun ada sebab rasa tak banyak masa dengan anak2.

Aku tak sempat tunaikan hasrat dia nak pergi legoland. Banyak lagi impikan dia aku gagal tunaikan. Maafkan ibu sayang.

Hari ni aku bawak budak2 ni ke kedai, Imran mintak kek apollo. Aku menangis masa tu jugak.. Sungguh aku masih tak kuat. Budak2 hanya perhati aku menangis.

Aku cuba untuk jadi macam biasa, tapi aku tak mampu. Aku cuba nak main dengan anak macam selalu. Tapi ketiadaan Athirah masih terasa.

Last2 aku tinggalkan budak2 ni main berdua ja. Budak2 pun cakap, kakak tak de dah tak bestkan ibu.

Aku hanya mampu menangis ja. Tak tahu nak pujuk budak2 ni macam mana bila hati aku pun tak terpujuk.

Kadang aku tersasul panggil kakak tolong ni, tolong itu.

Haikal kadang tegur kakak kan dah tak de.

Adik2 dia pun memang dah rasa kekurangan tu.. Imran tanya kakak tak buat susu dah. Allah..

Makin terasa sunyi hidup ni. Makin terasa suram sejak Athirah tak de.

Aku kena kuat demi 2 orang anak aku lagi. Aku kena kerja untuk masa depan diaorang. Tapi aku selalu rasa gagal.

Haikal dan Imran seolah2 faham, ibu makin hilang semangat. Tapi aku tetap cuba kuat demi dua orang anak aku lagi.

Buat anak ku Athirah, maafkan ibu atas semua kekurangan ibu. Athirah baik sangat sebab tu Allah sayang. Kakak tunggu ibu kat sana tau..

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Allahu. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Banjir saya baca confession ni. Tak mudah jadi anak sulung, but Athirah did well. Takpe kak, Athirah sedang tunggu akak di pintu syurga. InsyaaAllah.

  2. Allah…sedihnya hati ini dgn kisah puan. Hilang permata disaat sedang baru merasai kehidupan yang baru. Untuk kakak…Allah lebih sayang kau nak dan kita semua milik Allah. Untuk puan…saya doakan semoga Allah memberikan kesabaran, kekuatan dan pertolongan menghadapi saat2 yang sangat2 sukar ini. tabahlah puan dan teruskan kehidupan ini untuk puan dan anak2 lain. Semoga Allah swt memberikan ganjaran dan kebahagiaan untuk puan.

  3. Allahu…sedihnya baca kisah ni. Mengalir air mata saya. Ibu kena kuat. Alhamdulillah arwah Athirah dah bahagia di syurga sana…tiada yg lebih sempurna di syurga. Smoga ibu kuat utk jaga 2 org anak lagi. Ibu dah ada seorg anak syurga. Insyaallah smoga segala urusan ibu dipermudahkan. Aamiiin

  4. 😭Semoga akak tabah ya dengan kehilangan anak akak, anak akak dah tunggu kat syurga . Akak kuat ya demi anak2 yang ada, akak dikelilingi org yang baik2 kerana doa orang yg teraniaya tu sentiasa termakbul,semoga Allah sentiasa lindungi akak dan anak2 amiin

  5. salam takziah kak…. terasa nak peluk akk saat2 ni… kuat kak..Allah tu maha adil. smpai satu masa akk akan bahagia kurnian Nya .. kepada anak2 akk… aunty doakan kalian kuat.jaga ibu kalian baik2. dah besar nnti sayanglah ibu kalian slps Allah dan Rasul. saya doakan akan dimurahkan rezeki dan dpt besama2 anak2 akk di syurga nnti.. Allahu basah dgn air mata sy bc kisah akk.

  6. Allah…😭😭😭😭
    Tak dapat nak tahan airmata. .
    Athirah…tempat mu di syurga ..
    Bertabahlah wahai ibu… Apa yg berlaku sebagai tanda Athirah adalah anak yang solehah.. Dalamnya cinta puan padanya, dalam lagi kasih sayang Allah kepadanya . Puan adalah orang yang kuat dan dikasihi Allah sebab tu Allah uji.
    Saya doakan puan terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan…

  7. Moga Puan trus kuat dgn ujian yg hebat ini. Smoga Puan dan Athirah dipertemukan di syurga kelak. Amin

  8. Semoga awak bersabar d atas ketentuanNya…awak masih beruntung sbb masih ada anak 2 org lagi..akak ni dah berumahtangga selama 25 thn belum lg di kurniakan anak( keguguran 3 kali,yg ke dua kembar).bersabar, bersyukur dan redha..anakmu sedang menunggumu d syurga kelak. Pastikan awak dan anak2 jgn tinggal solat, al quran dan zikir serta selawat. Insyaallah ada bahagianya sedang menanti…

  9. Athirah anak syurga….
    Salam Takziah ibu…
    Tk boleh nk berhenti menagis.. 😭😭😭😭
    Semoga dipermudahkan segala urusan ibu & anak2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *