REPLY: Hobi Suamiku Mahal

Aku nak kongsikan sikit pandangan dari pihak lelaki berkenaan hobi mahal selepas membaca penulisan ‘Hobi Suamiku Mahal’ (https://iiumc.com/hobi-suamiku-mahal/).

Kepada penulis ‘Hobi Suamiku Mahal’, mainan yang dimaksudkan bukanlah mainan budak, tapi action figure dan collectible.

Semua item-item tu tak murah dan boleh dijual semula sebab ada permintaan dalam market. Suami kau tak bagi anak main untuk menjaga kualiti dan kondisi koleksi dia.

Aku macam suami kau, ada hobi sendiri seperti Gaming PC, PS5 dan Nintendo Switch.

Aku juga ada hobi dalam permotoran yang memerlukan lesen B Full. Walaupun hobi-hobi ni Nampak mahal dimata masyarakat, tapi tidak semahal yang disangka.

Konsol PS5 berharga antara RM1800-RM2400 mengikut jenis. Game PS5 baru untuk game level Triple A atau ‘AAA’ berharga RM250-RM350, manakala game lain berharga RM150-RM250.

Nampak mahal tapi kalau beli CD guna shopee paylater and buat installment 3 bulan, game ni masih mampu milik.

Bukan setiap bulan kami beli game, satu game boleh main berbulan-bulan malah bertahun.

Jika subscribe ke PS Plus untuk online play, setiap bulan akan dapat 3 game free dari Sony.

Konsol Nintendo Switch berharga RM1200-1400. Game Nintendo baru berharga RM150-RM250.

Kelebihan game Nintendo adalah harga game second hand tak jatuh teruk, lagi-lagi kalau game popular seperti Mario, Zelda dan Pokemon.

Di kalangan pemilik Nintendo, kami kerap trade game dan ini menjimatkan duit sebab tak kerap beli game baru.

PC Game rig adalah yang termahal dalam dunia game. Processor yang aku pakai berharga RM2500, Graphic card RM2200, Motherboard RM1000. Tetapi kos ini adalah one-time Sahaja.

Penjimatan diperoleh dengan harga game yang lebih murah dari konsol. Majority PC gamers akan subscribe ke Microsoft PC game pass, dengan RM15 sebulan kami dapat access berpuluh-puluh game dari library Microsoft.

Selain dari tu, Platform game lain seperti ‘Steam’ kerap ada sales 50-90%.

Selain dari game, aku juga minat bidang permotoran. Orang nampak hobi macam mahal sebab harga motor, tapi tak mahal mana pun.

Service motor setiap 5000KM, bukan setiap bulan service. Bila keluar ride dengan kawan, modal hanya minyak petrol RM2.05/Liter dan duit makan.

Motor yang pakai lessen B full ni tak perlu modify pun sebab dah memang laju, jangan samakan kami dengan mat rempit sunat laser. Speed 110Kmh pun diorang dah buat superman, padahal tu speed orang balik kerja.

Walaupun aku banyak habis duit untuk hobi tapi semua perbelanjaan seperti bayaran rumah, air, letrik, barang dapur, coway, bill phone dan lain-lain keperluan keluarga aku yang bayar. Duit isteri aku tak sentuh langsung.

Walaupun gaji level M40 middle, tapi cukup keperluan asas. Isteri aku tak boleh bising atau halang sebab ‘Beras aku beli’.

Kepada para suami luar sana, kalau nak bebas buat apa pastikan semua kau tanggung. Selepas tu isteri korang tak boleh halang.

Sekian.

– Abam Beras (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ya bang, faham. Tapi cerita akak tu, mereka dari b40. Kita yang t20 dan m40 oklah nak spend untuk hobi as investment but… entahlah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *