Saya seorang isteri dan ibu yang dah 15 tahun berkahwin dengan suami yang di gelar “sura-rumah” zaman sekarang.
Hari ini saya nak bercerita dari sisi seorang isteri yang mempunyai suami yang tugasnya mengurus hal rumah (tidak termasuk memasak) termasuk uruskan hal anak sekolah.
Suami saya tiada income, 70% atas gaji saya dan 30% adalah dari bisnes “homemade baking” kami untuk semua makan pakai bil dan sewa.
Tetapi kami bahagia. Kerana sikap tolak ansur kami suami isteri yang menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Mungkin pembaca semua fikir, zaman skrg duit tu penting untuk rumahtangga, memang betul penting tetapi duit bukan segalanya. Yang penting keberkatan dan bijak mengatur.
Awal perkahwinan kami suami isteri bekerja, anak hantar pengasuh. 3 bulan anak diabaikan oleh pengasuh yang buat suami dan saya panas hati.
Tempat kerja suami pula ada masalah, majikan menindas suami dan akhirnya suami ambil keputusan berhenti kerja dan nak duduk rumah jaga anak.
Saya ok sahaja setelah berbincang boleh bertahan dengan gaji saya dan simpanan sehingga suami dapat kerja baru.
Bila suami di rumah jaga anak, hati saya jadi senang tak perlu risau fikir hal anak dan sedar tak sedar dah hampir 10 tahun suami jadi “sura-rumah”.
Setelah masuk tahun ke 2 tahun suami tak kerja, kami pindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja saya untuk jimatkan duit minyak dan sewa.
Masa ini lah cabaran bermula. Suami sejenis yang ramai kawan, dan kaki futsal, bila duduk jauh dari kawan-kawannya, dia mula rasa tertekan. Nak keluar kemana lah nak pergi dah diam di kawasan kampung.
Akhirnya dia meluahkan perasaan yang dia stress dan hampir jadi gila duduk di rumah sepanjang hari.
Di tambah perangai saya yang agak baran, kalau ada masalah di tempat kerja emosi tu saya terbawa-bawa ke rumah, dan jadikan dia makin stress.
Masa ini, hampir setiap hari bergaduh, dan perangai suami jadi kasar dengan saya dan anak.
Bila setiap hari gaduh, rezeki makin sempit, dan duit asyik tak cukup, setiap bulan ada saja masalah besar yang mengganggu budget bulanan. Kami makin stress, hati semakin panas.
Jujur lah dahulu saya kalau duit taka da rasa mcm nak mati risu sampai tidak boleh tidur dan asyik menyalahkan suami tak bekerja dan merasakan duduk rumah goyang kaki.
Perasaan tidak puas hati dengan suami tu betul-betul memuncak sehingga sampai satu masa kami bergaduh besar dan meluahkan kemarahan masing-masing.
Baru lah kami sedar dua-dua sedang menderita kerana sikap menyalahkan tanpa cuba untuk memahami perasaan masing-masing.
Semenjak tu kami sedar dan sedaya kikis perangai baran masing-masing dan menerima rezeki dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah.
Suami masih seorang sura-rumah sehingga kini, memang buang sikap malas, dan sangat ringan tulang membantu saya, minta je tolong apa pun bahkan nak cari barang di cabinet bawah pun dia buat sebab saya sangat tidak suka mencari barang.
Semua kerja rumah dia akan buat, tapi satu je – saya kena buat senarai apa yang perlu di buat. Nanti saya balik kerja semua beres.
Senang hati saya terus ke dapur memasak dan suami akan bantu apa yang patut atas arahan saya.
Pembaca jangan salah sangka ya, saya bukan queen control, dan suami juga bukan jenis dicucuk hidung. Suami ada sisi tegas dia yang tiada siapa boleh ubah, namun itu tidak menjadi masalah bagi saya.
Saya bukan nak membanggakan suami kerana masih banyak kekurangan kami dalam segala hal, tapi kami masih cuba membaiki kelemahan masing-masing dan jadi pasangan yang sesuai untuk satu sama lain.
Saya nak pesan (kalau ada yang nak dengar lah hehehe) kepada pasangan yang baru berkahwin terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing,
Berbincang sungguh-sungguh segala hal even nak giliran balik kampung raya pun kena bincang bukan nak utamakan kehendak sendiri sahaja dan bercakap apa yang tidak puas hati dan terus selesaikan.
Harta tak perlu nak buru-buru di cari, tawakkal kepada Allah atas setiap rezeki. Biar apa yang orang lain nak cakap, kerana pandangan makhluk itu tidak penting, yang penting hanya Allah.
Kami rumah sendiri pun belum ada, cuma mampu menyewa kuarters tempat kerja saya sahaja tapi “munjeeobs-eo ulineun haengboghanikka” (boleh google translate Korea hahaha).
Ayat yang sering keluar dari mulut kami – NANTI KALAU ADA REZEKI ADALAH… dan automatic hati akan jadi tenang sebab kita serahkan kebergantungan dan kepada Allah SWT sahaja.
Jadi kesimpulan nya, walau apa pun kita kena sedia untuk berubah dan buang ego masing-masing. Suami isteri kena sedar diri yang perkahwinan datang dengan tanggungjawab.
Tapi pada masa yang sama kena tegas dan bijak jangan sampai diri kita di tindas oleh pasangan masing-masing.
Perkahwinan bukan datang dengan pakej gembira sepanjang masa, tapi kita kena redha dan menerima kesusahan sebagai ujian dan selesaikan dengan lapang dada.
Semoga perkahwinan kita semua di limpahi keberkatan di dunia dan di akhirat.. Ameeeennn..
– Isteri orang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul.. Perkahwinan tu tanggungjawab… Memahami pasangan… Masalah juga boleh menyatukan… Bila kita sama2 cuba selesaikan…