Pengalaman Kerja Cashier

Assalamualaikum pembaca. Belasan tahun yang lepas aku pernah kerja cashier. Masa tu aku baru habis belajar. So, sementara nak dapat kerja yang stabil, mak aku suruh aku cari kerja sementara.

Yela daripada goyang kaki duduk rumah je kan. PTPTN pula dah start menghitung hari suruh aku bayar… dan ya, 2024 ni aku memasuki era acik 40 an. Hoyeah.

Untuk pergi kerja, aku kena naik bas dari rumah yang ambil masa lebih kurang 30 minit. Bukan sebab jauh tapi sebab bas berhenti2, maklumlah bas domestik kan. Zaman tu bas dan teksi masih lagi relevan. Tiket bas sehala RM1.70 untuk perjalanan 5km lebih kurang.

Kalau aku masuk kerja 8 pagi, pukul 7 aku dah kena tunggu kat bus stop. Nasiblah bus stop betul2 depan kawasan rumah aku je. 

Dah naik bas, berdebar tunggu orang datang kutip duit tiket. Dah bayar tiket, berdebar pula tunggu nak tekan loceng bila sampai destinasi aku. Takut kalau tekan awal sangat nanti driver bas annoyed sebab bus stop jauh lagi.

Kalau terlambat tekan pun takut driver bas annoyed sebab kena brake mengejut. Lepas tu kan loceng pula bukan ada kat setiap seat. Kalau bas penuh dan dapat seat yang jauh dari loceng, jenuh nak kena berdiri awal untuk pergi kat loceng. 

Kalau seat tepi tingkap lagi lah segan nak mintak izin keluar kat orang sebelah. Lepastu tekan2 tapi loceng tak bunyi. Loceng rosak rupanya. Dah nak kena pergi depan cakap kat driver, nak turun kat next bus stop. Kalau bas penuh macam mana?

Hahaha, orang sezaman aku boleh faham kot perasaan debar ni.

Zaman sekarang naik lrt senang je. Sebab lrt akan stop kat setiap stesen. Kalau terlepas tempat kau nak turun, boleh turun next station & cross ke platform seberang untuk patah balik. FOC je kan selagi kau belum keluar dari stesen tu.

Kalau naik bas, kalau terlepas tempat turun kau.. Jawabnya sejam dua lagi baru dapat bas nak patah balik. Nak jalan kaki pula memang tidak lah sebab jarak antara bus stop tu jauh woooo. Heh maafkan aku terlajak throwback.

Ok sambung. Sampai tempat kerja, aku simpan beg semua dalam loker pekerja. Masuk kerja hanya boleh bawa dompet, handphone tak boleh.

Kalau shif pagi ada group briefing tiap kali sebelum start kerja. Kalau shif petang, aku terus masuk kat kaunter yang diberikan je. Cuma take over dari cashier yang sebelumya.

A*** ni asal company jepun jadi sikit sebanyak ada ikut budaya kerja jepun. Group briefing tiap pagi dibuat oleh manager, masa tu aku bawah Encik EJ. 

Aku lupa lah nama sebenar jawatan dia, tapi yang penting dia dah lama kerja ni mula dari dia cashier hinggalah naik pangkat ke tahap management.

Masa briefing tu ada pep talk sikit dan physical assessment sikit. Maksudnya pekerja kena kemas, uniform kemas & lengkap semua.

Masa tu uniform cashier masih lagi warna brown dengan vest. Uniform ni diberi setiap cashier 2 pasang. Tudung pula warna krim, kena ikat bawah dagu macam makcik2 zaman 80 ke 90 an, lepastu selitlah lebihan tudung dalam baju.

Cara ikat riben kat baju pula bukan boleh hentam tau, ada caranya supaya seragam je semua cashier. Untuk cashier kena extra kemas dan kena make up sikit sebab deal direct dengan customer.

Aku selalu kena sound dengan Encik EJ sebab tak make up. Paling cikai pun dia suruh pakai lipstick sebab muka aku pucat sangat. Pun aku tak layan. Paling rajin pun aku pakai lip balm sajo, brand mentholatum yang boleh tukar kaler ikut warna bibir tu. Itu je.

So untuk cashier, appearance paling dititik beratkan. Riben kena ikat betul, muka kena berseri sikit, baju kena iron kemas. Aha lagi satu, cashier kena rajin senyum dan greet customer.

Aku palinggg selalu kena tegur sebab muka tak senyum. Customer siap complaint. Hahahahahaha, ok bye terlebih excited ingat memori lama. Kejap lagi kita story pasal customer ye.

Sebelum tu kalau sesiapa yang biasa pergi sini waktu pagi, pasaraya dia buka 8 pagi kan. Bila korang masuk main entrance tu, akan ada staf yang beratur dan greet korang welcome kan. Guard, cashier, promoter antara yang kena beratur dan greet welcome customer.

Ha tu lah antara budaya kerja jepun yang dia apply. Tak silap aku sampai jam 10 pagi lebih kena beratur kat entrance untuk greet. Tapi taklah semua staff terlibat. Ada beberapa cashier yang kena greet, then cashier2 lain buka kaunter macam biasa.

Untuk buka kaunter setiap kaunter akan diberi wang float sebanyak RM500 kalau tak salah la. Dalam 500 ni ada duit kertas RM50, 10, 5 dan 1, dan duit syiling 50, 10, 20 sampai 5 sen yang dibalut elok dalam plastik.

Masa aku kerja ni duit kertas RM20 takde lagi. Gosh terasa dah berabad lama cerita cashier aku ni. Masa buka kaunter cashier kena kira cukup tak duit tu. Duit tu untuk mula meniaga lah ibaratnya.

Dalam mesin cash register tu kosong takde duit. Nanti kalau first customer bayar duit besar, kan nak kena bagi baki. Itu guna duit float.

Bila tutup kaunter masa habis shif kerja kita, kena kira balik semua duit dalam mesin cash tu sebelum hand over kepada cashier next shift.

Atau kalau tutup kaunter malam iaitu waktu tamat operasi kedai, nanti ada guard & ketua cashier datang kutip duit kat setiap kaunter. Kena kira duit depan diorang. Duit tu akan dimasukkan dalam peti besi yang beroda.

Kitorang panggil ketua cashier tu TC iaitu trainer cashier kot. Ala macam matron2 kat hospital gitu pangkat dia. Riben baju diorang warna biru gelap. Buat jadual kerja, pantau kitorang, ada access untuk cancel transaction.

Maksudnya team kitorang ni paling atas Encik EJ, bawah dia ada TC lepas tu baru kitorang cashier biasa.

Kalau tutup kaunter waktu malam agak lemah aku dibuatnya sebab nak tunggu dorang kutip duit satu demi satu kaunter. Selagi belum kutip duitnya, tak boleh balik. Udahla tu tutup jam 11 malam.

Kalau kena duty kat belah supermarket, kaunter cashier ada sampai 13, 15 kaunter. Dulu semua kaunter tu buka tau. Sekarang buka a few kaunter je kan.

Kalau kerja shif malam, ayah aku la kena pick up aku. Kadang sampai 12 malam baru balik. Kalau ada public holiday ke, musim raya ke, kedai ni extend lagi waktu operasi. Lagi lambat aku balik.

Lepas tu bab collection. Kan kita boleh tengok berapa collection sales dari mesin cash register tu kan. Kalau duit cash yang kita kira tak sama jumlah dengan sales tu, elaun cashier kena potong tau.

Untuk cashier ada elaun tambahan 200 sebulan kalau cemerlang kerjanya. Tapi kalau duit short walau hanya 50 sen, tetaplah kena potong 200 tu dari gaji. Sebab tu kalau setakat short 5 sen ke, 10 sen ke… Cashier akan usaha untuk ganti jugak.

Aku selalu short duit. Jadi elaun 200 tu selalu melepas. Jenis cuai memang macam tu kan. Ish ish ish perit sungguh bila tengok payslip.

Nak bebel sikit bab gaji ni. Aku kerja A*** ni belasan tahun lepas, gaji boleh dapat 1200 dan lebih kalau ada elaun semua. Sekarang 2024 aku tengok masih ada lagi kerja offer gaji basic takat tu ye. Ish ish ish hidup ni memang keras.

Ok nak story bab duty pula. Kerja cashier ni aku paling suka bila duty kaunter kat household dan appliances sebab customer tak ramai. Paling penat kena jaga kaunter pasaraya dan kaunter pakaian. Weekend paling penat lah.

Untuk supermarket, ada 2 kaunter kat 1 island kan. Tapi dia letak 1 kerusi je. Kalau penat berdiri pun kena gilir2 duduk dengan cashier kaunter sebelah. Boleh duduk pun bila takde customer je. Kalau jaga supermarket tu memang takde masa nak duduk.

Masa muda tu bolehlah aku kerja berdiri sampai 8 ke 10 jam. Bila balik kerja, kaki pun tak rasa dah. Sakit belakang tak payah cakap.

Kerja bahagian supermarket dengan bahagian pakaian ni penat sebab selain berdiri lama, customer selalu beli barang banyak. Lepas tu semua nak cepat.

Bila customer yang belakang2 kena tunggu lama, mula lah nak marah. Sebab tu aku tak mampu nak senyum bila kerja kat supermarket. Penat sangat2. Belum masuk perangai customer tau. Kejap eh korang tunggu nanti aku tulis pasal tu.

Hm apa lagi yang best ye. Oh ye.. Bila ada cawangan baru nak buka atau ada special event macam sale besar besaran ke, team kami akan dihantar untuk tolong. Boleh la aku pergi melawat tempat orang dengan free.

Aku sempat pergi tebrau dengan maluri kot. Tebrau paling aku ingat sebab bangunan dia besar sangat. Sikit lagi nak sama panjang dengan midvalley.

Masa tu ada event apa entah tapi kami pergi untuk buka kaunter cashier extra. Pergi dengan bas & hotel makan semua ditanggung company. Selain tu ada family day kat PD yang aku sempat join. Pun semua free ditanggung company.

Best sebab pekerja sporting, lelaki ke perempuan ke. Takde istilah menggatal ke apa. Masa tu takde foreign workers, hanya pekerja tempatan yang kebanyakannya melayu.

Masa kerja kat situ juga aku banyak belajar selok belok hidup asbab dari dengar cerita kakak2 yang lebih tua. Ada yang jauh lebih tua dari aku tapi body fuhhh. Dia cerita masa lepas bersalin dia berpantang kaw2 siap bengkung bagai.

Ada yang datang dari negeri lain semata – mata nak kerja situ. Ada yang belajar tinggi tapi belum dapat kerja tetap walau dah beberapa tahun berlalu. Ada yang ada baby tapi kena kerja. Ada yang dah berumur tapi kena kerja lagi. Ada yang perempuan tapi jadi macam lelaki segak betul.

Dari situ aku sedar yang dunia ni bukan lurus je hidup. Ada juga yang sisi bengkok nya. Maklumlah masa tu kan aku baru nak masuk alam dewasa.

Eh oklah mari kita tamatkan cerita ni dengan kisah2 customer yang masih aku ingat. Ada sekali tu masa aku jaga supermarket, ada sorang lelaki ni beli barang apa entah tapi harga RM1 ke macam tu.

Masa tu awal pagi, baru je aku buka kaunter. Dia bayar not 100 sekeping dan harapkan duit kecik weh. Hahahaha. Siap dia perli cakap bangunan ni punya besar, takkan takde duit kecik.

Hahahahaha, bangunan memang la besar tapi tu bukan bank cop duit. Ada lagi customer ni jenis nak lapis 2 plastik untuk setiap beg. Takut plastic pecah sebab barang berat. Hmmm better bawa la beg eco sendiri kan senang.

Ada juga customer jenis nak plastic bag lebih sebab boleh buat plastic sampah. Ni pun hmmmm juga perangai. Lepas tu customer paling suka tanya cashier direction, ataupun barang ni ada jual kat mana.

Mungkin sebab cashier terpacak je kat kaunter kot, kalau promoter ke guard ke kan diorang berjalan2.

Selain tu aku dapat merasa pegang kad kredit mahal2 level atas dari platinum punya. Masa tu aku cuma tahu gold card. Rupanya ramai lagi yang lebih kaya dan ada kad kredit level atas lagi ye.

Tu lah orang cakap jauh perjalanan, luas pemandangan kan. Hehehe. Aku kerja situ tak lama pun dalam setahun ke macam tu. Lepas tu dapat kerja lain.

Oklah korang aku dah malas nak tulis lagi. Harap terhibur dan dapat clearkan sikit kepala korang dari cerita2 KRT yang tumbuh bak cendawan lepas hujan di page IIUM Confession ni. Sekian. Wassalam.

– Cashier Vogue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *