Love Bombing

Hi, nama aku Elly.. Aku nak share sikit la pengalaman aku terkena love bombing. Aku umur 30, kerja fnb kat restoren segera. Stay Penang.

Muka aku jenis biasa dan saiz badan agak berisi. Hidup aku pergi kerja, main phone, tido, pergi kerja. Ada duit lebih, jalan-jalan bahagiakan diri.

Sepanjang meningkat usia, aku tak pernah bercinta. Berkawan ya tapi setakat kawan. Ada suatu hari kawan aku datang rumah aku. Dia pon single lagi.. Dia datang untuk healing sebab baru lepas frust dengan lelaki yang dia kenal online…

Lepas dia frust, dia nasihat kan aku jangan jadi macam dia. Jangan main apa- apa apps online.. Tapi tu la, yang jangan tu la aku nak try. Heheee.

Aku pon download dan daftar. Dalam seminggu aku guna, tak rasa best sangat. Ye la.. Sebab tak jumpa orang yang boleh buat aku selesa. Yang pelik-pelik dan mengarut termasuk suami orang pon ada. Yang les**an pon ada. Aduhai..

Satu hari, aku berkenalan dengan sorang lelaki ni. Dalam apps tu boleh call, jadi dia call aku. Sembang-sembang aku rasa macam eh macam selesa. Aku namakan dia Henry, umur 29, duda. Dia cerai setahun lepas kahwin. Kahwin dengan ibu tunggal anak satu.

Aku pon tanya la kenapa cerai, dia cakap wife mintak cerai pastu lepas iddah ex wife dia kahwin lain. Pastu, aku tanya la dia kerja apa.. Dia cakap dia jaga negara. Aku cakap la askar ke.. Dia gelak.. Betullah tu.

Setiap hari ya kita orang wasap.. Dia akan wish good morning, jaga diri la, kerja elok2. Malam lepas dia habis rollcall dia free dia call. Dalam 6 bulan juga la kami call, dan wassap tak pernah miss.

Gambar masing-masing dah tengok. Cuma tak pernah jumpa, sebab dia stay selangor, aku penang. Aku pernah tanya dia, tak kan tak chat dengan wanita lain? Dia kata tak dengan aku sorang je… Berbunga hati wei..

Pastu aku buat berani tanya dia suka aku tak.. Dia gelak. Dia kata ada jodoh insya Allah. Sebab sekarang dia nak bina balik hidup lepas cerai.

Selepas 6 bulan, aku perasan chat dia makin lama makin kurang. Aku ni jenis kalau dia tak balas.. aku tunggu je. Dan kalau orang tak chat aku, aku pon senyap juga. Sebab tak nak ganggu dia. Tapi kalau dia chat laju je aku balas. Risau dia tertunggu.. Punyalah baik aku ni.. hahaaa..

Last chat aku dengan dia aku jawab soalan dia.. Pastu dia dah tak pernah wish dah good morning. Tak dah reply status aku. Aku tunggu 2 hari, seminggu, 2 minggu dah akhirnya aku sedar.. Aku menanti orang yang tak pernah fikirkan aku.

Sedih, tapi dia dengan aku tak pernah declare apa-apa.. Kami pon tak pernah video call. Aku pon dah delete apps tu lepas kenal dengan dia. Hidup kena diteruskan. Aku ada friends dengan dia dia media social. Dia tengok status aku. Tapi dia senyap dan aku pon terima hakikat.

Satu hari, aku nampak dia update status dengan sorang girl ni. Dalam kereta berdua.. Cantik girl tu.. Aku paham maksud dia dan aku pilih untuk move on.

Tak lama kemudian, aku kenal dengan seorang lelaki ni.. Aku download balik apps tu. Aku namakan dia Apek.. Dia mix melayu cina. Pelat cina tau bila dia cakap. Kebetulan dia stay Penang juga.

Pertama kali dia call dia request nak video call.. Aku macam segan, tapi aku nak cuba so aku setuju video call. Dia tengok rupa aku dan aku bagi tau aku berisi. Dia ok dan di kata selesa. Aku pon selesa dengan dia.

Dia umur 28. Apek ni kan dia ni sweet, manja tapi cakap aku gemuk.. Pastu dia pujuk balik. Dengan apek ni aku rasa selesa berkawan.. Setiap hari chat. Bila ada masa free.. Pastu dia laju je balas. Aku rasa seronok ada orang untuk aku bercerita. Aku jadi makin lupa pada Henry.

Satu hari, apek ajak aku couple. Aku cakap yakin ke? Dia muda dari aku kot.. Dia kata ingat main- main ka. Dengan pelat cina dia.. Comel betul. Aku setuju sebab aku tak pernah rasa bercinta. Aku nak rasa. Tapi aku tau hubungan aku dengan dia tak kemana..

Jadi aku cakap kat dia. Kalau dia jumpa girl yang betul-betul dia sayang.. Bagi tau la.. Aku terima dan paham.. Aku cakap kita still boleh kawan.. Dia kahwin nanti aku nak pergi. Betul tau.. Sebab bagi aku kalau nak putus ke apa. Putus dengan cara baik. Hahaa..

Dia panggil aku sayang.. Aku panggil dia b.. Kadang2 bb.. serius cakap aku dah mula sayang dia.. Dia teman hari aku, dia take care pasal aku. Kami kongsi hobi, impian. Aku friend dengan dia kat media sosial. Dia selalu tengok status aku.

Beberapa bulan kami couple dan kami pon pernah jumpa 4 kali dalam tempoh tu. Lama- kelamaan aku perasan chat dia makin lambat balas.. Last chat dia aku balas dan tanya dia soalan.. Dia tak jawab, esok pon tak jawab lagi..

Malam tu aku try call dia. Dia tak angkat. Pagi kat tempat kerja aku bukaa wasap nak tengok chat.. Dalam hati aku balik malam ni nak tanya dia. Dah bosan ke? Atau nak akhiri hubungan ni?

Tak sempat wei aku tanya.. Tetiba aku tengok wasap dia gambar hilang. Aku terus chat dia. 1 tick. Aku buka media sosial aku, nak tengok dia.. Aku tak jumpa dia. Dia block aku..

Gigil aku satu badan. Aku rasa nak marah. Kenapa? Kenapa perlu block? Kenapa tak berterus terang kata nak stop? Kenapa jadi pengecut? Mana janji nak jadi kawan? Mana janji- janji dia nk putus cara baik kalau ada jumpa orang lain?

Aku kerja dalam keadaan aku sedang mengawal emosi wei. Dengan Henry, aku tak terkesan. Sebab kami tak pernah janji atau ada hubungan atau jumpa.

Dengan Apek ni aku dah jumpa wei, aku ikhlas sayang dia.. Kalau jodoh aku bukan dengan dia aku terima tapi biar putus dengan elok. Apek block aku tanpa jelas apa-apa..

Aku sedih sangat-sangat. Aku marah, aku rasa terhina sangat. Aku chat dia guna no lain.. Aku suruh settle dengan elok bukan block. Dia balas dia stress, dia nak stop.. Pastu dia block no yang lain tu.

Beberapa hari aku menangis malam-malam. Aku salahkan diri aku. Kenapa aku tak chat dia tanya nak putus tak sebab aku dah nampak dia jauh.

Tapi sebenarnya aku takut. Aku tak kuat… Aku lebih rela dia cakap dulu nak putus tapi sampai hati dia buat aku macam ni. Dia yang mulakan semua ni tapi dia pilih akhiri dengan cara bodoh ni..

Aku menangis malam-malam.. Aku pergi kerja mata bengkak. Aku cerita kat kawan, aku sedih sebab dia buat aku mcm tu. Kawan aku cakap sebab ni mungkin first love aku.. Aku pon akui ya.. Walaupun aku ada perasan red flag tapi aku abaikan sebab aku selesa dengan dia.

Aku sedih.. Ni first time aku nangis sebab laki dengan sungguh-sungguh.. Sebab aku ikhlas dengan dia. Aku pon cakap aku sayang dia. Dia pon dia sayang aku. Tapi kenapa buat aku macam ini..

Walaupun dah beberapa bulan berlalu, aku masih ingat kat Apek.. Aku nak sangat apek contact aku balik minta maaf. Aku rasa dengan ucapan maaf dia baru aku dapat lepaskan diri. Aku sedih.. Tapi hidup kena teruskan..

Dalam diam aku doakan dia diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah..(ada sebab aku doakan dia macam ni).

Apa yang aku share bukan nak minta simpati atau kecam aku cuma doakan aku dan bantu untuk lupakan apek. Masa akan mengubati.. Tapi tu la.. Kadang-kadang teringat apek.

Oh ya.. Aku delete dah apps online tu.. Dah setahun lebih aku guna. Aku rasa dah cukup sampai situ saja. Aku pon tak contact dah dengan sesiapa.

Aku rasa apa yang aku lalui ni pengalaman hidup yang bagi pengajaran pada aku. Doakan aku untuk jodoh yang terbaik untuk aku.

Yang ikhlas,

– Elly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *