Tengah tahun nanti genap usia aku 35 tahun. Belum berkahwin dah tak pernah in a relationship pun. Aku ok je.
Bila ada orang selalu kata sunyi sorang-sorang ni. Aku ok je. Tapi tidak hari ini. Hari pertama 2024. Baru aku faham apa itu sunyi.
Sebelum ni, life aku ok je. Pergi kerja balik rumah takde orang pun aku ok.
Oh ye, aku duduk rumah sendiri berdua dengan adik aku. Parents aku pun duduk tak jauh dalam 40 minit berkereta. Mungkin sebab tu aku rasa ok je.
Masa PKP berdua dengan adik aku pun, tiada masalah bagi aku.
Selepas PKP mula longgar, parents aku duduk sekali dengan kami.
Adik aku lagi satu yang dah berkahwin pantang dekat rumah aku. Mungkin sebab rumah aku lebih selesa berbanding rumah parents. Aku tak kisah.
Dari pantang, sampai adik aku minta mak aku jaga anak dia. Sebab lebih mudah mereka kata.
Adik aku suami isteri kerja shift, duduk daerah lain. Jadi memang mak aku fully jaga 24/7 dekat rumah aku. Mereka datang jenguk anak. Tak pernah pun abai anak.
Aku secara tak langsung pun jaga anak sedara ni.
Dari kecik lagi aku dah mandikan dia, tidur kan dia, susukan dia, main dengan dia, dan tanpa aku sedar bila aku down dia penguat aku.
Minggu lepas, seminggu sebelum tahun baharu, adik aku ambil semula anak dia, nak jaga sendiri. Setelah dua tahun.
Mak aku ok je, kami semua ok. Memang itu sepatutnya. Mak aku pun pindah semula rumah dia.
Ohh ye, sebelum ni kadang mak abah aku balik kejap-kejap rumah mereka.
Dua tahun rumah aku meriah, dengan parents dengan anak sedara aku.
Harini aku balik rumah, tengok kereta ayah aku takde, aku nangis. Buka pintu, ruang tamu gelap je, aku nangis lagi. Nak solat, aku nangis.
Aku sampai takde suara nak nangis. Aku kunci pintu tak nak bagi adik aku yang serumah ni dengar.
Nak turun bawah pegi ruang tamu, dapur pun aku rasa tak kuat. Sekarang baru aku faham apa itu kehilangan. Baru aku faham apa itu sunyi.
Aku doa, minta Allah bagi kekuatan. Kalau sebelum ni aku tak serius minta jodoh. Kalini aku betul-betul nangis sambil doa.
Doakan aku kuat ye, dimudahkan jodoh, dimudahkan rezeki anak. Mana tahu ada doa kalian yang makbul.
– Hanum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit