Hari ni rasa nak spill my life story. Sekiranya terpilih untuk disiarkan, admin tolong hidekan identiti saya ya!!
Aku dibesarkan dalam broken family. Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Ibu ayah divorced dan dah duduk Asing since aku baru beberapa bulan di dalam kandungan. Seusai aku lahir kedunia jatuhlah talak ke atas mak, aku tak pernah aku dan tau siapa tu “Ayah”.
Seingat aku pertama kalinya aku jumpa ayah masa aku dah pun di sekolah menengah. Dibesarkan oleh Mak sepenuhnya, Tak pernah pun aku rasa kurang kasih sayang. Ayah sekalipun tak pernah melawat dan nafkah pulak hanya Mak yang menafkahi kami.
Aku cuma ingat ayah kirimkan senaskah Al-Quran tiap seorang buat kami adik beradik.
Kakak pertama (aku namakan Jenny) Al- Quran bewarna Merah, Kakak kedua (Aku namakan Lisa) Al- Quran berwarna Hijau dan aku (Aku namakan sebagai Jiso) Al-Quran bewarna Biru ketika aku berusia 9 tahun. Selain dari tu tak pernah ada apapun ayah berikan dan sediakan.
Bagi orang lain ‘Ayah’ mungkin Ayah terbaik, Ayah yang mengajarkan mereka segalanya, Ayah lekaki pertama dalam hidup setiap anak perempuan.
Tapi buat aku Perkataan Ayah tu, cuma sekadar panggilan yang aku sendiri tidak pasti makna sebenar. mungkin sebab itulah susah bagi aku nak percayakan yang namanya ‘Lelaki’.
Ibu tak bersekolah, ibu juga tak tau membaca, sepanjang hidupnya, dia banyak berkorban buat adik adiknya. Menafkahi mereka juga sebahagian dari tanggungjawab mak.
Seusia 8 tahun mak dah bekerja dengan membantu Tokwan bekerja di kebun. Jadi boleh bayangkanlah pekerjaan apa lah sangat yang boleh mak lakukan selain pekerjaan kampung yang pendapatannya kadang ada dan kadang tiada.
Aku ingat lagi selesai Kakak Lisa SPM, Kakak Lisa ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. Waktu tu kami tau Mak tak mampu nak biayai segala kos untuk Kakak Lisa menyambung pelajaran. Jadi aku dan Kakak Lisa pergi menemui Ayah, besar harapan kami untuk ayah membantu.
Tapi respond ayah “Tak ada duit” “Tak payah mengaji la, perempuan esok esok duduk di dapur juga”. Masih segar lagi macamna aku dan Kakak Lisa argue dengan Ayah waktu tu. Kakak Lisa mengalah dan korbankan peluang untuk dia lanjutkan pelajaran.
Kakak Jenny pulak Lepas SPM teruskan STPM dan selesai STPM Kakak Jenny juga korbankan masa depan dia, sebab tak nak susahkan Mak. Dan Aku satu satunya yang berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah.
Sekarang Kakak Jenny dan kakak Lisa penjawat awam, gred tak tinggi pun tapi Alhamdulillah rezeki Allah kedua kakakku. Dan aku bekerja sebagai executive di private sector.
Ayah pulak dah meninggal lebih sedekat yang lalu. Kalaulah Ayah masih ada, Adakah ayah akan menyesali segala apa yang telah dia lakukan pada kami.
Kehidupan tanpa Ayah sebenarnya sangat memberi kesan pada kehidupan kami. Bagaimana ibu dipandang hina just because berstatus Janda. Kasih sayang tak pernah ada dari seorang lelaki bergelar Ayah. Tapi Alhamdulillah kasih sayang Ibu tak pernah kurang sedikit pun.
Ibu tak pernah lelah berusaha untuk memenuhi segala keperluan kami. Tapi sekuat mana pun ibu berusaha yang namanya Ibu tunggal senantiasa dipandang serong orang lain. Pelbagai tomahan, fitnah yang mak harungi tapi mak tetap kuat besarkan kami.
Dulu dan sekarang Jauh bezanya. Masyarakat sekarang lebih terbuka menerima yang namanya “Janda” tapi dulu pandangan serong masyarakat sangat menakutkan.
Mak pernah dipulau. Segala sesuatu yang terjadi dahulunya masih kemas tersemat di ingatan kami. Sebelum kami adik beradik mampu tegak berdiri, ramai yang menjauh, mungkin takut kami menagih simpati barangkali.
Mak sangat sayangkan adik adiknya. Sepanjang proses aku membesar. Setiap kali tibanya cuti sekolah seorang adik mak aku ni akan datang kerumah dan meminta aku mengikuti dia kerumah nak mintak bantu tengokkan anak anaknya dengan alasan suaminya ada urusan di luar (Padahal suaminya penganggur).
Mak yang terlalu sayangkan adiknya pun meminta aku untuk bantu ibu saudara aku. Dan aku yang dididik untuk tidak boleh berkata “NO” kepada orang yang lebih tua pun terpaksa menurut.
Permulaannya yang pergi dengan rela lama kelamaan menjadi bekas di dalam hati. Yang janjinya cuma 2-3 hari berpanjangan sehingga habis cuti sekolah dan bermulalah episod aku terpaksa menjadi pembantu rumah “gratis” di rumah mereka.
Trend berulang sehingga aku naik ke tingakatan 4 dan waktu ini barulah aku berani bersuara dan mengatakan tidak kepada ibu saudara aku. Dan pada akhirnya mereka pulang tanpa aku pada kali itu.
Aku juga masih ingat pada waktu aku di darjah 6 mak menghubungi adiknya untuk meminjam wang RM50 (adik yang sama menggunakan aku sebagai pengasuh gratis) dan respond diterima ‘duit tak ada”. Masih segar bagaimana sedih dan terkilannya mak waktu tu.
Adik yang mak sayang dan tak pernah menolak untuk bantu mereka disaat mereka perlukan mak menolak untuk membantu dikala mak dalam kesusahan.
Kemudian mak mencuba nasib kepada adiknya yang lain masih juga alasan yang sama diberi. Dan aku tau itulah pertama dan terakhir kalinya Mak meminta bantuan dari orang lain.
Di usia aku 20 tahun, waktu tu aku melanjutkan pelajaran diploma, Kakak Jenny dan kakak Lisa pula bekerja di kedai 24 jam di Peneng.
Kakak Jenny dapat panggilan dari jiran sekampung memaklumkan rumah yang kami diami hampir ditenggelami tanah (Rumah kami diami adalah Rumah Tokwan yang didirikan di atas tanah yang telah Tokwan berikan pada arwah bapa saudara)
Waris bapa saudara (Sepupu kepada kami) bersihkan kawasan sekeliling rumah dengan menebang semua pokok dan meratakan tanah tanpa maklum kepada ibu kami. Tanah yang diratakan meneggelamkan separuh pintu hadapan rumah. Ibu waktu tu masih dirumah itu, tanpa simpati ibu diperlakukan sedemikian rupa.
Tapi Allah Maha mengetahui. Allah bukakkan hati dan fikiran kedua orang kakak untuk membeli rumah di *****. sebab Kedua kakak dah fikir panjang risau kami sekeluarga tak ada tempat berteduh since rumah didiami ketika itu rumah pusaka Tokwan yang didirikan dia atas tanah yang telah diberi kepada arwah bapa saudara.
Kedua kakak Joint loan dan dengan saving yang mereka kumpulkan dapatlah mereka membeli rumah second hand, kos rendah ja. Dan alhamdulillah seminggu sebelum kejadian rumah ditimbus tanah, Kunci rumah dah diterima, setelah kejadian kedua kakak dapatkan lori dan pindahkan mak kesitu.
Ingat lagi kakak Lisa bagitau, Masa kelam kabut masukkan barang didalam lori. Adik mak (ibu saudara dan suaminya) ada datang dan cuma berkata “kenapa tak bagitau” tidak boleh tolong angkut barang. Not even ask, “are you ok? or nak bawak/ pindah kemana?. ” the only thing they do is pretending like they care.
Tapi Alhamdulillah kami bersyukur dengan tiap sesuatu terjadi, dan ujian yang Allah selitkan dalam hidup kami pasti ada hikmah di kemudian hari. Kami teruskan kehidupan.
Seusai habis diploma ak teruskan pengajian ke peringkat ijazah dgn bantuan Ibu dan kedua kakak akhirnya aku berjaya tamatkan pelajaran. Berakhirnya semester terakhir aku giat cari kerja melalui semua platform yang ada.
Alhamdulillah belum pun sebulan aku ditawarkan bekerja sebagai Admin assistant di sebuah kilang secara kontrak. Sehinggalah setelah 8 tahun aku kini memegang jawatan sebagai senior executive dia sebuah syarikat swasta (US Company).
From first day kerja aku dah tekad untuk kumpul duit dan bantu jadikan kehidupan kami sekeluarga lebih selesa.
4 Tahun pertama aku kumpul duit dan extend ruang tamu rumah kami diami disebabkan bilangan ahli keluarga dah semakin bertambah untuk keselesaan apabila kedua kakak dan Abg2 ipar serta anak2 mereka pulang.
Dan tahun ke 6 aku bekerja akhirnya aku dapat merealisasikan impian mak untuk punya rumah sendiri di kampung. Dan Alhamdulillah genap setahun mak dapat rasa bagimana punya rumah sendiri di usianya 66 tahun.
Maaf mak, it late and it just a small house Rumah yang aku bina tidak besar, cuma rumah kecil yang kosnya cuma RM50k untuk menumpang teduh ketika kami pulang ke kampung.
Tapi Alhamdulillah segala cita citaku Allah permudahkan. Terima kasih Allah di atas rezeki dan kesempatan diberi untuk aku berbakti kepada ibuku.
Berkenaan waris arwah bapa saudara tadi (Sepupu aku). Dah beberapa kali hubungi aku untuk meminjam wang. Dengan nota kami “jangan bagitau orang lain ya”.
Ada aku pinjamkan tapi kadangkala ak berdiam kerana aku seringkali teringatkan apa yang lelah mereka lakukan pada keluarga kami. Dan ibu mereka (Kakak ipar ibu aku) masih bongkak, merasakan mereka terpaling suci.
Pernah beberapa tahun lalu terjumpa di rumah kenduri, dia dengan angkuhnya bertanya kepada ibu aku. Dah pergi umrah ka? Bila nak pergi? Dok mengaji dak? Mengaji la dah tua tua ni!!
Even bertemu kami adik beradik pun tidak pernah dipandang sejak kecik, hinanya kami di mata mereka. Dengan merasa tingginya darjat mereka sehingga merasakan hinanya kami sehingga tidak layak dipandang.
Adik ibu aku yang dulunya menolak membantu meminjamkan ibu RM50 juga bekerja di sektor awam kina sudah berjawatan besar tapi dikurniakan suami yang tidak bekerja since day one berkahwin. Duit tak pernah cukup,
Seringkali juga hubungi aku untuk meminjam wang tapi hanya beberapa kali aku bantu sehingga diketahui rupanya dia berhutang keliling pinggang. Dan pinjaman dilakukan kepada orang lain hanya untuk menutupi hutang kepada pemiutang sebelumnya.
Yang pernah jatuhkan fitnah kepada mak dulunya meninggal barah lidah (tidak diceritakan di atas) Apabila pandang dari sudut berbeza dengan apa yang terjadi kepada mereka2 ini mungkin ujian buat mereka. Tapi bagi aku ini adalah Kifarah yang Allah berikan di atas kesombongan dan keangkuhan mereka.
Kini Alhamdulillah keluarga kami Bahagia. Rezeki Allah tak pernah putus. Kedua Kakak dah pun bekeluarga, Tinggal aku masih setia menemani ibuku.
SEMOGA SETIAP SETIAP JIHADKU, SETIAP USAHAKU DAN SETIAP REZEKIKU DIBERKATI dan boleh terus berbakti kepada ibuku sehingga ke akhir Nafasku dan terima kasih Allah untuk ujianmu.
Perjalanan hidup kami tak mudah tapi Allah kuatkan semangat kami untuk terus bertahan dan berusaha. Kami tidaklah kaya tapi Alhamdulillah sudah mampu hidup dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu menagih simpati pada orang lain.
Semoga kasih sayang kami adik beradik terus kekal dan pengalaman hidup terus menguatkan kasih sayang antara kami.
Amin ya rab!!
– Jiso (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Moga jiso kekal sihat membantu ibu…moga lepas ni..bertemu jodoh..amin..