Salam semua. Sebenarnya aku dah pernah dah hantar confession kat sini. Tapi dah tak ingat bila sebab dah bertahun lamanya dan malas nak gali balik yang mana satu post aku.
Aku ada post pasal situasi aku yang ada vaginismus dan juga pasal laki aku dah curang pun. Ya, kami dah berpisah.
Aku hargai semua komen yang support dan beri galakan pada aku. Malangnya, aku tak berjaya pulih. I’ve exhausted all resources.
Macam aku pernah cerita dulu kat sini, aku buat surgery buang selaput dara, jumpa s*x therapist, ambil ubat. Tetap juga tak jalan. Marital life aku tak payah cerita lah.
Ex aku pernah bagi hint lagi, yang kitorang ni dah macam adik beradik instead of pasangan berkahwin.
Korang jangan salah anggap kitorang langsung tak intimate. Aku beri semua yang aku mampu beri, kecuali PIV je. So dia dapat release dia, cuma bukan di saluran yang kebiasaannya. Selain masalah tu, kitorang okay je.
Aku malas nak cerita panjang-panjang pasal ni sebab dalam marriage pun, aku je yang berjuang sorang-sorang. Ex aku dengan ego dia, setiap kali aku ajak terapi. Dia tak mau. Malu mungkin.
Dia asyik kata ‘bukan dia yang bermasalah, tapi aku.’ Masalahnya, aku juga tak dapat kepuasan dalam marriage tu. Sebab aku sibuk fikirkan cara nak pleasure dia.
Aku punya need sendiri ke laut. Imagine aku masih anak dara walaupun dah berkahwin. Dan umur aku nak masuk 40.
Keadaan jadi teruk bila kami terpaksa long distance. Dia pilih bekerja di luar negara. Kat Malaysia ni, takde growth untuk career opportunity dia. Aku pula memang dah stabil dari segala sudut.
Masa mula-mula kahwin, aku cuba juga ikut dia. Tapi aku tak happy. Dengan aku baru je discover kekurangan aku, buat treatment di tempat asing, socially isolated from everyone, dengan kewangan sepenuhnya dikawal suami.
Aku rasa sangat-sangat tak happy jadi suri rumah sepenuh masa kat sana.
Selain vaginismus, aku ada beberapa masalah lain yang juga besar. Ia saling berkait. Tapi aku tak nak expose kat sini.
Cuma masalah tu agak serius dan aku masih hingga hari ini perlu dapatkan rawatan doktor. Apa yang aku boleh cakap. Ia juga masalah psikiatri.
So aku balik ke sini dan teruskan bekerja sebagai penjawat awam. Waktu ni sebenarnya aku memang nekad nak fix everything. Aku pergi hospital dan buat terapi dengan tekun. Tapi tak juga nampak hasil. Dah 2 tahun berlalu. Tetap sama.
Aku dah give up. So faham-fahamlah mental state aku dah sampai tahap mana. Dah ke jurang dalam. Dah tahap passive su*c*dal ideation.
Aku tak actively nak ambil nyawa sendiri. Tapi ibaratnya kalau ada orang nak t*kam aku dengan pisau. Aku tak heran dah.
Ditambah lagi bila kau dah buat macam-macam nak pulihkan diri kau. Tiba-tiba laki kau kata dia tak sanggup dah. Bila aku tanya dia ‘habis, aku buat semua ni untuk siapa ya?’
Dia jawab, ‘Mungkin akan ada orang yang sesuai untuk aku, yang badan aku boleh terima. Sadly, dia bukan orangnya’ Aku rasa memang aku dah cecah rock bottom sangat-sangat.
Aku agak open tentang masalah psikitiari aku yang lain dengan kawan-kawan dan keluarga. Cuma masalah vaginismus aku simpan. Sebab aku tau stigma masyarakat kita ni masih tebal. Kebanyakan minda masih jumud.
Dan aku tau, walaupun mostly commenters kat sini terpelajar. Tapi mesti ada sorang dua yang letak otak kat lutut. Manusia tu memang baik secara asalnya, tapi ada masa masa tertentu datang bangangnya. Mental state aku dah la fragile.
Cukuplah masalah psikiatri aku yang lain tu jadi bahan jenaka. Kalau orang dapat tahu yang ni. Aku tak tau nak hidup macam mana dah.
Oh ya, sebelum tu aku kena clarify yang aku ada banyak boyfriend sebelum kahwin dengan suami. Kalau dari luaran, aku memang ada rupa dan ada bentuk badan idaman lelaki. Pemakaian aku pun boleh tahan juga.
Untuk umur aku sekarang, kalau aku tak memilih. Memang senang aku nak pancing mana-mana lelaki. Sebab aku awet muda. Tapi masalahnya memang aku memilih la. Gila tak memilih.
Lagi pun aku malas nak start over dan inform lelaki yang nak date aku yang aku ada vaginismus. Walaupun ramai je yang datang mahu merawat luka lepas aku berpisah dengan suami. Malas aku nak layan.
(Aku tak tau la diorang genuine ke tak. Lelaki ni kan menggeletis kemain bila dengar perkataan janda. Kopiah pun terbang. Tasbih pun boleh melayang.)
Cuma aku rasa desperate sikit nak keluarkan diri aku daripada dry spell ni sebelum aku menopause. Tu juga salah satu sebab kenapa aku rasa macam nak mati je. Hidup pun macam takde guna.
Sebelum kahwin dengan ex, aku bertukar ganti boyfriend macam bertukar ganti baju. Tapi macam aku cakap lah. Mungkin sebab aku ni tak pandai nak ringan-ringan atau beramas mesra dengan lelaki. So, selalu lah aku kena tinggal.
Luaranku hanya ilusi. Tapi sekejap je aku dah dapat pengganti. So aku jarang single dan pakwe-pakwe aku memang handsome belaka. Sebab tu aku percaya, kalau aku cerita masalah aku kat siapa-siapa, mesti diorang tak percaya aku bermasalah se**al.
Sampailah hati aku terbuka dengan ex aku. Dia pun gentleman, senang cerita menepati kriteria yang aku nak. Aku tak pandang rupa, aku pandang IQ dan EQ.
Time kitorang nak kahwin tu, semua orang macam ‘ini ke lelaki yang kau pilih?.’ Diorang expect aku kawin pun dengan lelaki handsome agaknya.
Tapi lepas beberapa tahun kawin. Ada juga kawan-kawan aku sendiri yang nak caras ex aku ye. Tetiba Whatsapp ex aku, add FB, add IG bagai. Sebab diorang tengok makin lama ex aku makin smart. Dah aku yang jaga penampilan dia daripada rambut hingga kaki. Kerja pula high end.
Lepas dia grad, starting gaji dia je dah RM7K. Tapi bidang yang dia minat, tak banyak peluang kat Malaysia. So dia expand overseas. Dapat kerja yang dia nak, gaji pun dah tinggi. Ego dia pun tinggi juga.
Dulu dia ada juga refer kat aku apa-apa. Lama-lama, dia dah mula buat keputusan sendiri tanpa refer kat aku.
Aku macam lembu kena cucuk hidung je dengar cakap dia. Lagi pula ditambah dengan masalah bilik tidur kitorang. Memang aku rendahkan diri aku sampai ke tahap jadi kain buruk la.
Apa yang dia decide, memang aku tak melawan. Aku ia kan sahaja. Mujur juga dia ni jenis lelaki yang baik secara keseluruhan. (Ada yang cakap aku blinded by love.) Entahlah…
Panjang pulak mukadimmah. Ya, tu baru mukadimmah je. Supaya korang dapat fahami. Kenapa aku boleh jadi broken sampai camni.
Aku ni dah banyak kali bertukar therapist. Semua tanya aku soalan yang sama. What is the root cause. Aku ada sexual trauma ke? Aku betul-betul tak ingat.
Tapi lately, benda ni keluar balik. Memang betul apa therapist aku cakap. Otak ni, dia boleh padam ingatan kita. Tapi badan akan sentiasa ingat.
Aku rapat gila dengan bapak aku masa kecil. Tapi bapa aku sentiasa takde kat rumah. Aku rindu sangat dekat dia masa kecil. Aku takde banyak memori dengan dia. Tapi ada memori yang tiba-tiba timbul.
Masa kecil dulu bapa aku pernah ambil gambar aku tanpa seurat benang. Umur aku dalam 5 tahun kot. Dia suka tunjuk aku gambar-gambar tu. Pastu usik-usik aku. Aku benci gila tengok badan aku dalam gambar-gambar tu.
Aku selalu cuba buang gambar-gambar tu ke luar tingkap rumah. Aku ingat habis situ je. Rupanya banyak gambar aku yang tak pakai baju bapa aku ambil. Setiap kali aku jumpa dan aku koyak. Ada je yang lain timbul.
Oh ya, ni cerita tahun 80’an. Waktu ni bukan semua orang ada kamera. Apatah lagi nak buang filem ambil gambar bo**el anak. Ini membuat aku tertanya-tanya. Orang kedai gambar yang proses gambar aku tu tak rasa pelik ke? Ke sama jenis juga perangai.
Walaupun aku kecik. Aku tau benda tu tak elok. Sampai sekarang aku hangin kalau tengok parents ambil gambar anak tak pakai baju. Memang aku gelarkan pervert je parents macam ni.
Bapa aku suka gomol-gomol aku dan geletek aku. Aku lak time tu rindu dengan bapa aku yang cuma balik rumah sebulan sekali kot, tak pun dua bulan sekali. So bila kena gomol, aku anggap aku lepas rindu lah. Aku tak tau la ini pelik ke tak.
Lepas tu bila dah besar sikit. Kitorang satu keluarga ikut bapa aku pindah. Time ni aku rasa ada yang pelik jadi kat aku. Tapi aku tak ingat.
Yang aku ingat, masa umur aku 7 tahun. Adik aku pernah main acah-acah nak potong punggung aku dengan pisau mainan. Aku baru habis mandi masa ni, so memang tak pakai baju. Aku relakan je punggung aku tu adik aku pegang. Sebab aku rasa tak salah.
Kakak aku nampak. Memang dia mengamuk dan beritahu mak aku. Teruk gak aku kena bantai. Terus kena label gatal. Memang aku tak ulang dah lepas tau tu salah.
Cuma sekarang ni, ia buat aku berfikir. Kenapa umur aku macam tu, adik aku boleh fikir nak main dengan punggung aku. Dan kenapa aku merelakan. Perbuatan ni kami belajar daripada siapa?
Bapak aku juga selalu bawa aku pergi tempat kerja dia kalau waktu cuti sekolah. Dia ada bisnes sendiri. Dia selalu tinggalkan aku dengan salah seorang pekerja dia. Aku tak suka gila dengan pekerja dia ni. Dia selalu nak peluk aku. Cakap aku comel la. Itulah inilah.
Memang dia akan kejar aku kalau aku lari dan akan gomol aku kuat-kuat. Sampai aku nangis terjerit-jerit. Bila aku mengadu pada bapa aku. Dia cuma gelak-gelak je dan dismiss apa yang aku rasa. Sejak tu aku mula jauh daripada bapak aku.
Sampai umur aku 14 tahun. Aku tengah tidur. For some reasons unknown, mak aku suka buka luas pintu bilik aku. Ini habit mak aku yang paling aku tak suka. Sebab tu seawal 18 tahun, aku keluar rumah. Sebab aku tak tahan bila rumah aku takde privacy,
Habit ni juga diwarisi adik beradik aku yang lain. Suka hati masuk bilik orang tanpa ketuk, lepas tu biar pintu terbuka luas. Bila aku cuba tutup, mak aku mesti mengamuk.
Ya, mak aku seorang yang baran. Tak macam bapa aku. Bapa aku cool orangnya. Sebab tu aku lebih suka bapa aku daripada mak aku masa aku kecil dulu.
So back to the topic masa aku tidur tu, aku dapat rasa dada aku diramas. So aku secara automatic pukul tangan tersebut dan terbangun daripada tidur. Aku ingat aku mimpi. Rupanya betul memang ada yang meramas. Bapa aku sendiri. Muka dia cuak habis.
Aku tanya dia buat apa. Dia cakap ada nyamuk kat dada aku. Dia cuba nak halau nyamuk. Pastu dia keluar bilik dan suruh aku tidur balik. Aku hampir lupa benda ni. Cuma baru-baru ni otak aku ingat balik.
Bila ingatan aku dah mula reveal sedikit demi sedikit ni. Aku rasa makin paranoid. Aku takut kalau memang sebenarnya aku dah pernah kena assault masa kecil. Tapi aku tak ingat.
Mungkin otak aku tak bagi aku ingat sepenuhnya sebab takut aku jadi makin teruk. Sebab aku sekarang berada pada titik terbawah dah. Dah macam mayat hidup.
Aku juga ada seorang kakak. Dia lebih cantik daripada aku dan lebih banyak pakwe masa muda.
Boleh dikatakan dia agak liar berbanding aku masa muda. Kakak aku tak suka dengan bapa aku. Macam ada sesuatu yang dia dendam tentang bapa aku. Tapi dia tak cerita. Dan aku pun tak pernah bertanya.
Tapi aku tak rasa masalah kami sama, sebab dia dah selama beranak pinak dah. Aku je yang macam ni.
So berbalik pada tajuk aku. Ex aku pernah cakap yang aku ni ibarat patung Barbie. Dari luaran memang cantik. Bentuk badan buat orang geram. Kerjaya okay, harta dan aset pun ada. Tapi V*gi*a takde fungsi. Bila aku tengok filem Barbie tu. Terus nangis wei. Tetiba relate.
Maaflah aku kalau aku macam merepek. Dah nama pun confession kan. Otak tengah serabut. Minta maaf kalau ada yang meluat ke, menyampah ke. Aku cuma mahu meredakan hati yang kusut.
– Barbie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Vaginismus ni memang makan masa…tak semua therapist kena dgn kita. Cuba awak jumpa Dr.Kash Mustafa. Kebanyakan yg jumpa dia settle masalah ni dalam masa yg singkat termasuklah saya.