Assalamualaikum. Jam pukul 1.30 pagi, tapi aku masih atas katil, perhatikan anak aku umur setahun yang baru je tidur selepas menyusu, dan aktifnya bermain.
Ye aku decide untuk fully breast feed anak aku no.2 ni, walaupun banyak sangat pahit manis sepanjang setahun aku breastfeed.
Dan aku nak kongsi la pengalaman aku dan aku nakkan pandangan jugak dari readers yang berjaya menyusukan anak selama 2 tahun.
Masa awal baby lahir aku ada jugak sulam dengan susu, tapi baby lebih suka minum bf direct. Aku bukan kaki pump sebab aku suri rumah.
Suami aku natural bab susu ni, either you bf, or fm, dia ok je. Dia pun not very supportive through my 1 year breast feed.
Banyak aku sendiri yang research cari ilmu, dan untung aku ada parents yang sangat2 menyokong aku dalam journey aku ni.
Actually aku ada jugak terfikir nak wean off, sebab yelah dah setahun kan, boleh fokus ke real food, tapi not that easy. Kasihan, tak sampai hati, rasa bonding dan gelagat baby sendiri bila nak menyusu tu bukan main excited.
Ni dah seminggu aku menyusu sambil menahan sakit sebab sakit ada kesan luka, dah ada 4 gigi kan, well memang aku dah expect. Sakit macam luka pisau, lepas tu setiap kali menyusu, rasa macam ditoreh dengan pisau. Perit sangat.
Tapi as long as my baby happily feed, aku telan jela rasa sakit tu. Kalau mengadu kat suami, for sure dia kata wean off je tunggu apa lagi. Malas aku nak meluah.
Dan setahun ni la aku tak pernah tidur direct 4 jam pun. Malam bagaikan battle menyusu. Sesiapa yang breasts feed mesti faham.
Dahulu anak first aku susu fm, still sama kena bangun n bancuh susu, tapi takdela letih sangat sebab BF ni fokus kat energy dalam badan kau. Rasa letih dan enjoy, mixed feeling.
Aku tak tahu sama ada story aku ni berbaloi untuk baca atau tak, cuma aku nak mintak tips dari mommies kat luar sana mcm mana nak ubati kesan luka tu, dah seminggu tapi tak baik lagi.
Nipple cream pun dah apply, macam tak de kesan pun. Dan susah sangat ke proses nak wean off tu? Takut pulak bila fikir.
Buat semua yang ada anak kecil bawah setahun, or dah masuk fasa toodler, we are in the same boat. Penat tapi ada ganjaran untuk kita kan.
Sekarang pulak musim sakit, anak aku pun dah seminggu batuk sesema tak baik2, harapan aku semoga susu aku dengan izin Allah menjadi ubat untuk anak aku.
Jangan lupa share tips dan pengalaman indah korang yer. Sekian, dari mommy yang keletihan..
– Mummy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit