Jodohku Tak Kunjung Tiba II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jodohku-tak-kunjung-tiba/).

Aku Ima, terpanggil untuk menulis semula kat sini untuk menghargai komen², tips, doa dan pandangan dari pembaca semua. Thanks admin siarkan kisah aku dulu, hehe, kisah penutup tahun 2023.

Alhamdulillah dapat juga mengurangkan bebanan perasaan, bukannya tak redha atas segala ketentuanNya, cuma mahu berkongsi rasa dan meluah apa yang terbuku di hati.

Untuk pengetahuan semua, ada beberapa amalan memang aku dah lakukan seperti membaca doa Nabi Zakaria yang memohon zuriat. Aku amalkan setiap kali lepas solat sejak umurku 20an lagi sehingga kini.

Begitu juga doa memohon jodoh yang baik, selalu aku panjatkan dlm doaku, dengan harapan suatu ketika Allah akan makbulkan.

Ada juga yang komen minta aku pergi berubat, itu pun aku dah buat beberapa kali juga sebagai salah satu ikhtiarku.

Menurut Ustaz, ada juga gangguan dalam diri aku, mungkin itu salah satu sebab jodohku lambat. Ustaz sarankan aku supaya tidak berseorangan di dalam bilik, risau akan mengganggu perasaan aku.

Pernah juga suatu ketika aku tak mampu menelan makanan, rasa tercekik, jika minum, air akan dimuntahkan keluar.

Beberapa kali sesi rawatan barulah pulih, selera makan juga kembali seperti biasa.

Badanku juga susut, Ustaz cadangkan untuk berubat lebih kerap di pusat perubatan Darussyifa sehingga betul² sembuh dari gangguan. InsyaAllah akan aku usahakan lagi.

Ada juga yang komen part aku tulis orang chubby pun ada jodoh, bukanlah bermaksud untuk body shaming, tak bermaksud nak menghina ciptaan Allah, masing² punya kecantikan tersendiri.

Aku cuma terfikir kenapalah tak da yang berkenan kat aku, hehe… Itu ayat aku nak menenangkan hati dan perasaan sendiri sahaja, Huhu. Tak bermaksud nak merendahkan sesiapa pun.

Kalau Allah nak bagi rezeki jodoh tak kira lah engkau cantik, kurus, gemuk, cacat sekali pun tetap Allah akan bagi. Mungkin belum masanya untuk aku lagi. Jadi formulanya di sini, Sabar Ima!

Sebenarnya macam² dah usaha aku dah cuba juga, Aku selalu kirimkan doa jika ada sedara atau kawan² yang nak ke tanah suci, Mohon didoakan agar selalu dipermudahkan urusan jodohku ini.

Sebelum berakhir aku listkan beberapa usaha aku nak mencari jodoh ni, yang masih juga tak kesampaian. Hehe.

1. Kenal sendiri masa belajar kt U, tapi terputus lepas masing² habis belajar.

2. Join 2 website cari jodoh.

3. Kenal melalui online – FB, IG.

4. Kawan se ofis kenalkan.

5. Saudara mara kenalkan.

6. Jiran tolong carikan,

Semua orang sekeliling aku membantu. Terima kasih semua, moga Allah ganjari dengan sebaik² balasan atas usaha semua.

Tapi semuanya tak menjadi, huhu.. Ada yang ghosting, ada yang macam chipsmore, ada yang saja² nak kenal, tak da komitmen ke arah perkahwinan.

Last sekali, terima kasih pembaca semua yang sudi membaca, berkongsi doa, tips dan kata² semangat untuk aku.

Buat sesiapa yang senasib denganku, Moga kita terus kuat dan tabah, Allah tak menguji di luar kemampuan kita. Hasbunallah Wanikmal Wakil. Serahkan semuanya kepadaNya.

Moga Allah temukan dengan pemilik hati yang tepat untuk kita, dan andai kata kita berjodoh, moga jodoh itu berkekalan, berpanjangan hingga ke SyurgaNya.

Aamiin² yang mujib.

– Ima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *