Jodoh Tak Ke Mana

Hai semua. Aku Anggur, berumur 31 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Aku tak nak intro panjang panjang, bukan korang kenal pun kan, haha.

Aku bukan nak meluah panjang panjang. Cuma aku ada terbaca posting Nur Adelle Alex tu, boleh baca di sini, (https://iiumc.com/aku-yang-memilih-dia-ii/).

Aku pernah hadap benda sama macam Adelle tu. Kisah ni jadi pada tahun 2019.

Kepada Nur, walaupun Adelle dan Alex tu masih status sebagai partner before ko kahwin dengan Alex tapi confirm lah dah merancang untuk kahwin. Tapi kau tetap caras jugak partner orang lain.

Aku tak setuju la orang kata “alaa baru bf, baru partner, tak ada istilah sailang/mencaras”.

Cuba kalau korang yang kene benda ni. Best tak ??

Kepada Adelle, kalau betul Alex jodoh kau, tak ke mana jua. Macam kisah aku ni, hehe. Berpisah sekejap, berjodoh kembali.

Ingat Nur, niat dan cara yang tak betul tak menjamin hubungan yang kekal pun.

Aku rasa kan Alex ni perangai dia mungkin agak bendul sikit kot, macam laki aku ni, hahaha.

Allahu bukan kutuk laki sendiri tapi tu lah kau senang nak mempergunakan dia. Konon dia nampak baik, skema tapi belum tentu dia baik untuk kau Nur. Rasanya, kau memakan diri sendiri atas perbuatan kau.

Ok lah straight to the point je lah. Aku pernah hadap benda ni weh sungguh watak perempuan yang mencaras tu narsis, play victim.

Sebelum jadi laki aku, lelaki yang aku namakan Oren ni sempat kahwin dengan perempuan narsis tu jugak. Penuh tipu helah masa dia nak dapatkan attention keluarga si Oren ni.

Tak tahu malu datang rumah. Rupanya, dia hanya nak jadikan Oren tu Pak sanggup. Dah mengandung dua bulan rupanya, anak bekas kekasih dia. Dan perempuan tu jadi DS. Bekas kekasih dia ada sebar video mereka.

Perempuan tu dengan Oren (sebelum jadi laki aku) pun PJJ. Dorang tak tinggal sebumbung even dah kahwin. Oren pun ada cuba nak lari tapi family perempuan tu ugut dia.

Mak dia WhatsApp Oren, “Takkan ko tak nak selamatkan maruah anak kami. Anak aku boleh harapkan kau je ni untuk jaga dia. Aku tau anak aku ada video tersebar tu, buat tak tau je lah”

Oren ada bagi tengok aku WhatsApp mak dia. Macam satu family je psiko.

Dua bulan lepas tu, kahwin jugak oren dengan perempuan tu. Keadaan yang betul betul buat oren jadi terpaksa.

Aku bersedih gila masa tu. Aku siap cakap “tak apa, mungkin awak jodoh yang dikirimkan Tuhan untuk bimbing dia”. Hahahaha macam telefilem!!

Aku pun tak berharap tapi kan at the same time hati aku ni tetap nak tunggu dia. Degil kan, hahaha tapi aku berkawan dengan orang lain sekejap cuma belum fully move on weh.

Aku kesian dengan orang tu, tak nak jadikan dia tempat move on. Rasa sakit tu sebab kitorang putus secara paksa bukan ada problem ke apa tapi disebabkan perempuan psiko dan family psiko tu. Dan bukan isu curang.

Aku faham apa Adelle rasa tu. Mungkin sudah suratan takdir, jalannya penuh liku sebelum betul betul dipersatukan.

Tapi ditakdirkan jodoh Oren dengan perempuan tu tak kekal. Hanya 10 bulan bertahan dan Perempuan tu pun keguguran beberapa minggu lepas nikah.

Ex wife Oren tu masih aktif jadi DS dan masih nak get back dengan ex dia yang pregnant kan dia tu walaupun dah kahwin dengan Oren disebabkan PJJ.

Pelik kan, kenapa la tak kahwin je dengan ex bf dia tu. Dan Oren tak pernah sentuh dia. Banyak masalah yang jadi sejak Oren masuk dalam keluarga perempuan tu.

Jadi aku singkatkan cerita lagi ni, jodoh aku dan Oren masih kuat, bertaut kembali. Aku tak nak cerita panjang panjang lah yang ni. Doakan agar rumah tangga kami pun sentiasa rukun ye.

Macam dah panjang sangat pulak luahan aku ni aduh, hahahaha banyak elemen yang aku tak masukkan ni.

Thanks sudi baca.

– Anggur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Orang yang TOKSIK ni adalah :

    Orang yang tak sedar diri. Diri sendiri dia tak nak perbaiki, tapi sibuk nak perbaiki orang lain
    ( No Improvement ). Bukan itu sahaja, dia ni jenis suka tengok kebaikan diri sendiri. Menuding sana sini, Menyalahkan alam sekitar dan semua haiwan dan tumbuhan yang hidup di muka bumi.

    Memang patut kita usir dia dari bumi tipu – tipu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *