Perkenalan Yang Membuang Masa

Hai semua, aku namakan diri aku Kangkung, seorang wanita umur 27 tahun.

Di usia 27 tahun ni, to be honest aku dah malas nak membuang masa bercinta dengan orang yang salah.

Penat lah asyik ulang perkenalan dari awal. Aku tak suka chat setiap masa.

Ada yang aku kenal lelaki ni baru dalam talking stage lah, tiber dia marah sebab aku lambat reply 10 minit terus acah acah merajuk. Lahhh dia ke yang perempuan ni?

Belum ada apa apa perhubungan lagi, dah macam tu. Serabut kepala. Tak boleh ke lepas ni aku jumpa lelaki yang memang betul jodoh aku.

Di umur sekarang ni, aku malas nak ada drama, malas ada expectation lebih. Aku malas nak emosi berlebihan akan perkara remeh.

Aku tak suka merajuk bagai. Aku lagi suka memulakan perhubungan tu secara natural, mengalir tanpa paksaan.

Connection tu kita boleh feel lah orang kata, ada chemistry. Menenangkan, tak serabut kepala.

Macam mana nak cakap ye? Hahaha.. Hmm aku bukan memilih rupa, tak.

Aku memilih tahap sekufu dari segi mindset, pemikiran, tahap kewangan.

Education tak sama, tak apa. Yang penting serasi. Sebab, aku ni pun orangnya biasa biasa je. Tak lah nak demand tahap dewa.

Jadi, aku ada kenal mamat ni. Kenal dari IG (Tak pernah perasan pun ada follow aku), lahh rupanya satu universiti tapi berlainan kos.

Masa awal awal kenal tu, aku rasa ok.

Tapi kira stranger lah jugak sebab memang tak pernah kenal dari dulu. So, dia approach aku dulu.

Tak lama tu, bertukar ke whatsapp. Baru 5 hari lah dia selalu chat.

Wish morning, inform sampai ke tempat kerja, balik kerja. Macam tu je lah. Tanya aku buat apa.

Dia yang selalu mulakan chat lah.

Aku bukannya desperate sangat nak terus bercinta, ke arah serius terus. Nak kenal dulu lah kan, baru je berapa hari, take time la sikit. Jangan terburu-buru.

Dialah orang yang suka merajuk tu, hmmm.. Then salah ke kalau aku start tanya dia “Umur berapa, kerja kat mana, stay mana” .

Dia terus reply “Wahh, laju eh awak buat kerja ye, hahaha”. “agressifnya tanya macam tu”

Lahhhh apa yang lajunya, dah lah dia ni stranger yang tiber chat, merajuk merajuk bagai (Masa ni belum tau lah dia ni belajar di U yang sama, kos berlainan) Pelik.

Aku malas nak layan dah. Entah aku pulak terus turn off.

Normal apa, tanya umur dia berapa, kerja mana, orang mana. Kenalah tanya, aku ni sebelum kenal dengan lebih lanjut memang aku stalk media social dia. Kepakaran perempuan kot ni.

Kang aku kenal dengan suami orang ke, bapak budak ke, tunang orang ke, bf orang ke, atok mengaku single ke, scammer ke.

Terus tu aku macam malas dah. Dia yang approach kita, kita pulak dikatanya aggresif.

Aku tak adalah ghosting ke apa. Aku cakap je, sorry busy kerja.

Lepas tu, dia pun tiber acah merajuk lagi “Tak apa, faham. Kita ni bukan orang penting, memang tak pernah reply cepat kan. Siapalah kita ni” 

Lahhh pulakkk malas aku nak layan. Dia yang terlebih perempuan.

Ok lah, aku nak sambung kerja balik ni.

– Kangkung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *