Thank you pada admin kalau sharing ini bakal dipamerkan. Kalau tak then takpalah admin sorang jela yang baca.
Salam semua. Aku seorang student yang mempunyai pandangan. Kalau korang tak bersetuju takpa, tapi aku saja nak kongsi pendapat aku. Maaf malas nak buat intro takda kena mengena so let’s get to the point.
Aku perasan sebagai adat dalam kalangan masyarakat kita ni kebanyakan masih mempunyai mindset ‘kerja khusus’ untuk lelaki dan perempuan. Maksud aku, perempuan ni tempatnya di dapur, lelaki ni buat kerja keras. So here i am to shine some light upon a few things in life that doesn’t have to be what you think it ‘should’ be.
Pertama sekali, kau nak judge orang based on gender dah kenapa? Biar lah seseorang tu ada niche dia sendiri, ada kekuatan dan kelemahan dia sendiri, ada yang dia gemar yang dia tak gemar. Kau siapa nak cakap “this is what an ideal woman/man should be”? Your personal perspective of what the perfect woman/man/partner tu tak sama dengan orang lain. Kau nak bash perempuan ni tak pandai memasak, kau nak bash lelaki ni ‘lembut’ menceburi bidang fesyen perempuan. Kau siapa? Takda termaktub pun dalam mana mana kitab bahawasanya perempuan semua kena ayu, pandai masak, duk rumah diam diam mengemas jaga anak buat kerja ringan ringan je pergi shopping pakai make up. No. Sepertimana juga takda termaktubnya lelaki perlu gagah perkasa, pergi gym sentiasa, takboleh suka warna pink kena jadi gentleman kena beli hadiah memahal untuk awek kena reti baiki paip air kereta bawa motor. Sebab tak semua orang macamtu. And not everyone has to conform to your idea of ‘perfection’.
Ayat selalu keluar ‘eh tulisan kau cantiknya kalah perempuan’ or ‘bersepah gila bilik minah ni kalah anak teruna’. Kenapa? Lelaki tak sepatutnya ada tulisan cantik ke? Perempuan ni bayangannya semua KENA rajin mengemas ke? Walaupun memang betul ada lelaki yang tulisan tak cantik or perempuan yang jiwanya dedicated to cleaning up, ada juga lelaki/perempuan yang sama atau sebaliknya. Lelaki tak reti bawa motor: “hek eleh bawak motor kott takkan tak reti anak jantan apa kau ni”. Ada kriteria kriteria yang perlu ditepati pulak sebagai seorang lelaki? Or perempuan tak suka masak: “kau ni anak dara tak suka masak macam mana nak kahwin”. Opsss taktau pulak nak kahwin kena ada resume ‘saya suka masak maka saya bersedia untuk kahwin’.
Selain itu ada juga yang kata bidang ni untuk lelaki sahaja, bidang ni untuk perempuan sahaja. No people, it doesn’t work that way. Biarlah perempuan tu minat racing dan pergi berlumba mewakili negara atas trek, yang kau susah hati kenapa? Sebab pakaiannya? Kau nak ke kain dia tersangkut kat tayar tu pastu cedera parah? Penyelesaian kau is takpayah la racing kalau tau tak mampu. Eh helo, dia mampu sebab tu dia menang. Kau yang tak mampu kau buat diam. Tak suka something, jauhi dengan hati. Or fikirkan penyelesaian yang LOGICAL and CONVENTIONAL dan usulkan. Tak perlu bash. Lain la kalau dia tu minah racing lumba haram. Yang tu bahkan lelaki mahupun perempuan memang sewajarnya dibash.
Aku tau point aku tak banyak tapi aku nak try sampaikan benda simple je yang complicated untuk diterangkan dalam bentuk tulisan. There are no ‘gender-specific’ roles. Semua orang mainkan peranan masing masing dengan cara tersendiri. Lelaki yang acah lembut mungkin bakal membuka busana muslimah berjaya lantas menggalakkan lebih ramai orang menutuo aurat. Perempuan yang tak suka kerja rumah ni mungkin mampu menyumbangkan tenaga di tempat kerja untuk memajukan negara. Fair enough kau akan cakap “kenapa takboleh buat dedu?” Aku tak cakap pun takeh buat dedua kalau kau rasa kau memang perform silalah. Aku just cakap jangan judge orang based on gender and jangan expect specific conditions will always give out the same output. Orang ni manusia yang mempunyai hati dan jiwa yang berbeza. Bukan robot yang results experiment bila apply controlled variable semua sama. Sebab itu wujudnya ungkapan ‘saling melengkapi’. Kurangnya satu di sini, lebihlah satu di sana.
Maaf kalau ada terkasar bahasa, aku tak reti sangat nak bercerita especially in writing sepertimana aku dah sebut tadi. Mai jumpa depan depan kita berbahas baru best. Haha. Gurau je.
Salam.
– qwertyuiop
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit