Aku seorang wanita, berusia 26 tahun. Sudah berkahwin selama 1 tahun 10 bulan. Belum dikurniakan zuriat.
Perkenalan dengan suami sangat singkat, kawan 3 bulan, tunang 3 bulan, terus nikah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Setelah 1 tahun menjadi surirumah selepas kahwin, aku pun diizinkan bekerja di Kuala Lumpur tempat asalku, sedangkan suamiku bekerja di negeri lain. Kami PJJ.
Awalnya aku langgar je, excited nak pegang duit sendiri. Yang pernah jadi surirumah je tahu perasaan surirumah ni, takde duit sendiri, nak beli apa apa kena minta suami,
Bila suami tak bagi, mulalah terasa tak disayangi, tak diberi perhatian. Semua benda nak kena minta. Kadang2 rasa macam peminta sedekah.
Sedangkan sebelum kahwin aku seorang yang kuat bekerja. Dari zaman sekolah lagi aku sudah pandai mencari rezeki.
Balik sekolah, kerja part time di kilang kecil, zaman kolej, habis kelas classmates pergi karaoke/ wayang/ healing, aku pergi kerja part time promoter di mall, balik mall, bantu meniaga makanan di asrama kolej.
Memang jenis suka bekerja. Yelah, bukan anak orang kaya. Nak duit poket terpaksalah kerja keras.
Dipendekkan cerita, sekarang aku bekerja di syarikat swasta yang agak terkenal. Di sini aku terasa muda kembali.
Yelah, lepas kahwin tu terus kena kurung duduk rumah, tinggal pun di kampung suami, rasa macam kena sorok bunian kejap.
Sekarang aku rasa aku dah kembali ke dunia nyata. Aku di approach oleh orang2 sebayaku, berkawan dengan anak2 dara yang asyik bercerita tentang crush masing2. Semua ni terkadang buat aku lupa yang aku ni isteri orang.
Suami aku pun jarang contact, kami tidak berapa mesra. Dia jenis old school dan tegas lagi2 bab kewangan.
Masa jadi surirumah, aku selalu mesej kawan baik aku, “tak sabarnya nak kerja, nak beli tealive” kataku. Kiranya punya teringin nak air sedap tu sampai jadi motivasi untuk aku kerja.
Masa dapat panggilan interview, aku gugup sangat2 sampai rasa taknak pergi, kemudian kawan baik aku ingatkan motivasi aku “kau nak beli tealive pakai duit sendiri kan? Better pergi interview tu!” Hahaha. Kawan yang baik pun rezeki tau.
So yang aku nak share ni, sebab aku terjebak chatting dengan kawan sekerja aku, dia suami orang, anak satu.
Awalnya chatting hal kerja, lama2 melalut pulak. Aku ni tak pernah la selera tengok suami orang atau nak rampas hak orang. Tapi dengan segala perhatian yang dia beri, lebih dari si suami sendiri. Hati ni terusik.
Kami kawan tak lama pun. Tiba2 aku terima mesej pendek dari dia. “You, sorry, I rasa kita tak boleh teruskan text, wife I macam curiga, I risau,”
Dalam hati aku terdetik.. “oh, ini kah rasanya jadi penyondol?” “Macam ni ke rasanya jadi orang ketiga?” “Macam ni ke perasaan perempuan yang kawan dengan suami orang?”
Jadi harini aku dapat perspektif baru dalam kehidupan. Hahaha. Aku okay je. Aku mula chatting dengan dia pun baru sebulan. Baguslah instinct isteri dia kuat.
Masa solat aku doa agar Allah jaga aku, mungkin ni cara Allah jaga aku. Aku bersyukur aku dan dia tak sampai ke tahap yang lebih2, sekadar chatting je takde berjumpa depan2 pun sebab dia department lain, office kami jauh2.
Cuma aku rasa ralat. Aku terasa, oh sesenang itu je lelaki boleh gunakan perempuan, lepaskan bosan, peneman bila isteri tiada. Bila apa apa jadi, isteri dia yang dia kata tak cantik tu la yang dia cari, auto delete aku sebab nak jaga hati isteri.
Isteri yang dia kata “kenapalah I tak jumpa you dulu” “wife I tak semanja you” “wife I tak secantik u” sekali Bini dia Tanya “abg chat orang lain ke?” Terus menggelupur delete chat aku. Hahaha.
Aku okay. Cuma nak bagitau kat sisterhood di luar sana. Suami orang yang duk layan kau tu bukan nak sangat pun dengan kau. Bila bila masa je dia akan berpaling dan pilih isteri dia yang susah senang dengan dia.
Ni la pengalaman baru aku. Perasaan yang tak pernah aku rasa. Pelajaran buat aku. Haha. Sekian.
– LilyHijau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Baguslah kalau you berdua dah stop chatting each other. From your story, you macam cepat fall in (baru sebulan chatting kan..) mungkin sebab you sunyi (pjj) so go find your husband! Jangan tambah dosa sebab dua² pun dah berkahwin. Kalau you macam rasa pissed off dengan kawan you tu, just let it go, sebab dia & isteri punya hak untuk pertahan rumahtangga mereka. Memang lelaki (kebanyakkan & tak semua) ni kalau dilayan makin menjadi, so bersyukurlah bila Allah dah jentik hati tu untuk tak terus termakan dengan hasutan syaitan. Perbaiki hubungan you dengan suami, pjj bukanlah alasan untuk curang atau mempunyai hubungan yang dingin. Semoga you temui kebahagiaan dengan suami kerna syurga isteri terletak pada suami.
Adik
Baguslah kalau dah cepat2 sedar
Bukan semua tapi kebanyakan suami
Depan isteri i love u till jannah
Belakang isteri menggatal dgn bini orang
Bila kantoi
Kata bini ni suka buruk sangka
Semoga Allah beri kekuatan n kesabaran utk isteri2 yg diuji begini