Salam semua, aku gelarkan diri aku Bintang, umur 25 tahun. Aku baru je habis graduate (umur 24) dan baru merasai pengalaman kerja. First experience!!
Masa lepas SPM, habis form 6. Aku nak kerja sementara tapi parents aku tak bagi. Parents suruh tunggu je panggilan study. So akhirnya aku pun sambung study terus lah di UKM.
Habis je graduate, seminggu lepas tu aku terus dapat kerja jadi receptionist di klinik swasta. Aku memang tak memilih kerja, aku apply mana mana jawatan yang kosong even kedai makan, F&B. Tapi aku diterima kerja di klinik tu.
Jadi, aku pun mulakan first day kerja ku dengan semangat dan nervous lah. Dahlah aku ni sebenarnya bukan jenis yang banyak cakap. Introvert. Aku bercakap hanya perlu sahaja.
Pelik kan, tapi kerja receptionist hahaha, layan customer /manusia pelbagai ragam. Sampai sekarang aku masih kerja situ. Baru setahun..
Alhamdulillah masih usaha untuk survive dan aku hanya rapat dengan 2 ketul je. Yang lain, aku tak rapat sangat, berbual juga tapi tak da lah rancak bercerita bagai. Entahlah kadang aku rasa sedih jugak, macam aku ni selalu dipinggirkan. 2 orang tu ja yang nak bergaul dengan aku.
Walaupun aku introvert, tapi bila aku kerja macam ni layan customer, aku bercakap dengan penuh mesra ya. Ahhaha tapi tu lah bila dah rehat, actually yang intovert ni cepat exhausted weh. Aku nak recharge energy aku. Tak semua orang faham benda ni.
2 orang tu extrovert tapi mereka faham aku. Aku still struggle ya dengan 5 orang lagi yang meminggirkan aku, aku tegur “hai” pun mereka tak layan.
Penat lah macam tu. Dari first day lagi mereka macam tu. Entah kenapa. Padahal aku memang selalu je mencuba bergaul dengan dorang. Nanti dorang kata aku sombong. Bila dah mencuba, mereka ignore. Rasa sedih jugak kadang.
Bila ingat masa first day kerja tu, mereka layan aku baik baik. Tegur jugak macam biasa. Tapi tak ada lah mesra. Even baru seminggu pun, dorang dah suruh aku buat macam macam.
Aku bukan mengeluh. Tapi dorang marah marah suruh aku cuci tandas lah bagi bersih. Macam buang sampah tu. Patutnya tugas perempuan tu. Aku bukannya berkira tapi boleh je kalau nak minta tolong tu elok eloklah sikit. Aku gelarkan dia si Masam.
Semua orang ikut tugas masing2 sebelum buka klinik tu. Macam aku, receptionist, aku diajar oleh Leader tu. Kena set up semua laptop, check segala appointment, check dental record, buat air, hidupkan segala suis. Menyapu pun iya kalau aku yang sampai dulu.
Dalam kesibukan aku tu, si masam ni marah marah sebab ada customer semalam yang buang pampers anak, ada tahi. Memang berbau lah. Aku masih sibuk dengan kerja aku. Masam tu tiba tiba panggil aku “Bintang, kau sini kejap” aku pun pegi lah kat belakang tu dekat tandas klinik.
Dia dengan muka bad mood “adduh tengok ni pampers ni berbau!! Bongok lah customer ni. Kau buang pampers ni banyak tahi, aku geli lah” padahal orang lain yang tak ada kerja pun, dia tak suruh pun. Tak ada siapa yang nak. Dorang hanya tengok je.
Yang 2 orang aku rapat tu belum sampai.. jadi, aku pun bersabar, aku pun ikut je lah. Padahal tu tugas si Masam.
Lepas tu, masa rehat. Receptionist ada tiga orang.2 orang kat tingkat bawah, 1 orang kat tingkat atas. Sebab klinik tu memang sangat sibuk. Klinik tingkat atas tu satu je sebab tak ramai.
So rehat pukul 1 petang, salah seorang dan 3 orang dental Assistant kena ada di klinik, jadi kami rehat pukul 2 petang lah. Tapi dorang semua rehat, tinggalkan aku satu orang je kat bawah. Ada lah satu orang ni, aku panggil dia manis. Aku terdengar perbualan dorang.
Dia cakap “biarlah aku teman dia, kesian pulak sorang sorang, dia belum makan lagi weh”. Tapi si Masam tu kata “alaaa tak payah lah, dia bukan budak lagi. Biar je la dia Handle semua kat sini”. Kawan yang aku rapat tu dia tingkat atas.
Haha, pelik kat bawah tak ada siapa pun nak kawan dengan aku. Aku rasa sedih jugak, sebab aku intovert ke dorang mengelak. Padahal weh aku selalu je tegur dorang pagi2 bila sampai kadang aku bawakan lagi makanan untuk semua.
Kadang ada juga yang tergelak gelak dan cakap “islamik sangat la dia ni weh pakai stokin dan bawa telekung” lahhh apa yang melucukan, bukan alim, tu rasanya benda paling basic orang Islam buat. Solat. Stokin tu kan kaki tu aurat. (Bukan berlagak tapi memang betul kan korang itu hanya basic).
Si masam ni pun asal bab buang sampah mesti moody hahaha kalau tak ikhlas kerja, tak payah lah kau kerja situ. Orang lain tu ok je kalau turn dorang buang sampah kecuali sampah pampers, haha.
Then aku kan tengah duduk, sebab masih tunggu patient ni untuk buat payment, dan aku update lah dekat excel ni sale klinik tu berapa, semua la aku kena isi.
Tiber si masam tu, dia sengaja bagi kena aku bakul sampah tu. Dia tolak kaki aku dengan bakul sampah. Padahal Tak ada lah kaki aku tu dekat sangat dengan bakul sampah. Padahal boleh je cakap “bintang, tepi sikit”. Then lepas habis settle semua payment tu, aku tegur dia.
Aku tanya dia ni ada masalah ke dengan aku. Aku ada buat salah ke, kenapa ya. Aku tanya macam tu. “Masam, saya ada buat salah ke? Kalau ada, boleh bagitau salah saya. Atau ada masalah ke dengan saya”.
Tetiba dia pandai pulak nak senyum dengan muka serba salah. “Tak ada lah Bintang hehe, aku ok je”.
Tapi esok esok buat lagi macam tu. Macam setiap hari jugak dia ni bad mood. Dengan orang lain, dia ok. Tapi dengan saya, dia macam buat buat saya tak wujud pun ada. Yang lain pun sama. Tak ada orang nak rehat dengan aku. Rehat sendiri sendiri je.
Kalau kena timing yang sama, aku dapatlah rehat dengan geng aku tu yang receptionist dan dental Assistant 1 orang. Dorang je boleh ngam dengan aku.
Dorang ada nasihat dengan aku “tak perlu fikir banyak pasal dorang ni. Biarkan je. Dorang memang macam tu tak ikhlas bekerja, memang selalu berkira,tu selalu moody asyik mengeluh penat je dorang tau” semua kerja pun penat, tak ada kerja yang tak penat.
Lepas tu masam tu boleh cakap la “receptionist tu bukannya banyak kerja macam kami” siap nak banding banding. Padahal aku setiap pagi kalau sempat pun memang aku lah yang sapu, mop, buang sampah sekali. Tak tunggu dorang yang lain pun even tu turn dorang.
Aku fikir nak mudahkan urusan orang. Kalau dia yang datang awal kerja pun mana ada dia buat semua tu. Tak faham lah.
Normal ke semua ni? Entahlah aku ni hati tisu, lembik sangat ke? Tapi sampai sekarang aku survive je. Bukan staff je yang aku rasa toxic. Manager kat situ pun toxic.
Klinik tu, owner dia bukan doctor tau. Doktor kat situ pun dibayar gaji orang atasan, chinese. Ada 5 doktor. 3 doktor kat tempat aku, 2 doktor di tingkat atas.
Manager dia ni asyik push receptionist untuk naikkan sale. Nak buat macam mana, kalau sale tu macam tu je. Dia nak kitorang receptionist ni buat apa.
Kadang dorang marah tau kalau sale ni jatuh then dia kata “korang ni memang tak buat kerja, apa je yang kamu buat dari tadi” “tengokk, kenapa sales jatuh ye” “kenapa sales tak naik macam hari tu”.
Nak buat macam mana kalau tak ramai customer nak datang. Dahlah hari bekerja. Bukan rezeki. Masa cuti sekolah tu memang ramai lah datang. Hmmm
Mungkin sebab aku first time kerja kot. Baru hadap situasi kerja. Baru hadap “adulthood” yang sebenar.
Mungkin ini sebagai pengalaman untuk aku lebih kuat mental dalam menghadapi situasi mencabar atau surrounding kerja yang toxic or mencabar serta karenah pelbagai manusia.
Permulaan sebelum aku dapat kerja tetap yang lebih baik dan sesuai dengan aku. Doakan aku ye semua.
– Bintang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
All the best!😊
Awak ncm mne ekatabg ye? Saya pun baru kerja tapi rasa mcm perlukan nasihat