Suami Dan Dot Dot Dot

Assalamu’alaikum. Terima kasih admin siarkan luahan saya.

Saya nak straight to the point. Pagi tadi, ada perempuan (negara jiran) PM saya di satu platform media sosial.

Katanya, ada video tak elok suami saya. Kalau tak mahu dia sebarkan, bayar duit sekian-sekian.

Saya sangka dia scammer yang hanya nak duit. Saya saja layan dan cabar, kalau betul bagilah. Dengan sangkaan mesti dia edit.

Tiba-tiba dia bagi screenshot video. Ya memang muka suami saya sedang video call tanpa seurat benang.

Ya, saya kenal tempat mana dia vc tu, saya kenal tanda yang ada pada tubuhnya. Maknanya bukan edit.

Perasaan saya pada masa tu amat terkejut.

Saya pandang suami yang sedang tidur. Allah. Bercampur baur rasa.

Sampai saat saya menulis ini pun, macam-macam ada dalam hati. Kecewa, marah, sedih sampai tak tahu nak respond. Speechless.

Dia memang suami yang baik. Baik serba serbi.

Cuma kesalahan kecil-kecil biasa seorang suami macam kena suruh buangkan sampah, lepas makan biskut tak tutup rapat, tak tadah air lepas mandi. Itu je.

Saya ni percaya suami 99.9%. Sangat percaya. Memang dia ada sebut, ada orang ugut nak sebar video dia. Tapi scammer. Saya percaya saja.

Saya pun pernah je terbaca wasap dengan kawan pasal video luc** ni. Tapi saya tak suarakan pun, saya anggap hanya sembang lelaki.

Pernah juga terbaca chat dia “hai” perempuan dalam media sosial. Tapi setakat tu saja. Mungkin dia dah delete yang lain.

Biasanya saya tegur suami dengan berkias.

Contoh baca berita pasal lelaki tengok video luc** dan cakap la pasal bahaya dan tak elok. Kalau berita suami curang, saya cakap depan dia. Itu je. Saya tak minat nak mengamuk.

Sebab saya jenis, kalau suami buat hal tu dia yang patut rasa bersalah, dia yang patut serabut. Bukan saya.

Saya pun mampu je kalau nak selidik ke nak pasang apps ke. Tapi saya tak nak sebab saya percaya.

Cuma, saya selalu doa. Kalau suami ada buat masalah, tunjukkan. Inilah Allah dah tunjuk.

Ni pun saya masih berlagak macam tak ada apa. Malam ni saya nak heart to heart. Itupun kalau jadi.

Sebab kalau kami bergaduh walaupun salah dia, akhirnya dia akan salahkan saya balik. Biasanya saya mengalah je. Malas nak panjangkan hal.

Cuma saya tak ada tempat meluah. Benda ni sangat aib untuk saya ceritakan pada orang yang saya kenal.

Cuma perasaan kali ni pelik. Kejap sedih, kejap membara macam nak marah, kejap sakit dada rasa macam ditekan-tekan.

Saya tak tahu nak buat apa. Serius rasa macam orang bodoh.

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Itulah lelaki
    Kalau pasal perempuan
    Lebai pun boleh terbang

    Mula2 sembang dgn kawan2
    Mesti ada kawan2 dah try
    Kawan2 pun ajaq
    Hi2 di media sosial
    Nak try
    Akhirnya terperangkap

    Kita jugak yg susah

    Bagitau dia n biar dia selesai sendiri
    Geram pulak akak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *