My Friend Riri

Firstly sorry sangat2, sebab confession aku sangat2 panjang. Sebab I tak reti nak sambung2 next time. Mood tak sama kan setiap hari. 

Setiap dari kita mesti tak pernah lari dari satu zaman kebodohan, masa silam yang perit, duka dan tragis… 

Sama jugak la macam aku. 34 tahun hidup, aku lalui macam2 pengalaman yang menyakitkan. 

Di cabul masa kecik seusia 10 tahun. Di paksa buat oral s**, dan macam2 benda menjijikkan yang aku terpaksa lalui masa tu. 

Dengan zaman kesusahan masa lalu, mak aku sakit kanser. Tak de tempat mengadu. Ayah aku dah lama meninggal masa mak aku pregnantkan aku.. 

Setiap lelaki durjana yang kononnya datang menziarah mak aku mengambil kesempatan pada aku berserta ugutan yang menakutkan.. 

Ada yang kononnya kesian aku tak makan, nak bawak aku makan kat kedai lalu mencabul aku dalam kereta. 

Yang jijiknya, 3 4 orang buat macam tu serentak.. Jijik sangat aku rasa bila terkenang semua tu. 

Keadaan tu berturut sampai aku tak sedar bila masa aku membesar. Aku tak mampu tolak kerana walaupun aku enggan, aku terpaksa supaya mak aku ada makanan. 

Kalau aku toleh belakang, tiada apa yang indah untuk aku kenang dizaman lampau ku. Hanya derita semata2. 

Bila besar pun hidup aku tak bahagia jugak. 2 kali perceraian dengan lelaki yang bertopengkan syaitan.. 

Lelaki yang aku fikir ikhlas dengan aku rupanya ada niat lain pada aku. Aku memang ada rupa paras yang menarik. 

Aku sentiasa di buru oleh lelaki. Tetapi trauma aku dengan lelaki membuatkan aku sangat berhati2. 

Tapi dalam berhati2 tu pun aku terkena jugak dek kerana kebodohan dan kepercayaan aku pada dia.. 

Suami yang sepatutnya melindungi seorang isteri tergamak nak jual aku dekat orang2 koprat. 

Mentang2 dia tahu aku ni wanita kotor. Dia label aku sangat murah. Tapi untuk jadi kotor tu bukan pilihan aku ye. 

Awal2 dia pujuk baik, katanya masalah kewangan, hutang along, itu dan ini. Ye la masa tu aku tak kerja. Lepas tu mula naik angin dan maki hamun aku bila aku nekad tak nak buat apa yang dia suruh.. 

Siap suruh aku berbangga kerana yang nak melanggan aku tu orang2 vip dengan bayaran yang tinggi. Bukan pelacur hotel bajet dia kata. Jijik dan hina sangat aku di mata dia kan.. 

Masa kecik aku mungkin bodoh. Tapi dah besar aku mampu melawan. Akhirnya kami berpisah. 

Perkahwinan kedua aku aturan keluarga angkat aku. Oh ye, lepas mak aku meninggal, pakcik aku serah aku dengan satu family ni. Katanya family tu berminat nak jaga aku. 

Masa tu aku dah sekolah menengah.. Tapi hidup aku masih diatur orang. Tapi syukur la pakcik aku tak jual aku kat rumah pelacuran. Sebab bagi dia aku adalah bala.. 

Macam drama kan kisah hidup aku ni. Tapi itu la realitinya. Aku fikir masa tu segala penderitaan aku dengan lelaki dah tamat, rupanya belum. 

Alhamdulillah family angkat aku sangat baik.. Aku duduk jauh di bandar dengan mereka.. Jauh dari kenangan buruk aku.. 

Diaorg ada anak2 lain jugak.. Adik beradik angkat aku pun baik dengan aku walaupun awal2 dulu aku rasa amat janggal terutamanya dengan abi dan saudara angkat lelaki ku. Trauma aku pada laki sentiasa ada. 

Tapi family aku sayang aku macam anak sendiri. Bagi aku pelajaran yang tinggi dan carikan aku pekerjaan yang baik. 

Tapi semua trauma aku, tetap aku pendam sendiri.. Tiada yang tahu.. Walaupun masa tidur aku sering mengigau, tapi aku tak pernah cakap apa yang berlaku ketika umi berkali2 tanya. 

Akhirnya keluarga buat andaian, mungkin aku masih terkenang kematian ibu ku.. Abi selalu bawak air penawar untuk aku.. 

Lepas tu aku dah masuk u, so jarang kat rumah. Lagipun aku dah ada bilik sendiri, so aku tidur sorang ja. Orang pun dah tak ingat ingauan aku setiap malam.. Lagipun makin besar makin kurang, hanya di ganggu mimpi2 seram, sesekali aku masih mengingau jugak. 

Dulu pernah aku cerita dekat kawan baik masa uni, tapi kawan yang aku harapkan rupanya menikam aku dari belakang. 

Dia yang cerita pasal kisah gelap aku dekat bekas suami pertama aku tu. Sampai beriya lelaki tu ajak aku kahwin suddenly.. 

Berjanji bulan dan bintang untuk melindungi aku, rupanya semua itu satu agenda semata2. 

Pengalaman pahit menyukarkan aku untuk percaya sapa2 lagi baik lelaki atau perempuan. 

Aku dah tak kawan dengan sapa2. Hanya hidup dengan dunia aku sendiri. Busy kan diri dengan kerja.. 

Lepas perceraian pertama, umi kenalkan aku dengan seorang lelaki kononnya ustaz. 

Aku fikir ada lelaki nak bimbing aku ke arah kebaikan. Jadi aku terima saja la walaupun tanpa rasa cinta. Aku bodoh kerana masih percaya lelaki baik masih wujud. 

Rupanya dia jugak setan.. Awal ja dia baik depan keluarga. Lepas tu asyik pressure aku dengan duit sebab dia tak de kerja tetap. Ada kuliah, ada duit.. Kalau tak dapat, sepak terajang dia hadiahkan untuk aku. 

Aku malas la nak cerita penderitaan aku dengan dia. Cukup la dengan sikap kuat mengongkong, kaki pukul, malas kerja, kuat cemburu. Duit aku semua dia ambil. 

Sekali dengan pakej makian isteri derhaka setiap hari membuatkan aku makin tawar hati dengan dia. 

Dah la setiap masa dia akan memaksa untuk aku buat benda yang aku tak suka. Kalau aku ingkar, dia akan pukul. 

Aku bagi tau family sebab tak tahan lagi dah.. Tapi dia jaja aib aku satu dunia seolah2 dia la yang terpaling suci. 

Sampai sekarang tak de sapa tahu aib dia yang songsang tu. Walaupun aku tahu, tapi sepatah pun aku tak pernah tanya atau cerita kat orang. 

Dia sendiri pun tak tahu yang aku dah lama tahu tentang activity dia tu. 

Dia pukul aku pun family aku tak tahu. 

Tapi dia malukan aku depan family sampai umi tak sanggup dengar lagi orang aibkan anak dia macam tu sekali.. 

Umi sendiri suruh berpisah saja la. Umi menangis mintak ampun pada aku sebab kenalkan dengan orang salah.. Sejak tu aku dah tak bercakap dengan sapa2 lagi. 

Trauma yang aku lalui saban hari buatkan aku hampir2 mental. Aku berhenti kerja dan hanya terkurung dalam bilik. 

Banyak kali aku cuba bunuh diri kerana depressed dan iman yang lemah. Tapi setiap kali tu aku asyik gagal. 

Ketika tu la Allah temukan aku dengan Riri.. Dalam kesulitan, ada hadiah yang Allah nak bagi rupanya. 

Masa tu aku bawak kereta dengan fikiran yang melayang.. Sebab aku nekad nak cari rumah sendiri dan duduk sorang. Masa tu aku tak perasan dia kat depan, dan aku terlanggar dia.. 

Dia naik motor…. Panik aku masa tu sampai tak berani nak keluar dari kereta.. Mujur dia tak mati atau parah.. 

Time tu tak de orang sangat sebab dekat kawasan perumahan. Lagipun pagi selasa pukul 10 semua orang kerja. 

Tapi Riri baik. Walaupun awal2 gaya macam nak maki aku, tapi bila tengok aku menangis, dia terus tanya ok ke tak.. Pujuk aku hampir sejam jugak la sampai aku bertenang. 

Oh ye Riri seorang perempuan bertudung, cuma gelap sikit.. Tapi kurus sangat orangnya. 

Masa tu baru aku perasan siku dia berdarah. Aku ajak ke klinik dia tak nak.. Aku bagi 500 pun dia tak nak. 

Dia kata makan tar sikit ja ni. Letak minyak gamat ok la. Darah pun macam dah kering. Tapi aku paksa dia ke klinik jugak, akhirnya dia akur. Mujur luka dia tak serius sangat. Calar2 dan luka luar ja. 

Dia suruh aku gantirugi kos kerosakan motor dia. Aku sanggup ja belikan motor baru pun sebab duit bukan isu untuk aku sekarang ni. Tapi dia suruh aku bayar kat mekanik ja. 

Motor dia boleh bawak lagi masa tu. Tapi aku follow sampai kedai. Lepas tu hantar dia kat rumah. Sebab motor kena tinggal 2 3 hari sebab sparepart kena order. Cover2 plastik tu pecah. 

Malam tu aku tak boleh tidur.. Sebab terkenang kata2 dia dalam kereta. Akak kalau ada masalah jangan bawak kereta la. Jangan berangan.. 

Kerana sikap akak ni, hampir2 saya hilang nyawa. Hidup jangan nak aniaya orang ja.. 

Saya ni dah la tak de kerja. Tanam anggur.. Nak sara mak saya lagi. Kalau saya mati tadi ni, sapa nak jaga mak saya? Akak nak ke jaga. Tak kan?

Kalau mati terus tak pe.. Mau nya saya cacat ke, patah pingang ke, kena pakai pampers ke. Dah susahkan keluarga saya.. 

Jangan selfish sangat hidup kak. Fikir orang lain sama.. Macam2 dia bebel kat aku. Panggil aku kakak pulak padahal aku muda setahun dari dia. 

Tapi aku menangis malam tu. Sebab terkenang arwah mak aku. Betul apa kata2 dia.. Aku mengaku salah aku. Aku selfish.. 

Selama ni aku fikir orang aniaya aku, takdir aniaya aku. First time dia buat aku sedar, aku dah anaya dia walaupun dia tak tahu kisah silam aku. 

Kalau aku kat situasi dia, mesti aku marah macam dia, mungkin lagi teruk.. Dan macam mana masa mak aku hidup, aku yang mati kena langgar.. Mak aku dah la kanser. Sapa nak jaga dia. Ya Allah aku rasa nervous tiba2. 

Aku keep text dia tanya ok ke tak.. Sebab pagi tu dia mintak number dengan ic aku. Katanya kalau aku tak nak bayar kos repair motor dia, dia akan report aku.. Tapi aku tak de niat nak lari pun. 

Aku cuma rasa bersalah sangat2 sebab langgar dia.. Lepas tu terus rasa attach pulak dengan family dia. Mak dia mengingatkan aku pada arwah mak aku.. 

Masa aku hantar dia tu, mak dia pelawa masuk.. Jamu air semua.. Mak dia baik sangat.. Aku mintak maaf kat mak dia sebab terlanggar anak dia. 

Dia ada abang. Abang dia dah kahwin. Abang dia pun macam marah jugak la awal2 tu. Lepas tu ok dah. 

Entah kenapa tiba2 aku dapat semangat baru.. Company lama aku always welcoming aku kalau aku nak join semula. 

Sebabkan nak cover rasa bersalah aku langgar dia hari tu, aku join back company lama aku. Lepas tu aku suruh dia hantar resume sebab aku nak rekomen dia kerja.. 

Dia tak de la belajar tinggi pun. Ada sijil kemahiran ja. Tapi aku adjust job kat dia. Kerja kerani under aku.. Aku bagitau hr aku perlukan clerk. 

Walaupun dia macam takut2 sebab kurang pengalaman.. Ye la company aku tu syarikat besar, tapi sebab dia tak de kerja, so dia terima jugak la.. 

Lagipun mak dia suka kalau dia kerja pejabat dari kerja hantar2 barang. Dah tu kerja dengan aku pulak, aku banyak la tunjuk ajar kat dia. 

Lama kelamaan, aku makin selesa dengan dia. Riri orang yang jaga solat.. Aku akui, aku tak ingat bila last aku solat.. Bila tengok dia solat, aku yang rasa tenang.. 

Makin hari hubungan kami makin rapat. Hari2 kami lunch sama2 dah macam couple pulak. 

Tapi bukan couple ye. Aku kan tak kawan dengan siapa pun kecuali dia. Kat office aku hanya deal pasal kerja ja. Selain tu aku ignore. 

Tapi Riri ramai kawan jugak kat office ni. Tapi mungkin kerana termakan budi kot, dia sentiasa follow aku ja la. 

Riri sebenarnya agak serius, dia bercakap bila perlu ja… Tapi ada time2 dia akan bercakap banyak.. 

Bab kerja pun so far dia masih ok.. Kadang2 buat mistake tu biasa la tapi dia cepat belajar. 

Memandangkan rumah dia agak jauh jugak dari office, aku offer dia stay rumah aku. Weekends dia boleh balik rumah mak dia. 

Lagipun dia ni naik motor ja, aku risau jugak kat dia.. Aku tak sangka dia terima.. Aku happy bila dia ada sebab aku stay sorang ja kat rumah ni. Kami dah pergi kerja balik kerja sekali dah. Naik kereta aku. 

Aku belajar solat balik dengan dia.. Kat rumah kami berjemaah, dan dia jadi imam. Aku sebenarnya free hair.. Aku dah mula2 nak pakai tudung.. Tapi masih belum selesa. 

Dia suruh aku take time ja. Family aku pun dah kenal dia.. Sebenarnya family aku happy bila dia wujud dalam hidup aku. 

Both our family know each other. Kalau rumah aku buat majlis, family dia mesti join. Datang tolong sehari awal.. 

Family kami pun sama.. Umi dengan mak dia dah rapat jugak. Aku panggil mak dia ibu… 

Lepas kenal dia baru aku perasan, aku dah pandai gelak ketawa rupanya.. Tu pun adik aku yang tegur.. Katanya aku manis bila senyum.. Aku rasa happy tiba2. Aku dah tak kenang trauma2 aku tu. 

Dulu2 aku kerap terjaga dari mimpi. Aku susah nak tido lena.. Tapi sejak dia duduk rumah aku, aku tido lena. 

Kami memang kongsi bilik dan katil yang sama sebab rumah aku tak banyak barang.. Mula2 dulu dia nak stay bilik asing. Dia nak bawak toto, tapi aku tak bagi. Takut sakit badan pulak. Lagipun katil aku queen. Muat ja tido berdua.. 

Tapi mungkin dia kekok, dia nak tido kat lantai ja lapik toto.. Tapi sebab malam aku tido terkejut2, kadang2 menangis.. 

Dia dah mula tido dengan aku sebab risau tengok aku mengigau. Kadang2 dia akan hug aku masa aku menangis dalam tidur… Aku rasa selesa dan tenang sangat2.. 

Dia setiap malam suka mengaji. Suara dia sedap sangat. Lepas tu dia akan explain ayat tu cakap apa. Tapi dia bukan sekolah agama ke apa.. Dia belajar mengaji pun dekat ustaz2 kampung dia. 

Kalau tengok style dia pun bukan macam ustazah. Macam orang biasa pakai jeans t shirt. Cuma bertudung dan agak2 gila2 jugak.. 

Aku selalu tertidur dengar dia mengaji.. Sampai dalam tidur pun aku rasa dia masih mengaji, sampai nightmare aku dah tak de sekarang. 

Dengan dia, aku belajar mengaji semula. Dia belikan aku iqra suruh mula dari bawah. 

Dulu aku tahu mengaji, tapi sebab dah lama tak mengaji. Aku memang dah lupa banyak benda. Setiap hari lepas maghrib dia ajar aku mengaji. 

Aku dah mula rasa satu ketenangan lepas dia ada dalam hidup aku.. Banyak kebaikan aku dapat lepas tu.. 

Tidur malam dengan nyenyak tanpa fikir apa2 adalah satu nikmat besar yang Allah bagi dekat aku.. Berbeza sangat aku yang sekarang dan dulu. 

One day tu aku tanya dia kenapa dia tak kahwin lagi.. Dia kata laki semua tak boleh pakai la sekarang ni. Aku akui betul apa dia cakap.. 

Aku assume, mungkin dia pun ada apa2 trauma. Dia kata dia tak pernah bercinta dengan sapa2. Laki kan memilih. Nak yang cantik dan putih. Dia kan gelap.. 

Lagipun sebab dia hidup susah, dia fikir kerja dan makan ja.. Dalam pada kami bercerita tentang hidup masing2, aku tercerita segala past buruk aku kat dia. 

Dia hanya dengar ja.. Sepatah pun tak cakap apa2 atau komen apa2. Tapi tak tahu kenapa, silent dan calm dia tu buat aku rasa selesa.. 

Dia tak judge, dia tak komen. Tapi aku rasa 1 beban dah hilang dari hidup aku.. Dia hanya usap bahu aku dengar aku cerita sambil nangis sampai aku tertido.. 

Lepas tu dia kerap ajak aku bercuti.. Dia tunjuk kan aku satu dunia yang aku tak pernah lalui.. 

Aku jumpa satu kenikmatan dalam travel.. 

Dia ajar aku hayati ciptaan tuhan.. Kadang kami cuti dengan family , kadang kami berdua ja. Tapi aku enjoy sangat. 

Dia ada tanya, nak tak refer psychiatrist untuk past aku.. Aku kata tak perlu.. Sebab dia dah macam psychiatrist aku dah.. Aku lebih tenang berada dengan dia.. 

Aku bersyukur tuhan selamatkan aku dari bunuh diri. Kalau tak, aku tak akan nampak kebahagian yang tuhan simpan untuk aku.. 

Umi nampak sangat happy dengan perubahan aku.. Satu hari tu family arrange birthday party untuk aku. 

Hanya family aku dan dia ja. Lepas tu ada la kawan2 adik aku. Masa tu dia bagi hadiah telekung sk. Cantik sangat warna light peach. 

Sekali dengan hadiah tu ada template nak pergi umrah. Dia tanya nak pergi tak.. Aku rasa takut tiba2.. Aku rasa kotor, tak layak.. 

Tapi dia kata kalau awak rasa kotor kena la pergi. Sebab orang yang rasa dosa dia banyak la kena pergi.. Sebab Allah jemput untuk hapuskan dosa. 

Kalau awak tak nak pergi maksudnya awak suci, tak de dosa… Aku kata aku takut dapat balasan kat sana sebab dosa silam aku.. 

Dia kata mengarut la aku ni.. Dia kata aku ni negative thinking pasal Allah. Dia ajar aku kenal tuhan.. Again, dia ubah mindset aku pada yang maha esa. 

Dia kata kalau nak pergi kita both family pergi.. Family aku pujuk2 aku. Last2 aku setuju. Family aku dah banyak kali pergi.. Tapi ini first untuk aku.. 

Sampai kat mekah, aku tak pernah rasa bahagia macam tu sekali.. Aku tak sangka, aku depan kaabah.. Sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun. 

Kat sana, kemana2 pun aku dengan dia ja.. Dia jaga aku gila2 punya. Takut aku hilang.. Kami berjalan kat mekah kadang berdua ja. Sebab dia suka sangat2 coffee kat mekah.. So kerap la ajak aku teman. 

Kami pergi masjid solat sama2. Buat umrah sama2.. Ada sekali tu dia ajak tahajud. Tapi lepas isyak kami tido depan kaabah tu. Heaven betul rasa. Sebab orang tak ramai.. Dia bawak aku sentuh kaabah. Aku menangis tak berhenti. 

Family dia dengan family aku kadang sama2, kadang macam berpecah kecuali masa ziarah.. Tapi seriously, aku rasa tak nak balik.. 

Balik sini aku maintain pakai tudung terus sebab dah selesa. Orang office semua tegur.. Puji aku makin cantik.. Aku pun tiba2 dah baik dengan kawan2 office.. Aura balik dari tanah suci kot. 

Riri senyum ja tengok aku ada good communication dengan staff2 lain sekarang ni.. 

Aku pulak makin rasa sayang kat Riri. Tapi sayang sebagai sahabat la. Tanpa dia, aku tak tahu apa perjalanan hidup aku.. 

Cumanya aku dapat tahu satu benda pasal dia.. Last week kami pergi langkawi. Berdua ja la.. Dia ni suka sangat langkawi walaupun dah pergi banyak kali.. 

Riri ni suka pakai sling bag tu. Aku ni semua benda hp purse suka tumpang beg dia sebab malas nak pegang dan malas nak bawak beg.. 

Sampai hotel dia pergi mandi.. Aku nak pergi ambil hp dalam beg dia. Masa tu aku terjumpa kotak rokok.. Mula aku tak perasan.. Aku tengok apa benda kotak melvius ni. 

Bila tengok rokok aku terus macam terkejut la.. Kenapa ada rokok ni.. Bila dia keluar dari toilet, aku terus tanya apa benda ni… 

Dia macam terdiam dan ambik rokok tu letak dalam bag dia.. Aku memang sangat2 marah.. 

Aku tahu, aku tak berhak campur hidup dia. Tapi aku sangat marah.. Aku tanya awak smoke ke.. Dia diam, aku membentak.. 

Dia kata ye.. Muka dia nampak la takut… First time tengok aku mengamuk kot. Aku tanya since bila? Dia kata dah lama. 

Aku tanya lama bila. Dia kata lama dah berbelas tahun dah. Yang peliknya, aku kenal dia dah 6 tahun. 

Sekali pun aku tak pernah terhidu bau rokok kat dia walaupun kami tingal satu rumah.. Dia hisap dan cover macam mana tak tahu la. 

Dia kata kat tandas.. Lagi aku mengamuk.. Awak smoke dalam rumah saya? Tapi aku tak pernah bau rokok dalam tandas. 

Sebenarnya aku tak boleh terima sebab dia kan orang baik.. Bertudung. Solat ngaji. Kenapa dia ada habit macam ni.. Sumpah aku tak boleh accept. 

Aku tanya why. Dia kata saja2. Dah dia suka.. Banyak la aku tanya dia.. Family awak tahu tak, dia jawab tak.. Masa kat umrah awak smoke jugak ke. Dia ada kata ada jugak. 

Entah kenapa, aku tak boleh kawal diri. Jawapan dia seolah2 nak prove aku, dalam arguments tu, aku tertampar dia. 

Ya Allah, aku tahu aku tak patut buat macam tu.. Tapi aku terlampau marah sebab teramat2 sayangkan dia. Benda yang dia buat tu kan salah. 

Dia diam ja walaupun lepas aku tampar. Tak de balas balik ke apa ke. Marah aku pun tak.. 

Aku menangis sebab rasa kecewa dengan dia. Dalam mind aku dia orang yang sangat baik.. But she smoke.. I can’t bear it.. 

Dia hanya diam ja kat sebelah tengok hp while I was crying.. Tak de pujuk aku ke apa pun.. Lepas tu aku macam dah ok sikit. 

Aku kata, ok awak stop ok.. Saya akan help awak dapat kan rawatan ke apa ke. But stop.. 

Dia cakap tak nak.. Dia kata dia suka macam ni.. Aku lagi naik angin.. Aku ugut dia, aku kata akan bagitau family dia.. 

Masa tu dia ada la tinggi suara jugak.. Dia tanya kenapa dengan aku ni.. Ni pilihan dia, kenapa aku nak sibuk.. 

Ok aku terdiam jugak.. Mungkin salah aku, aku fikir aku berhak kat dia.. Aku sayang dia, kita mesti tak nak orang yang kita sayang dapat mudarat.. 

Aku slow talk dengan dia. Aku pujuk dia. Aku kata benda ni kan bahaya. Boleh kena cancer. Bila aku sebut cancer, automatic aku teringat mak aku.. 

Aku explain kat dia, aku tak nak hilang dia macam mana aku hilang mak aku. Macam2 aku cakap, dia tetap dengan keputusan dia sampai mati pun dia akan smoke. Dia kata kalau kena cancer nanti belakang fikir.. 

Aku makin naik angin. Aku kata, oo masa accident hari tu, tahu pulak fikir kalau pakai pampers susahkan family.. Sekarang kalau kena kanser sebab smoke, tak susahkan family. Awak ingat awak bleh mati terus ke.. 

Dia keep silent.. Aku makin panas.. Aku ambik rokok tu aku renyuk2 buang dalam dustbin. Aku cakap dengan tegas, u can’t smoke anymore.. 

Dia tiba2 kemas barang2 dia. Dia cakap dia nak balik kampung. Tak de mood nak holidays.. Sepatutnya esk tu kami balik.. 

Aku cakap ok. Kami masing2 diam. Macam couple yang gaduh.. Esoknya dia datang rumah aku, pack barang2 dia.. Aku dah faham dia tak akan stay sini lagi. 

Aku tanya dia, awak tak nak stay sini dah ke. Dia cakap ni rumah awak kan, kalau awak tak kisah saya smoke sini. Saya boleh ja stay.. 

Aku cuba sabar ye, walaupun sejak incident tu, kata2 dia sentiasa buat aku panas hati.. Ibaratnya dia sengaja nak provoke aku nak bagi aku panas. 

Ok aku cuba bagi masa kat dia.. Aku pergi farmasi, aku tanya ubat apa2 untuk hilangkan ketagihan rokok.. 

Lepas tu aku book appointment jugak dekat satu klinik ni. Dia ada terapi untuk rawatan rokok.. Tapi kena kaunseling dulu semua. Sebab nak tahu tahap ketagihan dia level mana.. 

Dekat office aku letak la gum rokok atas meja dia , aku buat nota. Aku suruh dia chew ni kalau rasa nak merokok. Sebab dia kan sejak kes tu dia dah tak cakap dengan aku.. 

Tengah hari tu dia datang letak balik atas meja aku benda tu.. Lepas tu dia cakap mind your own business.. 

Aku ajak dia semuka.. Aku pertikai banyak benda. Aku kata merokok tu kan haram.. Dia yang ubah aku banyak benda ke arah kebaikan.. Aku mintak dia peluang untuk balas jasa dia dengan buat dia stop smoke. 

Dia kata aku berubah sebab aku nak berubah, tapi dia tak nak berubah.. Ya Allah sakit nya hati.. 

At least dia cakap nak try pun aku ok. Tapi dia nekad macam ni.. Ok aku cuba bertenang, aku tanya exactly sehari berapa batang dia hisap, since when.. Dia tak nak jawab.. 

Aku pujuk ke klinik tu. Dia masih refuse.. Dia kata mentang2 konon aku dah baik sekarang ni tu lesen untuk judge orang.. 

Masalahnya bila masa aku judge dia.. Aku nak help dia kot.. Dia kata dia terima walaupun siapa pun aku, tapi sebab aku belagak suci, so kita tak payah kawan lagi dia kata.. Ya Allah.. Kenapa la semua benda dia salah faham pasal aku. 

Aku diam dulu la.. Bagi dia masa bertenang.. Aku fikir we both need time. Lagipun kami masing2 macam panas sekarang ni. 

Kat office hanya cakap hal kerja. Dengan nada dingin dia akan jawab aku.. Aku ajak lunch ke datang rumah ke, dia tak respon.. 

One day mak dia call aku.. Rupanya dia nak resign. Alasan dia aku dah naik pangkat, so sekarang dia kerja dengan bos baru. Bos baru tak ok. So dia stress. 

Aku terpinga-pinga la.. Penipuan apakah ini.. Aku terkulat tak tahu nak jawab apa. Mak dia kata patut la dia asyik berulang ke kerja sekarang ni.. Rupanya aku dah pindah branch lain.. 

Mak dia susah hati la kalau dia resign. Kerja elok susah nak dapat. Tapi dia nekad nak berhenti jugak mak dia kata.. Mak dia sekadar meluah isi hati la. 

Masa tu mulut aku dah sampai nak cakap pasal kes tu.. Tapi mujur otak aku masih waras.. Aku tak nak aibkan dia dekat family.. 

Aku cuma cakap malam ni aku datang rumah la.. Dekat rumah dia layan aku ok.. Tak nak family hidu kot.. Aku tanya awak nak resign ke. Dia kata ye, aku tanya kenapa.. Dia diam. 

Aku kata jangan mix personal dan career. Dia senyum sinis.. Ok aku tahu dia menganjing aku. Sebab dulu aku pun tak boleh focus pada career bila ada masalah personal.. 

Sekarang ni ibarat apa aku cakap, semuanya balik pada aku.. Aku kata ok la kalau awak nak smoke.. Sebab aku tak nak putus hubungan dengan dia.. 

Aku pun tak tahu dan tak pernah ambik tahu apa masalah dia sebelum ni.. Aku hanya dengan masalah aku ja.. So aku cuba nak ambil tahu masalah dia. 

Sebab aku sedar satu benda, aku sangat2 sayangkan dia. Aku nak bantu dia.. Aku pujuk dia macam2 suruh stay balik dengan aku.. 

Dia memang keras, last2 dia setuju la.. Sebab aku petik nama mak dia. Aku tanya tak kesian kat mak ke. Dan aku ugut nak bagitau mak dia. 

Kat rumah kami macam orang asing. Dah tak solat sama, dah tak mengaji sama2. Dia dah tidur bilik lain. 

Pergi kerja asing2. Orang pejabat pun dah rasa sangsi. Sekarang ni aku tak kisah kalau dia benci aku sekali pun, tapi macam mana aku nak buat supaya dia quit smoke. 

Jasa dia dalam hidup aku sangat besar. Aku jadi dekat dengan Allah kerana dia. Tapi aku rasa useless tak dapat help dia. 

Aku nak sangat2 dia berhenti rokok.. Lagi satu macam mana aku nak berbaik balik macam dulu2 dengan dia.. 

Aku rindu dia yang dulu. Aku tak suka kami dingin macam ni.. Dia kata dia tengah cari kerja lain, once dapat kerja dia akan resign. 

Nampaknya macam dah nekad gila nak jauh dari aku.. Apa besar sangat salah aku pada dia?

As a friend, salah ke aku niat baik dengan dia.. Memang masa aku dapat tahu dia smoke, setiap kali dia mandi aku pergi duduk depan toilet cuba perhati ada asap ke tak. 

Aku selongkar beg dia, kalau ada rokok aku buang.. Aku stress sangat. Aku tak tahu nak react macam mana.. 

Tapi dia tak de pun marah aku ke apa.. Cuma sekarang ni aku tak jumpa rokok dah dalam beg dia.. Tak tahu la dia simpan mana.. 

Setiap malam aku tahajud untuk dia mintak dia benci merokok.. Aku harap Allah makbulkan doa aku. 

Aku cuba nak close balik dengan dia sebab aku nak korek macam mana dia boleh terjebak dengan rokok ni. 

Tapi dia keep distance dengan aku.. Seolah2 aku ni musuh dia.. Apa pun yang aku ajak semua dia tolak. Keras betul hati dia.. 

Aku dah mintak maaf berjuta kali, tapi dia diam ja.. Aku tak tahu apa dalam otak dia.. Aku tak nak hilang kawan baik aku. 

Aku ajak berbaik pun dia dah tak nak layan.. Ada sekali tu aku buat kerja gila, aku kata jom kita smoke sama2 supaya awak share apa awak rasa. Still dia buat bodo kat aku. 

Please korang ada cadangan tak macam mana aku nak rapat balik dengan dia dalam masa yang sama nak buat dia berhenti merokok.. 

Btw, aku dah tak buat perangai psycho chek bag dia, berdiri depan toilet. Aku sekarang dah banyak bagi ruang kat dia.. 

Siap aku cakap, awak bagi rokok tu kat saya. Bagi saya simpan.. Setiap kali nak smoke awak mintak dari saya. So kita cuba kurangkan jumlah dia dari hari ke hari. 

Tapi apa pun idea dan nasihat aku, macam tuang air kat daun keladi.. Dia dah benci aku ke.. Tak kan sikit pun dia tak de rasa sayang kat aku macam mana aku sayang dia.. 

Ya Allah serabutnya aku rasa.. Sekarang dia dah resign kerja ni.. Kerja buat grab walaupun semua orang tak suka.. Kerja elok2 ada sengaja berhenti buat kerja ni supaya aku rasa stress. 

Aku memang rasa bersalah sangat, seolah2 la aku la punca dia resign.. Aku tak mampu balas apa pun kebaikan dia.. Aku gagal jadi kawan yang baik untuk dia. 

Kalau aku tahu ini yang akan berlaku, mungkin dari awal aku tak tanya apa2 kat dia.. Atau tanya cara baik. Aku dah silap banyak benda dari awal, aku memang bodoh.. Kalau la masa boleh diputar, aku pun tak nak benda2 ni jadi.. Tapi selamanya mungkin aku tetap bodoh walaupun belajar tinggi. 

Hari ni dah masuk 3 bulan dia dah langsung tak berhubung dengan aku. Tapi aku still keep in touch dengan mak dia la. 

Tapi dalam hati aku sentiasa rindu dia. Aku nak kami enjoy life macam dulu balik. Aku nak balik Riri aku dalam hidup.. 

Korang tolong doakan hubungan kami dan doakan dia berubah. Riri kalau awak baca ni please la. Bagi la saya peluang untuk jadi kawan yang baik untuk awak.. 

Saya tak kisah awak hisap rokok ke hisap dadah ke, please jangan jauh dari saya.. Saya rindu sangat dekat awak.. Apa pun biar kita communicate, jangan keep silent macam ni.. 

Please. Saya sayang sangat kat awak, maafkan la segala silap saya. Tanpa awak, hidup saya rasa makin gelap. Tolong la faham, reaction saya hari tu sebab terlalu sayangkan awak ja.. But saya menyesal dengan apa yang berlaku.. 

– Izah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Riri boleh terima semua kekurangan kau, tak pernah judge kau. Kau baru nampak satu kekurangan Riri kau dah judge dia dari hujung rambut ke hujung kaki, marah dia, paksa dia berubah bagai. Mmg selayaknya Riri angkat kaki. Masalah kau ialah kau terlalu idealized Riri, kau nk Riri yg baik dan sempurna, tp semua org ada kekurangan dan sisi gelap masing². Itu yg kau kena faham.

  2. Riri tak pernah judge masa silam awak, free hair, tak solat. Dia terima awak seadanya, tak pernah nak ubah awak, sbb tu hati awak tergerak untuk berubah. Kenapa awak x boleh buat benda yang sama dekat dia? Kalau saya jadi Riri pun saya akan angkat kaki. Rasa macam diri ni dikhianati. Just be her friend, not her mother yang suka membebel dan controlling.

  3. Kekurangan kau banyak berbanding dengan kekurangan Riri hanya satu, tapi Riri terima kau dengan baik dan tidak memberitahu orang kekurangan kau. Jadi kau terimalah kekurangan Riri itu dengan hari terbuka. Merokok ni ada yang kata haram, ada yang kata harus. Riri sangat teliti menjaga keujudan sahabat sehingga kau tak terbau asap rokoknya. Dalam perang dingin kau berdua, Riri tetap menjaga maruah kau dengan menyatakan nak berhenti kerja dengan alasan tipu yang kau dah naik pangkat dan boss baru tak serasi. Jadi seeloknya jangan beritau ibu dan sesiapa pun hal rokoknya. Terimalah kekurangan Riri itu. Kalau pon ditakdirkan Riri mengidap kanser kerana merokok, kau rawatlah dia sebaik mungkin sebagai membalas jasanya. Pada saya Riri adalah satu sahabat dalam sejuta yang pernah ada. Kejarlah dia supaya tali silaturrahim tetap terpelihara..

  4. Doa banyak2 supaya dilembutkan hatinya menjalin kembali persahabatan..
    Riri seorang sahabat yang baik.. kekurangannya dia merokok.. mungkin berdosa.. tp hanya terhadap diri sendiri sahaja.. dia x merosakkan orang lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *