Salam semuanya. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada admin sebab sudi siarkan saya punya luahan.
Luahan atau lebih kepada berkongsi dilema saya dengan semua, dengan harapan saya tahu mungkin ada yang punya rasa yang sama dengan saya. Atau lebih baik boleh memberi pendapat pada saya.
Saya dengan suami berkahwin atas dasar sama suka. Saya kenal suami di majlis perkahwinan kawan saya, kebetulan kawan dia juga.
Di situ kami bertukar no telefon dan hanya berjumpa sebulan sekali saja disebabkan suami saya bekerja luar dari negeri asal kami. Jadi boleh kira dengan jari kami berjumpa, selebihnya hanya di WhatsApp, call dan video call.
Saya ok dengan perangai suami sebelum kahwin, saya terbuka hati dengan cara dia layan saya.
Pada awal perkenalan, saya rasa suami saya ini jenis family-centre pada awalnya. (Btw suami saya anak ke-2 dari 6 adik beradik) Sebab saya tahu dari ceritanya memang keluarga dia rapat antara satu sama lain.
Dan yang “pengikat”nya tentu ibunya. Semuanya berpaksikan mak mertua saya ni. Saya ada ayah mertua tapi… entah saya rasa ayah mertua saya tu hanya title saja, selebihnya mak mertua saya yang handle dan buat keputusan.
Jadi saya beranggapan “oh! Lelaki yang rapat dengan mak ni, mesti akan layan isteri baik.” Setidaknya itu lah acap kali saya dengar or baca sebelum ni.
Jangan salah faham, suami saya baik orang nya, TERLALU baik sampaikan saya rasa kadang suami saya ni innocent sangat.
Sebelum kahwin perangai macam tu, saya masih okay, tapi kalau lepas kahwin terbawa-bawa perangan “innocent”-nya tu,lama-kelaman saya jadi sakit hati.
Berbalik pada suami saya yang jenis rapat dengan keluarganya ni, saya tak kata salah dan saya rasa bagus sangat keluarga yang rapat ni sebab saya dan keluarga biasa-biasa saja, dengan adik beradik tak ada lah rapat sangat sampai nak berkongsi semua hal.
Berbeza dengan suami saya. Dia ada group keluarga sendiri, literally “keluarga” saja. Orang luar (menantu) tiada dalam group itu. Saya okay je. Saya lagi suka sebenarnya sebab saya memang jenis silent reader saja kalau dalam group-2 ni.
Semua hal kongsi dalam group tu, instead of personal WhatsApp. Saya tak tahu la kalau ipar saya yg lain ada berkongsi masalah secara peribadi dengan mak mereka dan cuma suami saya saja “innocent” kongsi dalam group.
Saya tak kisah kalau suami nak cerita or tanya pendapat mak nya belakang saya tapi bukan la secara terang-terangan macam tu dalam group adik beradiknya sebab saya terasa kami ni tak boleh nak buat keputusan atau ada privasi sendiri.
Saya mengaku ada juga tanya pendapat mak saya tapi secara peribadi, saya tak lemparkan soalan atau dilema saya dalam group, biarpun itu keluarga saya sendiri.
Jadi inilah isunya, disebabkan “rapat” sesama keluarga tu, suami saya bercerita semua dalam group tu. Semua tu tak bermaksud hal dalam bilik kami. Itu saya harap / berdoa tak terjadi lah.
Hal hal remeh yang saya rasa tak perlu di ceritakan pun suami cerita juga. Lebih lagi lepas kami ada baby baru. Anak kami ni bukan la cucu sulung, cuma mungkin sebab sudah lama tiada bayi dalam keluarga tu, jadi mereka terlebih excited.
Dan selepas bersalin saya anak sindrom ‘new mom’ yang saya rasa melampau , sampaikan saya rasa keluarga suami nak cuba ambil anak saya untuk jadinya sebahagian dari mereka.
Maksud saya lebih kepada buatkan keputusan untuk saya macam mana nak jaga or besarkan anak saya sendiri.Saya BENCI rasa itu. Rasa tu membuak-buak ditambahkan pula dengan sikap suami saya yang terlalu transparent dengan keluarganya.
Sikit-sikit tanya pendapat maknya sikit-sikit mengadu dekat maknya, saya rasa macam suami saya tak tahu buat keputusan sendiri untuk kami. Semua nak berpaksi-kan mak mertua saya.
Ada sekali tu, anak kami susah nak tidur malam, dia cerita. Anak suka nak berdukung je tak mau letak, dia cerita. Berat anak setiap kali timbang, dia inform. Anak inject nangis, dia cerita. Anak dedau2 BARU nak demam, tapi tak jadi demam, pun dia cerita.
Macam mana saya tahu? Sudah semestinya saya curi-curi baca WhatsApp groupnya. Dan setiap kali itu lah saya akan rasa sakit hati sangat-2 dan saya akan terfikir, suami saya ni lemah.
Saya faham kalau dia nak inform mak dia pasal anak kami tak sihat, tapi perlu ke dalam group walhal yang nak ditanya maknya seorang? Saya rasa benda-benda macam tu jadi cerita instant pada adik-beradik dia yang lain.
Pandangan orang ni lain-lain tak sama. Mana saya tahu apa adik-beradik dia fikirkan tentang anak saya or even saya sendiri?
Saya pun ada mak ayah yang saya boleh minta pendapat or pandangan dalam besarkan anak, tapi tak ada lah pula semua benda saya mengadu dengan parents saya.
Lagi satu keluarga kami ni jenis chill, tak terlalu rigid sangat. Sampaikan nak ke hospital jarak 30min, appointment 8 pagi 6.30 dah kena bertolak, kalau tak dipanggil lembab.
Baru-baru ni saya terbaca yang suami saya inform keluarganya yang saya nak keluar dari rumah mak saya untuk hidup sendiri.
Sepanjang kami kahwin memang kami duduk di rumah mak saya. Disebabkan suami hanya balik hujung minggu saja, jadi saya ok. Tetapi lepas anak lahir, Alhamdulillah rezeki suami dapat kerja satu negeri dengan saya jadi kami boleh tinggal sekali.
Suami ni jenis introvert sangat sampaikan mak dan ayah saya perasan yang sepanjang suami duduk sekali, keadaan jadi janggal. Jadi parents saya sarankan untuk cari rumah sendiri.
Saya faham maksud parents saya tu, yelah kami ni dah kahwin tapi menumpang rumahnya lama-kelamaan saya rasa kami ni beban. Plus saya tak nak suami saya nampak buruk depan parents saya.
Saya sampaikan pada suami, tapi lain pula fahamannya. Dia sampaikan pada keluarganya yang saya nak keluarga dari rumah parents saya sebab takut nanti mak saya cakap apa nanti duduk menumpang lama-lama.
Memang betul, Itu ayat yang saya olahkan untuk sampaikan pada suami saya, supaya tak ada salah faham dan kecil hati. Tapi kalau dah dia sampaikan pada keluarga tercinta dia tu, bukan ke seakan-akan menampakkan mak saya berkira dengan anak menantu sendiri?
Saya jadi panas hati bila baca apa yang disampaikan suami pada keluarga dia. Saya pernah tegur sebelum ni, kenapa cakap hal tu dalam group, segan la nanti family cakap apa. (hal lain, bukan hal keluar rumah),
Suami balas, “alah abang cakap dengan keluarga sendiri je bukan orang lain. Lagipun mak tak fikir bukan-bukan punya. Dia ok.”
Mengeluh saya dengar jawapan suami yang macam tu. Dia lupa yang saya ni orang luar walaupun saya isterinya tapi kalau ada negative thoughts yang mak ayah atau adik beradik dia fikirkan tentang saya, semestinya saya rasa tak selesa kan?
Mak dia bercerita tentang saya dengan adik beradik yang lain, dia mana tahu? Saya kadang nak jerit je dekat suami, tolong la faham setengah situasi tak perlu pun nak diceritakan pada keluarga dia.
Paling best kalau saya balik ziarah mertua, dia kan pura-pura tanya saya hal yang anak dia dah sampaikan pada dia, saya pun tak tahu nak jadikan topik berborak atau nak tengok saya menipu atau putar belit cerita tak. Entah lah.
Jujur saya cakap, saya tak kisah kalau secara personal or call maknya untuk sampaikan sesetengah berita, tapi kalau sampaikan dalam group.
Saya jadi annoying dan saya rasa saya dan suami ni tak ada privasi dan semua berpunca dari sikap suami saya yang tak tahu nak bezakan saya sebagai isteri dan keluarganya.
Saya tak tahu nak cakap pada siapa sebab saya tak nak burukkan mana-mana pihak. Jadi sama ada saya bergaduh dengan suami atau saya pendam. Itu saja.
Terima kasih sebab sudi baca.
– Tity (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit