Keluarga Bahagia?

Hi semua.. Terima kasih admin sudi siarkan.

Sebelum teruskan, aku ingin ingatkan pembaca bahawa luahan ini hanya untuk kongsi pengalaman dan minta pendapat sahaja. Sila jangan kecam sebab aku sendiri depressed.

Aku kenalkan diri sebagai Happy walaupun diri tak happy.

Happy dibesarkan dengan mak ayah yang suka normalize sikap membanding-bandingkan diriku dengan orang lain dan selalu membaurkan kata-kata yang menjatuhkan semangat diri Happy.

Sampaikan Happy rasa alangkah bagusnya kalau mak ayah Happy ialah orang itu ini.

Masa sekolah selalu je Happy tengok rakan-rakan lain boleh peluk, senyum mesra dengan mak ayah.

Tapi Happy? Dengan mak ayah nak peluk/laga pipi pun sangat-sangat kekok sampai rasa macam jangan nak peluk/sayang Happy.

Janggal tahu tak walaupun dengan rakan sendiri. Lagi-lagi sekarang ni dah ada media sosial, iri hati Happy tengok banyak gambar orang lain dengan family siap boleh bergurau-senda lagi dengan meme riak muka.

Happy nak bergurau dengan mak pun kena marah. Mak ayah kata dengan kawan sahaja boleh buat macam tu.

Sekarang ni hujung 20-an pulak sangat-sangat struggle nak teruskan kehidupan. Happy bertahan hanya sebab agama sahaja.

Sekarang ni Happy boleh bayangkan dunia Happy sendiri. Ruangan infinity hitam legam, penuh dengan air sedalam paras leher, pokok yang hidup tapi macam nak mati, cahaya hanya muncul pada kelibat kunang-kunang beberapa ekor saja.

Dalam genggaman ada bidak catur raja dan ratu. Nak lempar jauh-jauh tapi selalu muncul balik dalam genggaman.

Dah kena jumpa pakar kan? Tapi Happy tak nak sebab Happy tak percayakan mereka. Lagipun dah lama Happy hadap tekanan ni sorang-sorang.

Tak lama lagi akan masuk alam berumah tangga. Happy harap sangat mak ayah mertua tak macam mak ayah sendiri.

Tapi harapan pun nampak tipis sebab diorang ada anak laki je. Dan mungkin semua tak reti buat kerja rumah/dapur. Jadi kemungkinan bakal mertua harapkan Happy tolong pun sangat tinggi.

Happy trauma dengar perkataan “Masak” dengan mak ayah mahupun bakal mertua. Happy reti masak tapi bukan menu pedas-pedas, seafood dan masakan masam sebab Happy tak makan masakan macam tu.

Disebabkan mak ayah asyik memaksa suruh masak yang Happy tak boleh makan tanpa dorongan yang buatkan Happy tak nak ke dapur.

Seronoknya Happy masa menyewa dulu. Rajin sangat bakar-bakar, buat roti, kuih dll. Perasaan tu hanyut dalam air lautan yang semakin mendalam. Happy rasa nak masak pun hanya kalau Happy tak duduk sekali dengan mak ayah/bakal mertua.

Mak pulak jenis golongan mak cik bawang. Apa-apa yang negatif pasal Happy punya semangat dia bercerita dekat orang lain.

Ayah hidup macam seorang raja. Yang perempuan seperti hambanya. Sampai Happy tengok dah macam zaman pemerintahan firaun je. Siapa sebenarnya yang perlu sediakan makan minum? Tahu beli barang2 dapur pun dikira tapi…..

Happy tak nak cakap pasal ni sebab tahu mentaliti orang malaysia dah normalize dengan pemikiran kalau perempuan mesti dia yang masak. Apa Happy dapat kalau cakap pasal ni? Kecaman.

Happy harap sangat selepas kahwin nanti dapat nampak dunia yang mana ruangan tu ada tanah yang dipenuhi bunga2 warna-warni, bau menenangkan, bunyi2 burung berkicauan, langit biru, banyak pokok2 redup yang berbunga juga.

Happy nak sangat tahu apa itu keluarga bahagia? Macam mana rupa kelurga bahagia tu? Boleh pembaca share untuk generasi muda akan datang? Atau ada yang keluarga macam Happy ke?

Jika ada ayat selit-belit yang korang tak faham, abaikan je lah ye. Happy taip ni pun sambil menangis. Ni je dari Happy yang sedih dan pre-depress.

– Happy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Perasaan adik tu normal sebab tak sepatutnya mak ayah buat macam tu. Tambah pulak adik perempuan, memang akan senang emosi. Akak rasa adik antara confessor yang kuat tau.

    Alhamdulillah adik akan ada keluarga sendiri nanti. Mungkin boleh fokus bayangkan adik nak honeymoon mana lepas kawin nanti, nak jadi ibu yang macam mana untuk anak2, anak2 macam mana yang adik nanti. Fokus pada semua impian2 adik yang adik nak kejar.

    Bahagian ibu bapa tu, akak dapat rasa adik dah buat yang terbaik. Jadi biarkan je la dorang. Kalau adik rasa tak ready, elakkan jumpa dorang. Jumpa hanya bila event penting atau bila adik mampu. Takyah paksa diri ya.

    Banyakkan doa Allah lembutkan hati dorang. Allah yang pegang hati2 manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *