Nama aku Cik Bunga (bukan nama betul), aku sekarang dalam fasa dilemma dengan tunang aku. Kami dah bertunang selama 6 bulan dan kenal selama 3 tahun.
Dilemma aku disebabkan si Hailey (bukan nama betul). Aku pendekkan jadi H je la ye.
H ni kawan baik tunang aku. Mereka kenal di zaman sekolah menengah & saling tolong menolong dalam semua perkara sampai mereka sudah berkerjaya hebat semua.
H ada di saat tunang aku depress & suicidal zaman belajar. H yang hantar & pickup tunang aku ni di wad psy sebab tunang tak nak keluarganya tahu.
H juga banyak tolong tunang aku dari segi kewangam di zaman belajar. H anak orang senang dan tunang aku ni anak orang kampung yang miskin.
H juga satu- satunya kawan tunang aku disebabkan tunang ni jenis nerd, introvert dan anti-social. Tunang aku tak ada kawan rapat lelaki.
Lepas habis belajar, tunang aku berkerja.
Aku jumpa tunang aku ni di tempat kerja ni. Kami sama masuk kerja sebagai new intake.
Di sebabkan aku selalu kena team dengan dia, aku ajar tunang aku ni cara bersosial dan berkawan dengan orang.
Perlahan2 kami panjat tangga kerjaya bersama dan kami bertunang selepas 3 tahun berkenalan.
Sepanjang perkenalan aku dengan tunang, aku tahu kewujudan H dan aku tahu jasa2 H kepada tunang aku.
Setiap kali tunang aku cuba kenalkan kami dengan bawa makan sama2, H akan tolak dan bagi alasan.
Selama 3 tahun berkenalan dengan tunang, satu pun H tak terima perlawaan untuk berjumpa aku.
Aku sukar nak explain tapi disebabkan tunang dah ada kawan2 baru dan juga tunang (aku), H mula nak perhatian tunang aku 24/7.
Tunang ni aku susah la tolak permintaan H sebab tahu H banyak tolongnya dulu. Tunang aku tak nak dilbel kacang lupakan kulit. Tapi sampai bila?
Sebagai contoh, aku tak bagi tunang aku keluar lepak berdua dengan H sebab dah ada tunang.
Aku tak bagi tunang aku teman H ke tempat interview. Aku tak bagi tunang aku bermalam rumah H walaupun keluarga H semua ada.
Adakah aku salah? Aku cuma taknak orang pandang pelik dengan tunang aku keluar berdua dengan perempuan lain.
Tunang aku faham dan dia cuba akur tapi H marah2 tunang aku & berkata tunang aku kacang lupakan kulit.
Tunang aku hampir panic dan sesak nafas lepas dengar kata2 tu. Dia sayang sahabatnya H tapi dia tak sayang melebihi seorang kawan.
Tunang aku tersepit antara aku & H.
Tunang aku pernah menangis depan aku sebab dia hormat aku sebagai tunang dan bakal isterinya tapi dia juga tak nak lukakan hati sahabat baiknya yang banyak JASA dengannya.
Aku text H tanpa pengetahuan tunang aku.
Aku tanya; adakah kau suka tunang aku?
H jawab; tak suka romantically. Hanya kawan.
Aku tanya lagi; kalau suka sebagai kawan sahaja, tak nak ke tengok kawan tu bahagia?
H; ofc la nak tapi dia tak boleh lupakan aku macam tu je. Aku banyak tolong dan berjasa dengan dia masa dia susah.
Aku; bila masa dia lupakan kau? Masa kau sakit, dia beli makanan untuk kau. Masa kau tak cukup duit, dia bagi pinjam, dan lain2. Banyak dah dia tolong kau BALIK tapi kau tak pernah nampak?
Aku; sampai bila hutang budi ni nak terbalas? Macam mana nak balas? Sampai ke kubur ke?
H senyap dan block aku.
Aku juga ada sahabat baik lelaki tapi aku dah tak bercakap benda tak penting sangat dengan kawan lelaki tu sebab dia dah bertunang dan bakal berkahwin.
Kalau ada ajakan birthday party atau majlis apa2, aku ajak melalui bakal isterinya sebab aku hormat bakal isterinya.
Kenapa H tak boleh buat benda sama??
Tunang aku pun tersepit dengan hutang budi ni sebab tunang ni jenis hati soft dengan kata2 kasar H tadi.
Tunang aku dah clearly cakap dia pilih aku tapi setiap kali H text maki2 dia, tunang ni macam panic attack (SOB, kesejukan, gigil).
Masih nampak la yang tunang ni masih perduli apa H tu cakap dan fikir.
Aku 80/20 nak putus atau nak continue.
80% nak putus.
20% nak continue.
Aku tak tahu la benda ni common sense atau tak. Kalau kawan baik lelaki kalian dah bertunang dan nak berkahwin adakah kalian masih keluar berdua2?
Kalau aku, TAK.
Aku berani cakap sebab aku pilih untuk hormat pasangan kawan baik lelaki aku. Aku pilih utk befriend bakal isterinya supaya silaturahim sebagai kawan yang bersusah sama2 tak terputus.
Kenapa sesetengah orang tak faham ni?
Adakah kacang lupakan kulit bila kawan baik kalian nak berkahwin?
Adakah kacang lupakan kulit bila kawan baik kalian memilih tunangnya?
Adakah kacang lupakan kulit bila kawan baik kalian nak mula berkeluarga?
– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pandangan saya H sakit hati sebab dia yang banyak berkorban tapi awak pulak yang dipilih Tunang awak. Logiknya mana ada kawan yang sanggup berkorban macam tu sekali kalau takde apa2 perasaan. Lelaki dan perempuan bila kawan terlalu rapat mesti akan ada salah sorang tersimpan perasaan.
Saya setuju dengan cara awak berkawan dengan kawan2 lelaki awak, itu yang sepatutnya.
Apa kata awak cuba istikharah dan doa Allah mudahkan kalau ini jodohnya. Bincang dengan Tunang dia sanggup ke tolak ajakan H untuk benda2 tak perlu dan bantu apabila perlu sahaja. Tujuan bukan nak kongkong cuma tak nak fitnah berlaku.
Kalau saya di tempat awak, saya akan ‘fight’. Takkan sebab H awak nak give up Tunang yang baik. Lain la kalau Tunang awak pun ok nak putus. Saya akan teman je Tunang lepak dengan H. Sebab kalau H rasa kawan je, dia sepatutnya takde masalah tambah kawan baru iaitu awak. Dan banyakkan doa supaya H juga bahagia bertemu jodoh yang baik dan tak ganggu korang. Ni lebih kepada psikologi H sebenarnya.
Wallahualam
Maaf cakap sis, tunang sis takder pendirian. Jika dah jadi suami belum tentu bahagia sbb suami tak dapat fokus pada keluarga korang. Bila sudah memiliki sis, suami akan lebih berleluasa melayan minah sewel tu sbb sis sudah terikat dng dia. Kalau tak bersedia mental fizikal untuk berjuang baik angkat kaki. Biar sakit sekarang dari merana sepanjang hayat. Minah sewel tu mmg ada hati dng tunang sis. Orang buta pon bole nampak. Minah sewel ni akan menjadi duri dlm daging dan sis sentiasa akan rasa tak secure dng perkahwinan korang. Kalau saya, saya tak sanggup
Hmm, payah si H ni. Kalau aku, suruh tunang awak tu betul betul buat keputusan. Dah dia pilih awak, sepatutnya dah tak ada dah jalan dengan kawan perempuan, even dia tu rapat sangat ke ,banyak tolong dia ke. Namanya dah tunang, tau batas lah. Tipu kalau H kata dia tak suka tunang awak tu. Dia jenis psiko kot, dia nak tunang kau dengan dia je sebab dia rasa dia je yang layak dengan H. Bahaya H tu. Suruh je la tunang kau tu block dan hapus dia dari life korang. Dia lelaki kan, tak perlu fikir sangat kata2 kasar si H tu addoi jadi lelaki pun lembik. Ignore je, putushkan hubungan kalau membawa kemudaratan. Toxic H tu. Aku, ada je kawan rapat lelaki yang selalu ada susah dan senang. Kawan dari zaman SPM sampailah zaman U. Memang dia banyak tolong aku, aku pun banyak tolong dia. Tapi bila dia dah ada awek dan nak tunang, ok je . Aku siap boleh lepak je dengan tunang dia. Dan, semenjak dia ada gf lagi, aku tak pernah dah jalan berdua sebab aku tau gap antara sahabat dengan girlfriend ni beza apa lagi dah jadi tunang , bakal isteri kot. Ni semua sebab mindset, fikir yang tu sahabat , tak ada nak berlebih lebih nak rapat, terhutang budi. Tunang kau tu patut tegas, dia patut bersuara macam kau. Cakaplah “Bukan aku tak ingat kau, tapi tolonglah faham aku dah nak kahwin, aku nak hidup dengan bakal isteri aku,bukan kau. Aku hargai segala pertolongan kau sebelum ni, tapi cukup. Hargailah perasaan bakal isteri aku’ . Jadi lelaki jangan lembik sangat lah
I dulu my husband sama laa cmnie,ex gf pergunakan habis2…padahal dah ada tunang ex gf dia…i kwn dgn my husband i sound siap2… Peduli apa i ..then aftr 10 years i kawen..dia cari husbnd konon nak confess kenapa dia tgglkn husband i dulu ..wei ko dah kawen dah ada ank 3..10 tahun lepas kot…ko nak minta maaf….memang i cari husbnd dia…n dgn dia i sound…siap ko cari husband ak lagi..ak viral kan ko satu msia…memang dasar tau betina camni…so u just pertahankan laa..kalo dia masih cmtu tgglkn jek…ahaks