Assalamualaikum wbt. Aku tak tahu mahu mulakan bagaimana. Tapi aku cuba ceritakan dengan ringkas dan padat, dan mohon pandangan readers semua.

Aku dah berkahwin hampir 6 tahun. Kami masih belum dikurniakan zuriat oleh kerana masalah fertility daripada suami. Kami pernah menjalani rawatan IVF.

Daripada awal perancangan IVF sehingga akhir, aku lah yang rancang semuanya. Kos rawatan lebih banyak aku yang keluarkan berbanding suami.

Suami aku, jika aku tak rancang, memang satu kerja pun tak gerak. Semua aku yang nak kena push.

Pada awal2 pertama perkahwinan, aku begitu inginkan zuriat. Sekarang aku rasa hambar. Aku rasa seronok juga kot begini. Mungkin ini ujian untuk aku pula.

Dan yang lebih parah sekarang, hati aku, hati aku macam dah mati rasa, aku mahu berpisah sahaja.

Suami aku baik, cuma dia selalu tak fikir kehadapan. Untuk belanja rumah semuanya dibahagi 2. Baik bayaran ansuran rumah dan sebagainya.

Aku rasa sangat hambar, sebab bila aku fikir balik kalau lah satu hari nanti ada anak macam mana?

Kalau tanggung aku sorang saja pun dia dah rasa terbeban, dah bahagi 50/50. Lepastu bab rawatan semua mengharapkan aku.

Keluarga suami tahu masalah kami, tapi tak ada apa apa solution daripada mereka walaupun keluarga mertua dalam kategori loaded.

Yelah sebab ni masalah kami kan, takkan nak mengharap keluarga bagi duit pulak.

Aku rasa sangat hambar. Berulang kali jika bergaduh aku suruh dia ceraikan saja aku. Sebagai hint yang aku boleh hidup sendiri.

Apakah ada keadilan untuk perempuan jika ada permasalahan begini?

Aku tak tahu ini konflik dalam diri aku ke atau hasutan syaitan nak memusnahkan rumah tangga manusia.

Tapi aku betul betul buntu. Aku dah takda rasa nak anak bila memikirkan aku yang perlu banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan duit especially.

Yang dia? kalau aku tak sebut, aku tak tanya, memang diam ke sudah. Sebab dia pun ok je kalau takda anak.

Oh ya untuk makluman gaji aku dan suami sama level, middle income. Bukan kategori B40. Dia tak ada komitmen apa apa. Selain komitmen rumah yang dikongsi dengan aku.

Aku nak beli kereta baru pun kena kumpul deposit sama sama.

Dari dulu sampai sekarang pakai kereta aku je (aku tak beli kereta ni, mak aku yang bagi). Dia tak pernah beli kereta, motor ke tak pernah..

Tolong lah aku buntu dan perasaan aku bercampur baur sekarang ni.

– Cantik Menawan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Masalah anda hampir sama apa yg dihadapi oleh saya. Masa awal perkahwinan kami tidak memikirkan sangat pasal zuriat tetapi setelah hampir 5 tahun perkahwinan saya mula brfikir untuk memiliki zuriat sendiri. Keinginan menjadi kuat setelah 2 kali keguguran iaitu pada tahun 2022 dan 2023 walaupun umur saya telah hampir pada pertengahan 40 an. Suami bersikap dingin dan acuh tak acuh mengenai memiliki anak. Perbelanjaan rumah kebanyakan di keluarkan oleh saya kerana pendapatan saya yg lebih tinggi sedikit berbanding suami. Kadangkala rasa terbeban dengan sikap suami yg kurang bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Saya nekad untuk tidak berputus asa untuk memiliki zuriat sendiri dan berazam untuk membesarkan anak sendirian jika jodoh tidak panjang dengan suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *