Hi aku Jeffery (bukan nama sebenar) dan Thanks admin approved post ni.
Dalam hidup ni pilihan bukan sesuatu yang mudah dan kalau kau dah buat keputusan, ia akan exhaust setiap kekuatan yang kau ada.
Cerita aku mungkin tak asing bagi korang, tapi consequences dari keputusan aku mungkin korang tak biasa dengar.
Aku dah 30 an, dan ada kerja yang baik, income aku stabil.
Perwatakan aku ceria dan orang sekeliling sering terhibur dengan gelagat aku. Tak kurang juga jadikan aku tempat meluah perasaan (masalah).
TAPI AKU MULA HILANG SEMUA NI SEJAK AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERKAHWIN.
Sedikit pengenalan untuk hubungan aku dan wife. Aku dan wife sebaya, bekerja dalam bidang yang sama cuma gaji dia lebih sikit.
Dia seorang yang lembut, mudah mendengar, menerima dan ada tahap redha yang super duper tinggi.
Tak tercapai akal aku untuk jumpa perempuan sekuat dan sehebat dia ketika diuji.
Sikit gambaran cerita aku. Aku bernafsu songsang, dari kecil aku suka lelaki.
Tingkatan 2 keluarga dapat tahu, mereka tak buang aku tapi sentiasa bagi semangat untuk aku berubah. So aku set aim aku untuk kahwin sebelum aku cecah 30 tahun.
Aku pergi kelas agama, usrah, aku join group untuk berubah dan aku dekatkan diri dengan Tuhan.
Depan Kaabah aku menangis mohon jika layak aku bahagia dan boleh bahagiakan bini aku, temukan aku jodoh.
Dari situ, aku mula dekati dia 3 tahun sebelum kami berkahwin (lebih kurang 6 tahun lepas).
Ada 2 kali aku kena reject sebab dia ada orang lain. Kali ke 3 aku cuba, dia minta aku jumpa orang tua dia terus.
Lepas berkahwin, mimpi ngeri yang aku paling takut dari aku kecik terjadi. Aku tak mampu beri nafkah batin.
Bukan sahaja itu, aku diserang anxiety teruk dan aku cuba bunuh diri beberapa kali.
Aku mula hilang kepercayaan pada Tuhan (semoga Allah ampunkan aku). Aku berhenti berdoa dan aku langsung tak solat.
Wife aku? Dia sangat supportive dan sentiasa ada bersama aku. Dia pernah capai pisau di tangan aku masa aku tengah siat-siat tangan.
Dia bagi kekuatan pada aku jumpa doktor, pujuk dan teman. Aku disahkan menghidapi Major Depressive Disorder dengan high possibility untuk bunuh diri.
Aku hilang diri aku, aku tak ketawa, aku mengelak untuk jumpa orang, aku hilang motivasi untuk kerja. Yang aku tahu, better aku mati cepat supaya wife aku tak tersiksa.
Dia? Tak putus asa. Beri aku semangat, peluk aku masa aku meroyan, jaga ubat aku, teman pergi klinik.
Dia juga tak putus asa cuba mendekati aku, cari pelbagai cara untuk aku minat untuk hubungan kelamin.
3 tahun berlalu. Aku masih teruskan rawatan, dah 1 tahun aku tak cuba bunuh diri.
Aku dah mula boleh terima hakikat yang aku mulakan semua ni, aku yang buat keputusan untuk berkahwin dan aku perlu kumpul kekuatan untuk bahagia kan wife aku.
Alhamdulillah, kami dah berjaya bersama. Tapi kami decide untuk belum ada anak (wife aku on perancang) supaya keadaan kami betul2 okay baru pertimbangkan.
Apa-apa pun aku nak pesan. Bila kita dah ambil sesuatu keputusan, kita perlu terima, berusaha dan cari kekuatan untuk lalui semua kemungkinan yang berlaku.
Pada wife aku, terima kasih selamatkan nyawa aku, terima kasih sentiasa bersama aku dan aku janji akan jaga dia sedaya mungkin. Moga Allah sayangi kita semua.
– Jeffery (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Isteri encik insan terpilih,kuat dia lain macam ye šsemoga Allah balas segala kesabaran isteri encik dgn mcm2 kebaikan.. dan semoga encik slowly dpt sembuh mcm biasa one day Aamiin
Hebat nye isteri u… Kuat & tabah..
Most of the women might be minta cerai or trauma.. but ur wife stay..
Semoga Allah berikan kesembuhan dan kebahagiaan kepada encik sekeluarga. Aminnn..