Apa Nasihat Korang Hadapi Penyewa Dari Neraka?

Aku memerlukan nasihat daripada pakar undang2 atau mereka yang pernah hadapi situasi berdepan dengan penyewa dari neraka.

Ceritanya begini, awal Disember aku mencari bilik sewa untuk aku menetap sebulan dua ni. Waktu tu aku urgent perlu masuk rumah tu segera & jumpa lah satu bilik sewa ni. Bajet aku dalam 250 je. Bilik sewa tu harga 450.

Lepas nego dia setuju untuk bagi 350. Dia kata rumah dia ada peti ais, washing machine & bilik aku tu master bedroom and sebab tu harga asal 450.

Aku pun disebabkan waktu tu urgent nak cari bilik sewa, aku masuk dulu tengok2 dalam and memang aku ada nampak washing machine & peti ais, tapi yang aku tidak nampak ialah peti ais tu rupanya dah rosak dan aku tak dimaklumkan awal2 benda ni!

Paling sedih aku pun dah setuju tanpa perlu sign apa2 hitam putih, cuma transfer duit sewa bulan tu & deposit berjumlah kesemuanya 700.

Dia maklumkan dekat aku deposit dia takkan returnkan tetapi akan digunakan pada bulan terakhir aku stay (maksudnya bulan akhir stay tak perlu bayar sewa sebab guna duit deposit).

Aku dah la lari bajet 250 kepada 350, niat nak beli bahan basah & masak sendiri terkubur. Lewat malam tu lepas dah checkin, bila aku dapat tahu je peti ais tu rosak, aku contact owner and dia kata dia baru je lagi repair peti tu, baru je lagi rosak.

Okay fine aku husnuzon dan bersabar. Aku siap cuba memahami lagi situasi dia apa semua and tanya dia jikalau boleh nak tumpang peti rumah dia. Dia kata rumah dia takde peti ais gais. Instead dia suruh aku letak dalam peti ais kedai dia.

Aku pun cuba fahami dia and akurkan jela. Walhal aku bukan nak sangat tumpang peti rumah dia or kedai dia.

Aku bagi hint yang aku pun teringin nak beli aiskrim letak dalam peti sebab dia ada up wasap story “hasil tangkapan e-madani” dalam troli ada macam2 penuh satu troli termasuk ada aiskrim, tempting gila gais..

Then setelah seminggu lebih berlalu, aku text lagi dia and tanya dia bila dia nak tukar peti baru & aku siap share link shopee peti ais paling murah dekat shopee but berbaloi lah (sepatutnya) sebagai perspektif tuan rumah, tak sampai 1K.

Plus dia buat rumah sewa banyak lagi dan aku fikir takkan dia taknak jaga hak penyewa yang bayar on time macam aku?

Malamtu minta 700 time tu jugak aku bank in, no problem, tak nego ke apa aku transfer terus. Dia ingat 700 aku tu aku cetak rompak bank ke??? or aku ni kerja cetak duit??

Then dia mula tense and kata dia memang ada plan nak tukar peti & ugut untuk naikkan harga kepada 450 or if taknak pergi pindah bilik lain dalam rumah tu..

Aku dah terkedu masa ni.. Aku cuma nak suarakan hak aku sebagai penyewa yang selalu cuba memahami orang tapi dilayan sedemikian rupa..

Disebabkan perangai owner ni begini, aku jadi tak senang dah stay rumah tu and decide nak keluar rumah tu asap. Payah ya guys kalau kita duduk rumah yang dimana undang2 adalah mulut owner dan bukannya ada hitam putih.

Aku if mulut owner tu undang2 yang adil takpe but kalau undang2 yang tak adil, aku marahla, siapa je tak marah dekat israel yang undang2 atas dunia ni diorang yang buat & decide untuk attack palestin (harap korang faham apa aku cuba relatekan)..

So atas ni semua muqodimah je gais. Cerita sebenar bermula sekarang iaitu

Now 12 Januari aku dah jumpa tempat menyewa lain. Aku masuk rumah tu 6 Disember. Checkout 31 disember.. Why aku check out awal?

Sebab cerita dia dalam 20hb+ macamtu owner telefon aku marah2 aku sebab dia kata aku mungkir janji nak keluar daripada rumah sewa awal sebab dia kata yang aku kata kat dia nak menyewa sampai bulan 6 walhal apa yang aku cakapkan ialah bulan 6 aku nak kahwin, sangat jauh beza ya.

So, bila dia tanya aku bila nak keluar aku letak tarikh 6 februari. So bermaksud aku guna duit 700 tadi (6 Disember – 6 February).

Dia marah aku sebab dia kata sepatutnya at least 3 bulan stay (and ni dia tak boleh nak marah aku lebih2 sebab kitaorang takde sign hitam putih) and dia tak pernah sebut dekat aku pun pasal least minimum stay adalah 3 bulan…

Aku pun dah tawar hati nak sewa rumah tu lama2 kes kerana isu peti ais je.. Paling kecewa peti ais tu dah sebulan lebih rosak sebab aku sembang dengan housemate lain dalam rumah tu.

Maksudnyaaa waktu aku nak mula menyewa tu owner pergi promo dekat aku peti ais yang rosak gais. Nasib baik mesin basuh okay lagi.

So now, owner homestay call aku & minta aku tinggalkan rumah tu 31hb disember & akan refund duit deposit selewatnya 6 januari sebab diorang jumpa penyewa baru.. so aku akur..

Tepat 31hb aku keluar rumah tu dalam keadaan kemas & bersih malah lebih bersih daripada aku mula masuk bilik tu… 8 januari aku contact owner tu berkenaan refund aku & dia kata dia akan tunaikan janji dia untuk refund and minta aku bersabar….

Aku ada simpan bukti yang dia kata dia sebagai owner akan cagarkan diri dia untuk bayar refund aku if penyewa baru tak jadi masuk sewa rumah tu or lambat masuk rumah tu…

Persoalan sekarang, apa patut aku buat? Husnuzon & bersabar? Report polis? Yes gais. Ni sebab aku nak semula 350 wang deposit aku tadi yang owner janji akan pulangkan..

Aku perlukan nasihat & pandangan korang on how untuk aku dapatkan balik wang 350 tu.. Aku risau nanti dah masuk 6 februari dia bagi alasan dah tak boleh return deposit aku sebab dah burnt.

Haritu owner ada sebut pasal ayat deposit burnt lah. Isu baru turun naik mahkahmah dengan penyewa lainlah. Owner kerja Singapore lah.

Aku peduli apa dia kerja apa, yang aku peduli duit aku kerja keras aku tu boleh dia nak simpan buat harta haram dia… Please pakar2, tolong aku.. Terima kasih kepada semua yang respon.

P/s: Segala digit dalam text ni semuanya dalam RM

– Remy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *