Adam – The Creation

Jemput baca confession sebelum ni,

(https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-v/).

(https://iiumc.com/the-sleepers/).

Assalamualaikum. Hai korang, Amin lagi. Tetibe rasa gian pulak nak menulis. Haha. Cuma kalini just a short confession kot.

A simple one, bukan panjang panjang lagi macam sebelum ni. Cuma untuk kali ni, aku masih tak clear nak panggil this so called confession tentang apa.

Sebab sebelum ni kita dah go tru timeline tanah yang dijanjikan, which is makan masa berpart part jugaklah, walaupun cerita yang agak simple. Dan kita dah go tru ashabul kahfi or timeline Christianity which mengundang banyak jugak kontroversi. Sampai ada yang tak nak baca.

Aduhai.. Takpe lah. Apa yang baik, korang amik lah ye. Yang buruk, jadikan sepadan. Okay? Plus, aku pun rasa cerita tu pun agak berat. So kali ni aku just nak light light je. Yang senang faham.

Dan kalau aku nak sambung tentang Uthmaniyah takut menjadi terlalu panjang lebar lah pulak. Sebab zaman uthmaniyah ini, zaman yang agak panjang dan pasti memakan masa yang bukan sedikit, betul tak?

Yela gais… korang bayang kan jelah, sudah beratus tahun Uthmaniyah memayungi sebahagian dunia, maka agak mustahillah untuk kita berbicara sepintas lalu tentang Uthmaniyah.

Jadi fikir punya fikir, aku rasa aku nak buat just a short entry tentang Nabi Adam. Dan seperti biasa, aku akan bawakan dari kisah dari Al quraan sendiri, hadis dan mungkin la.. mungkin, sedikit dari bible. Dan seperti biasa, rujukan aku adalah dari Kitab para nabi atau Qasasul anbiya karangan Imam Ibnu katsir.

Just nak declare awal awal, aku bukanlah seorang ustaz atau so called religious person. Even I’m not come with a beard, kopiah, serban, jubah and all. I’m not all of that. Cuma janganlah korang judge orang orang yang beragama dan cinta dengan sunnah sunnah Nabi. Mereka adalah pejuang agama di landasan mereka.

Maka apa yang mereka katakan itu, ambillah mana yang baik. Cumanya mungkin di sebabkan aku bukanlah dikalangan so called religious person, mungkin sebab itu aku mampu menulis dari ruang lingkup which called rakyat biasa atau pendosa.

Kenapa pendosa? Haa.. jom, harini kita nak bercerita tentang manusia itu sendiri. Dan of course, aku akan selit kan selitkan sedikit sebanyak tentang Main focus kita, Nabi Adam.

Dan to be honest guys, aku bukanlah seorang yang baik tanpa ada kisah silam. Dan ada.. ya, Ada.. Beberapa pertistiwa didalam hidup aku yang aku seakan akan menyalahkan Tuhan. Menyalahkan Allah dalam beberapa babak didalam episod kehidupan.

Dan harus aku akui jugak, dulu aku menyalahkan orang orang agama, kenapa tidak ada mereka mereka ini yang bimbing dan bawa orang yang macam aku yang inginkan agama ini untuk dibawa didalam circle usrah or whatever we we want to called it.

Adakah sebab aku ini nakal? Or tak pandai ber anta ente? Atau tak pandai bercakap tentang agama? Haa.. tapi tu dulu la. So apa kena mengena dengan kisah yang aku nak ceritakan kali ni? Haa.. sabar dulu okay, kita go tru satu satu.

Guys, antara sebab kenapa aku cerita sedikit tentang mukadimah aku tadi, adalah kerana aku pasti, persoalan yang sama juga akan ditanya setiap jiwa yang ada di muka bumi ini.

Orang agama atau bukan, persoalan ini tetap akan wujud. Tentang keadilan Tuhan. Kenapa Allah jadi kan hidup aku susah dan derita sahaja? Kenapa Allah tak ciptakan semua manusia ni baik atau Allah jadikan semuanya malaikat?

Jadi tidak perlu ada penderitaan didalam dunia ini. Tiadalah hasad dengki, tiadalah persengketaan, tiadalah orang yang ego, tiadalah penderaan dan tiadalah which so called negativity didalam dunia ini. Betul tak? Dan memang, akan ada didalam episode episode hidup kita yang kita akan Kembali mempersoalkan semua ini.

Dan jangan risau, aku tidak akan mengunakan peluru – jangan persoalkan, nanti akan lemah iman. Tidak. Mungkin aku adalah orang yang luar dari lingkungan itu, jadi aku tahu being in this community that we live in, is not always have a white side, but also a dark side.

And the hard truth is.. kita tak boleh abandon the dark side dan berpendapat hanya kita ahli syurga. Kita tak boleh nak abandon so called dark side hanya kerana kita merasa jijik dengan mereka. No.. Tidak.

Kerana bagi aku, nilai seseorang pendakwah itu sendiri apabila dia mampu berada di kancah Masyarakat dan membawa masyarakat dekat dengan Tuhan, bukan hanya mengasingkan diri dan mementingkan Iman sendiri.

Bagi aku mereka itulah wira sebenar, walaupun mereka hadir tidak sempurna. Mereka memperkenalkan agama ini yang penuh dengan Rahmah, bukan pandangan dan hukuman semata.

So, apa kena mengena persoalan yang aku lontarkan tadi dengan entry kalini? Sebab untuk entry kali ni, aku nak ajak korang trace back kebelakang lagi hingga ke zaman Nabi Adam. Bahkan lebih jauh lagi, ketika Nabi Adam diciptakan. Jom kita amik ibrah dari Al quraan.

Nabi Adam ni Allah ceritakan dalam Al quraan, adalah manusia pertama yang diciptakan.

Ketika Allah berfirman kepada para Malaikat, bahawa sesungguhnya Allah ingin menciptkan khalifah atau wakil atau representative kat atas muka bumi ini, Malaikat menjawab – Adakah Engkau ingin menciptakan mereka yang akan membuat kerosakan di muka bumi ini?

Maka jawab Allah, sesunguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

Kat sini aku nak pause jap dan aku nak tarik perhatian korang dengan bahasa Al quraan. Keindahan bahasa Al quraan ini sangat berbeza dengan tulisan karangan manusia. Al quraan mampu menceritakan kisah yang penting ini, dalam bahasa yang sangat mudah tetapi penuh dan sarat informasi. Al quraan mampu mengarap jauh lebih baik dari apa yang mampu manusia lakukan.

Sebab itu apabila Allah mencabar manusia untuk mendatang satu surah yang semisal dengan Al quraan, maka cabaran itu masih valid dan ada sampai harini. Sampai sekarang ye gais.

Sebab tu sesiapa nak buktikan Al quraan itu salah, maka silakan. Cabaran masih terbuka sampai hari akhirat. Tapi Allah dah declare awal awal, kita tidak akan mampu. Hatta Allah kata, jika kita himpunkan seluruh manusia dan jin pun, nescaya tetap tidak akan mampu.

Jadi, apa yang menarik tentang kisah Nabi Adam ni? Kisah Nabi Adam ni bagi aku memberikan satu motivasi untuk diri sendiri sebenarnya. Sebab satu ketika dulu, aku pernah down dan bertanya soalan soalan kehidupan. Kenapa Allah ciptakan manusia yang mempunyai sifat kezaliman di dunia ini dan kenapa tidak ada keadilan di dunia ini dan sebagainya.

Aku bukan ahli tafsir, bukan juga ahli agama. Yang tu aku dah declare awal awal. Cuma aku ingin berkongsi iktibar dari kisah Nabi Adam ini dengan semua.

Dan Ingatlah Ketika para malakat bertanya kepada Rabb mereka, adakah Engkau ingin menciptakan mereka yang membuat kerosakan di muka bumi? Maka Allah menjawab, sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

Dan kemudian Allah ajarkan kepada Nabi Adam segala sesuatu tentang nama benda. Kat sini nak tekan satu point penting. Bahawa sebenarnya Nabi Adam dan manusia kesuluruhannya adalah makhluk yang berfikir. A learning creature. Manusia adalah ciptaan yang mampu belajar. Baik atau buruk, manusia mampu belajar kesemuanya. Ya, kesemuanya.

Dan kerana manusia mampu belajar kesemuanya, ini menunjukkan bahawa manusia itu sendiri capable untuk sesuatu yang baik ataupun sesuatu yang jahat.

Sebab tu nanti kita akan faham, apabila Allah mengatakan bahawa DIA ingin menciptakan manusia sebagai khalifah yang memakmurkan bumi, maka sebenarnya manusia mampu membuat kebaikan yang banyak di muka bumi ini.

Manusia yang pada mulanya malaikat sangka hanya mampu berbuat kerosakan di muka bumi, adalah the same manusia yang capable untuk menjaga dan membuat kebaikan yang banyak di muka bumi. Allah dah clearkan dah kat situ. Dan ini menjawab persoalan kehidupan, bahawa dalam hidup ini ada kebahagiaan, bukan hanya penderitaan.

Jika penderitaan adalah disebabkan manusia, maka manusia itu sendiri juga mampu memberikan dan mewujudkan kebahagiaan mereka sendiri. Bukankah Manusia itu sendiri yang mengaturkan sisi pandang dan pilihan mereka?

Kat sini penting, sebab bila korang baca Alkitab, maka korang akan nampak seolah olah cerita ini adalah cerita yang melampau lampau metofaranya. Seolah olah Nabi Adam itu telah melakukan kesalahan yang sangat besar sehingga mewariskan dosa atau kesalah mereka itu pada anak dan cucu mereka. Dan ini sangat bertentangan dengan Al quran ye.

Lalu setelah diajarkan tentang semua nama benda, Allah meminta malaikat untuk menerangkan semua nama benda jika Kamu orang yang benar kata Allah. Maka apa jawab malaikat? Kat sini Allah rakamkan jawapan para malaikat, yang aku rasa sangat menarik.

Malaikat menjawab, sesungguhnya kami hanya mengetahui apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Dan bagi aku, jawapan ini jawapan yang sangat humble dari para Malaikat dan sepatutnya di ambil iktibar oleh kita.

Kerana kita sekarang ini hanya terlalu bergantung pada ilmu pengetahuan kita sendiri hingga kita mendabik dada hingga mengatakan Tuhan itu tidak saintifik, tidak boleh di buktikan secara sainfitik, bahkan hanya bergantung pada logik akal semata.

Jangan.. apa yang kita ada sekarang, semuanya Allah yang ajar dan mudahkan untuk kita. Dan sungguh, kita sebenarnya memang adalah orang yang tidak tahu, melainkan apa yang Allah ajar dan apa yang Allah ingin kita tahu sahaja.

Dan kemudian Allah meminta kepada Nabi Adam untuk menerangkan tentang nama nama benda yang telah diajarkan kepada Baginda. Dan Baginda Nabi Adam telah menerangkan seluruhnya, dan kemudian Allah memerintahkan malaikat dan yang lainnya untuk bersujud atau tunduk hormat kepada Nabi Adam.

Maka Malaikat kesuluruhannya tunduk kepada Nabi Adam kecuali Iblis. Iblis tak nak tunduk, sebab dia rasa diri dia hebat. Dia bongkak. Iblis kata, kenapa dia harus tunduk hormat pada Adam sedangkan dia diciptakan dari api, sedangkan Nabi Adam diciptakan dari tanah. Bagi iblis, He’s above Adam. Ini perangai iblis ye kawan kawan.

Kat sini Allah dah clearkan dah, bahawa malaikat sebenarnya adalah makhluk yang patuh. Bahkan dalam ayat lain Allah kata malaikat ini diciptakan dari cahaya, berlainan dengan iblis yang diciptakan dari api.

Allah juga berfirman dalam ayat yang lain, bahawa kalau Allah nak ciptakan sesuatu makhluk yang patuh dan mengikut arahan Allah sepenuhnya, maka Allah boleh. Allah mampu. Tidak ada masalah bagi Allah. Buktinya? Bukti nya Allah ciptakan malaikat.

Dan malaikat ini memang makhluk yang patuh pada Allah. Patuhnya malaikat apabila diperintahkan untuk sujud, maka mereka akan tetap sujud tidak bangun bangun lagi hinggalah diperintahkan Allah untuk bangun.

Maka kalau ada persoalan tentang kenapa Allah tidak ciptakan semua manusia ni beriman dan tunduk patuh, sebenarnya Allah dah pun clearkan dah awal awal dalam Al quraan. Memang Allah mampu. Tidak mustahil bagi Allah. Allah dah pun ciptakan malaikat yang patuh, jadi tidak ada yang mustahil untuk Allah jadikan manusia seluruhnya untuk beriman. Allah mampu.

Cumanya Allah kata, Allah mengadakan hidup dan mati untuk menguji kita, samada kita beriman atau pun tidak. Betul tak? Maka Allah install pilihan didalam penciptaan manusia. Manusia itu sendiri mampu untuk membuat pilihan, patuh atau derhaka.

Dan jika patuh, syurgalah sebagai ganjaran. Dan jika derhaka, Allah kata.. Wahai Hambaku yang melampaui batas, sesungguhnya aku dekat. Allah kata lagi, datangkanlah dosa atau kesalahan yang seluas langit atau angkasaraya sekalipun, Allah akan ampunkan. Selagi ada hayat, selagi itu ada kesempatan, selagi itu ada peluang. Maka rebutlah peluang memohon.

Walaupun orang gelar kita munafik.. Bermuka muka bahkan pelakon sekalipun.. Jangan pernah berhenti memohon keampuanan. Allah jualah yang lebih tau. Jangan terhenti dengan kata kata manusia.. kerana yang mengampunkan kita itu bukan mereka, tetapi Allah. Seluas luas pintu didalam agama Islam adalah pintu taubat dan kita tidak perlu perantara untuk memohon keampunan dosa.

Jadi, dari mana datangnya kisah iblis ini dahulunya adalah malaikat? Tidak lain tidak bukan dalam bible atau pun Al kitab. Dan sebab itu aku berpendapat pentingnya juga kita membaca dan berfikir tentang kitab agama lain didalam pencarian kebenaran yang sebenar, kan?

Dan aku rasa tidak salah pun untuk membaca bible. Sebab personally, bible nak compare dengan hadis dhaif pun tak mampu.

Dan sebenarnya juga, kita boleh tau apa yang telah diada adakan dan supaya kita sendiri yakin dengan pegangan kita. Tidak bercampur aduk, betul tak?

Jadi kalau ada yang mengatakan iblis itu adalah malaikat yang tu kita tolak awal awal, sebab bukan dari Al quraan. Walaupun ada yang mengatakan, iblis itu rajin beramal, tetapi rajin beramal dengan malaikat itu sendiri dua entity yang berbeza ya.

Manusia yang baik macam malaikat, tetap bukan malaikat. Dan manusia yang jahat macam iblis, tetap bukan iblis. Manusia tetap manusia, ada salah, ada silap, tidak sempurna. Jadi kat sini kita clear lah eh, Versi iblis dari kalangan malaikat itu bukan versi Al quraan.

Dan kat sini aku nak bawakan korang tentang jawapan Iblis kepada Allah ketika Allah halau iblis dari syurga. Apa jawab iblis? Iblis menjawab, kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka aku akan menyesatkan anak anak adam kesuluruhannya. Korang nampak tak apa jawapan iblis kat sini?

Iblis kata, yang menyesatkan Iblis itu adalah Allah. Sedangkan yang tak nak tunduk tu Iblis, yang melawan perintah Allah pun Iblis, yang bongkak dan tinggi diri pun iblis, yang tak nak bertaubat dan mengaku kesalahan pun iblis..

Tetapi yang disalahkan siapa? Yang disalahkan adalah Allah. Iblis menyalahkan Allah kerana menyesatkan dia. Sedangkan yang memilih jalan itu adalah dia sendiri, bukan orang lain. Iblis telah berburuk sangka kepada Allah.

Agak agak sama tak dengan persoalan yang kita sendiri lemparkan? Kenapa Allah menzalimi aku? Kenapa Allah tentukan hidup aku begini? Kenapa Allah tak kabulkan doa dan permintaan aku? Kenapa Allah menyusahkan aku? Agak agak sama tak gais? Lebih kurang kan? Sebab itu kita jangan sampai bersangka buruk dengan Allah.

Allah dah kata, boleh jadi perkara itu baik untuk kamu, tapi kamu tidak suka. Dan vise versa. Walaupun ada perkara buruk yang terjadi pada kita, jangan sampai kita menyalahkan Tuhan. Kita kena ingat balik, sesunguhnya hidup ini adalah ujian. Kan? Tidak ada yang menyakiti seorang muslim hatta duri yang mencucuk melainkan Allah akan mengantinya dengan kebaikan, betul tak?

Maka dengan sebab itu, akan fahamlah kita tentang sabda Baginda Rasul bahawa Allah itu berada dalam sangkaan hamba hamba Nya. Kalau kita bersangka buruk dengan Allah, maka kita akan melihat figure Tuhan yang menzalimi kita.

Dan kalau kita melihat kebaikan, maka kita akan lihat figure Tuhan yang penuh dengan Rahmat dan kasih sayang yang mengganjarkan kebaikan yang banyak disebalik ujian yang diberikan. Bahkan disetiap sakit kita, Baginda Nabi kata, Allah ganjarkan pahala.

Tetapi Tuhan kita tetap satu, Allah yang Esa. Kerana kita bukanlah seperti orang Pagan yang terdahulu, yang mempunyai banyak Tuhan dan berlainan sifat. Tuhan kehancuran, Tuhan kebaikan, Tuhan Cinta dan sebagainya.

Tetapi Tuhan kita adalah Allah. Allah yang Esa. Tuhan itu lah yang Maha Baik, Tuhan itulah yang keras azabnya, Tuhan itulah yang Maha penyayang, dan kesemuanya adalah milik Allah. Tetapi ingat sabda Nabi, Rahmat dan kasih sayang Allah melebihi dari MurkaNya.

Okay, jom sambung. Iblis kemudian dihalau dari syurga dan Allah kata, Iblis akan dimasukkan didalam api neraka. Tetapi adakah sebab iblis kafir dan tidak beriman dengan menduakan Allah, maka iblis dimasukkan dalam api neraka selamanya? Adakah sebab iblis tidak percaya kepada Allah?

Tidak, iblis bahkan percaya pada Allah. Iblis tidak mengada adakan sesuatu selain Allah. Tetapi yang membuatkan iblis dimasukkan didalam neraka adalah kerana Iblis bongkak dan tidak ingin bertaubat. Dan kerana itu Allah kata dalam Al quraan, iblis termasuk dalam golongan yang kafir. Kerana Iblis tidak mengakui kesilapan dirinya sendiri, bahkan dengan bongkak mencabar Allah.

Term kafir ni gais, bila seseorang itu ada semua sense untuk mengikut percaya kepada Allah dan ikut perintah Allah, tetapi mereka menginkari. Al quraan kata, mereka pekak, buta dan bisu. Ya, mereka ada segalanya untuk menerima kebenaran, tetapi mereka mengingkarinya.

Dan Iblis meminta tangguh kematiannya dan iblis mengatakan bahawa dia akan menyesatkan umat manusia seluruhnya. Dan kerana itu dia dicampak kedalam api neraka. Dan percayalah, iblis ini tidak akan bertaubat. Ya, tidak akan. Kerana bongkak dan egonya iblis yang tinggi melangit. Tak percaya? Cuba cari iblis sekor, mintak dia bertaubat. Kot kot la Berjaya, haha.

Tapi takpe.. Jangan risau. Korang ada masa sampai hari akhirat untuk membuktikan bahawa Al Quraan itu salah dan iblis mampu bertaubat. Mana tau ada yang nak try. Hehe.

Jadi long story short, Nabi Adam tinggal bersama pasangannya di syurga. Dan kemudian syaitan memperdaya keduanya hingga mereka diusir keluar dari syurga. Mereka diturunkan ke bumi.

Tetapi apa yang menariknya kat sini? Yang menarik kat sini adalah jawapan Nabi Adam. Nabi Adam telah berdoa, ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami, maka kami akan tergolong didalam kalangan orang orang yang rugi.

Nampak tak beza jawapan Nabi Adam, malaikat dan iblis? Beza kan? Malaikat dan Nabi adam, keduanya mengakui kesalahan mereka. Mereka meminta ampun. Tetapi tidak Iblis. Bahkan iblis dengan bongkaknya bersangka buruk dengan Allah dan menyalah kan Allah yang menyebabkan dia sesat.

Kat sinilah kita kena mengambil iktibar, janganlah sesekali kita jadi seperti Iblis. Ya, jangan jadi seperti iblis yang bongkak dan sombong untuk bertaubat dan mengakui kesalahan. Jangan.. Sesekali jangan. Jangan kita merasakan bahawa kita terlalu jahat, terlalu munafik untuk memohon keampunan dari Allah.

Tidak semestinya taubat itu kena diiringi dengan solat taubat, tetapi jika ada bisikan ingin memohon keampunan, sambutlah. Istifar. Jangan sombong. Sesungguhnya Iblis sombong dengan Maha Pengampunnya Allah.

Kita ni gais.. Kita kena ingat, kita ini manusia. Dan manusia, memang akan buat silap. Jika kita tahu kita manusia, dan kita buat silap, maka mudahlah kita untuk memaafkan manusia yang lainnya. Kerana kesilapan yang mereka buat, kesilapan itu juga kita buat.

Melainkan mereka yang merasa mereka bukan manusia, mereka merasakan mereka adalah Tuhan, penuh dengan hukuman. Mereka tidak menunjukkan agama ini penuh Rahmah. Tetapi mereka menunjukkan agama ini penuh kekitaan, milik mereka sahaja, penuh dengan pahala dan dosa, syurga dan neraka sahaja. Yang berlainan? Maka wahabilah copnya.

Sebab tu personally aku tak suka judge orang, sebab bagi aku, kalau mereka melakukan kesalahan, mereka melakukannya kerana mereka adalah manusia biasa. Manusia biasa. Sama macam aku. Pendosa. Dosa dan kesalahan yang sama mereka lakukan, dosa dan kesalahan yang sama ada pada aku. So its not my place to judge any of them.

Kita ni, kalau tahu aib dan salah orang, maka akan berubahlah seluruh pandangan kita terhadap dia hingga seolah olah mereka tidak ada kebaikan langsung. Sebab tu aku rasa, benda yang paling berat, adalah untuk pegang aib atau kelemahan orang.

So gais, aku nak conclude dah ni.. Sebenarnya dalam kehidupan kita, kita selalu bersangka buruk dengan Allah. Bukan sekali dua, bahkan berkali kali kan? Jangan macam tu gais,, kita ambil iktibar Nabi Adam dan Malaikat. Bila mereka buat salah, mereka mengakui kesalah mereka.

Jangan seperti Iblis, hingga hari akhirat sombong dengan diri mereka yang sentiasa merasakan diri dia above everyone else. Walaupun dahulu iblis adalah seorang yang paling beriman dan beramal soleh pun, tetapi itu tidak boleh membenarkan pandangan bahawa everyone else is below, only we are superior, betul tak? Tu perangai iblis tu. Jangan tiru eh.

Kalau kita salah, kita mengaku. Kalau kita berdosa, minta ampun. Tak perlu orang tahu, dan tak perlu validation orang pun untuk kita meminta ampun. Aku rasa aku ni jahat la, tak layak mintak ampun.

No no…. Allah kata, kalau kita datang dengan dosa kita yang sebanyak lautan, Allah ampunkan. Bahkan Allah kata kalau kita jatuh, terbuat dosa yang sama. Allah ampunkan juga. Allah tak kira.

Kita manusia, kita ada dosa, kita buat silap. Bukan sekali, bahkan sepanjang hayat susuk tubuh manusia itu sendiri. Sebab itu kalau kita faham ini, maka mudahlah kita faham Sejarah. Sebab kadang kadang kita pelik, kenapa ada sesetengah figure dalam sejarah seakan akan baik, tetapi ada perkara yang menunjukkan yang dia jahat.

Abu abbas as-safah misalnya, yang membunuh kesemua ahli keluarga pemimpin Bani umaiyah tetapi pada masa yang sama menjadi pengasas kekhalifahan abasiyah.

Dan memang, Sejarah ini mengajarkan aku two side of the coin. Bukan semuanya putih. Dan selama namanya manusia, tetap ada salah, tetap ada silap dan tetap ada kesalahan yang dilakukan.

Last but not least, aku harap ada kebaikan lah dalam cerita aku kali ni. Aku tak pandai menulis, dan aku bukan lah orang yang baik yang paling baik untuk menulis tentang semua ni. Tetapi, apa yang baik korang ambillah, yang tak baik tu diri aku sendiri.

Mungkin kalau korang tak suka apa yang aku cakap, boleh ambil apa yang aku kata dan mintak orang lain sampaikan. Tak ada masalah, asal isinya tetap sama.

Last word, aku nak quote kata kata master Oogi dalam cite Kungfu panda – It take whole life to define who you are..

So yup, it take whole life to define who we are, not the current one, not the past one.

Until then, adios. Assalamualaikum

Adios.

– Shahidil Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *