Risau Anak Bujang Dilamun Cinta

Assalamualaikum semua. Aku single mother anak 3. Lelaki semuanya. Yang sulung akan naik ke tingkatan 1 tahun ini.

Aku sebenarnya buntu tak tahu nak mintak advise dari mana dan macam mana nak buat dari segi ilmu keibubapaan dengan cara yang betul dalam mengurus perasaan anak-anak.

Untuk pengetahuan semua, aku membesarkan anak-anak 100%.

Jadi kalau nak mintak pendapat bekas suami aku memang tidak lah sebab kami berpisahkan pun dalam keadaan yang tidak baik hingga kini walaupun dah 11 tahun berlalu.

Ok, macam ni kisahnya. Anak sulung aku ni Allah bagi rezeki ada rupa, akhlak insyaAllah baik, dan agak menjadi tumpuan anak2 perempuan kat sekolah. Bukan riak tau. Cuma nak bagi gambaran.

Yang aku pening sekarang ni selalu sangat wasap dari pelajar-pelajar perempuan bawah umur masuk meluahkan perasaan pada dia.

Aku macam.. “Eh, kau ni budak sekolah rendah, spenda pun mak ayah beli lagi dah macam-macam perangai..”

Sebelum ni aku tak kisah sangat. Sebab anak aku macam tak melayan.

Pernah ada budak kena reject dan pada aku ayat yang anak aku guna tu masa balas chat tu aku rasa agak kurang sesuai.

Tapi aku ada tegur juga anak lelaki aku yang perasaan sukakan lain jantina tu memang fitrah. Cuma bila menolak jangan sampai menyakiti hati orang lain. Ye lah.. Sakit kan rasa. Kita ni perempuan. Pernah remaja dan pernah rasa kena reject ni.

Aku ni mak yang hari-hari akan belek hp anak aku. Aku tengok chat dia, aku tengok history yang dia search.

Ni bukan langgar privacy ya sebab pada aku anak-anak ni masih perlu kena kawal apa yang dia orang buat seharian ketika menggunakan hp. Jadi memang aku tahu segala chat yang masuk dan dari siapa.

Lepas kejadian dia reject budak-budak perempuan ni, dah lama juga la aku tak nampak dah wasap dari mana-mana pelajar perempuan.

Sehinggalah minggu lepas aku terbaca satu chat dari pelajar perempuan sekelas anak aku. Dalam chat tu dia tanya macam-macam soalan. Ada suka sesiapa tak kat sekolah, suka makan apa, suka warna apa.

Anak aku balas chat biasa-biasa saja lah. Hinggalah 2 hari lepas aku terbaca chat yang anak perempuan ni confess yang dia suka anak aku.

Chat tu tergantung macam tu ja dan aku tak pasti sama ada anak aku tak balas atau anak aku dah delete chat sebelum tu.

Jadi masalahnya sekarang, bila aku tanya pasal pelajar perempuan ni dekat anak aku, aku dapat lihat mata anak lelaki aku ni bersinar-sinar. Tersipu-sipu malu, tergaru-garu kepala yang tidak gatal.

Aku ada tanya “Along suka Anis (bukan nama sebenar) ya?” Dijawabnya tidak. Tapi aku ni mak. Rasanya mak-mak ni lebih faham anak-anak dia macam mana. Dan aku dapat agak anak aku ni macam suka jugak dekat si Anis ni.

So sekarang ni aku dah pening. Aku nak mintak pendapat ibu2 atau ayah2 yang ada pengalaman handle situasi macam ni.

Aku tak nafikan perasaan anak-anak ni. Perasaan dia orang valid. Nak-nak anak aku ni dah akil baligh.

Aku dulu-dulu pun darjah 5 dah suka kat budak darjah 6. Sempat la balas-balas surat bawah meja. Cuma setakat tu je la. Putus macam tu je bila budak tu dah keluar sekolah lepas tamat darjah 6.

Kalau dulu mak atau kakak aku dapat tau aku dok bermain surat dengan budak lelaki, mula la dia orang berleter… “Awat dah gatai sangat nak menikah ka?” Ayat pedih matt… Haha…

Dan aku tak nak cakap macam tu kat anak-anak. Aku tak nak marah-marah.

Sebab bila aku start marah nanti anak dah tak nak share apa2 dengan aku. Tak nak anggap aku mak yang boleh jadi kawan untuk dia orang kongsi segala cerita. Aku tak nak jadi macam tu.

Situasi zaman sekarang tak sama. Itu yang menjadi kerisauan aku.

Aku sebolehnya nak elak anak aku berhubungan dengan perempuan dalam soal yang lebih dari seorang kawan sebab nak didik anak menjaga ikhtilat.

Jadi aku nak mintak panduan dari ibu ayah yang ada pengalaman macam ni, macam mana nak handle perasaan anak2 ni supaya tak terleka.

Aku tak nak jadi mak2 yang terlalu open dengan anak bab hubungan lelaki perempuan yang kesudahannya akan bagi kesan buruk pada moral dan akhlak anak2.

Aku bukanlah alim mana. Cuma prinsip aku sekarang selagi mana anak-anak aku masih dalam jagaan aku, aku tak nak benarkan sesuatu yang boleh bagi kesan buruk kemudian hari.

– Ibu runsing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *