Zaman sekarang, ramai yang mahu menjadi content creator dan menjadi kaya seperti youtuber dan tiktoker yang famous di sosial media.
Sehinggakan pada tahun lepas, Khairul Aming sendiri ada bangkitkan isu berkaitan Content Creator dan menasihati generasi muda terutamanya yang mahu menjadi famous.
Kisah aku pula lain, zaman aku sekolah tiada tiktok dan youtube, tapi aku terjebak dengan Multi Level Marketing.
Aku kenal dengan MLM seawal usia 14-15 tahun, orang bercerita tentang jutawan, tentang pasif income dan benda ni menyebabkan aku kurang berminat untuk belajar.
Ya, memang terkesan pada aku.
Setiap kali sekolah, cikgu akan cakap “belajar ni sebab nak kerja bagus-bagus, gaji mahal” tapi MLM pun boleh jana income yang banyak.
Sampai lah STPM, aku tak mampu nak bawa subjek sains, instead of back off dan ambil subjek yang lebih mudah, aku teruskan juga dengan subjek sains.
Hati aku berkata, kalau aku gagal STPM pun aku boleh join je MLM bila dah habis sekolah.
STPM aku gagal dapat 0.6 macam itu je, siapa suruh ambil subjek sains kau bukan pandai sangat pun. Huhuhuhuhuhu.
Habis STPM aku jadi trauma nak sambung belajar, salah satu sebab aku dah tak confident lepas gagal STPM.
Mak aku suruh belajar je di tahfiz dan menjadi ustaz lagi lah aku tak mahu, ada orang suruh sambung diploma aku kata buang masa.
Skip Forward beberapa tahun kemudian,
Aku join MLM bukan untuk jadi dealer tapi aku nak guna produk je, kalau aku cerita produk apa rasanya ramai tahu sebab produk dia bagus.
Sekarang ni aku kerja boleh lah dapat lah RM1500 sebulan. Cukup-cukup bayar sewa rumah, bagi mak duit sikit, belanja makan. Alhamdulillah.
Nak jumpa kawan-kawan aku di sekolah dulu aku malu, diorang kerja kapal, engineer, food security, pakar bedah. Aku pula nothing, usia pun dah nak 30 tahun dan tak ada kereta mahupun motor sendiri.
Sekarang nak kahwin pun, awek pun tak ada, diorang mana pandang orang yang SPM macam aku je.
Aku jumpa kawan aku pun dia cakap tempuh je, jangan menyesal lagi perkara dah 10 tahun tak perlu menyesal dah.
Aku pun tempuh, aku cuba cari peluang untuk ubah kehidupan. Banyak aku jumpa contohnya buat affiliate, buat content, buat bisnes online dan sebagainya.
Jadi aku pilih untuk buat bisnes online, sekarang ni aku masih baru lagi dalam bisnes jadi nak cerita lebih pun tak boleh.
Cuma aku ada azam dan goal, aku nak jadi kaya dan kahwin perempuan ada ijazah supaya anak aku tak jadi macam aku belajar takat SPM je.
Solat pun aku cuba baiki, dari tinggal solat kepada solat di masjid.
Kalau doa berkaitan jodoh aku akan doa tinggi-tinggi contohnya aku minta dijodohkan dengan Ayana Jihye Moon.
Tinggi kan doa aku, tapi aku buat juga sebab aku dengar ustaz cakap. Nak doa surga minta surga firdaus, surga para nabi. Jadi why not aku doa perempuan yang aku rasa paling terbaik, betul tak?
Banyak perkara aku cuba ubah contohnya aku pemalas aku cuba jadi rajin, pengotor kepada pembersih.
Aku harap sangat kehidupan aku berubah dalam 1-2 tahun ini, agaknya amalan apa yang aku patut tambah supaya aku boleh berubah menjadi lebih baik?
Sekarang ni target aku upgrade ekonomi, diri dan ilmu serta mencari isteri untuk disayangi.
– Robert (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Adik
Alhamdulillah adik dah sedar
Lupakan 10 thn yg lepas
Jadikan satu pengajaran yg sgt berharga
Sekarang target utk 10 thn akan dtg
Jgn sia2kan peluang kali ke2
Ramai sangat jutawan dlm bidang mlm
Jgn putus asa
Teruskan usaha